Kenali Perbezaan 6 Jenis Pencuci Muka Di Pasaran!

Kenali Perbezaan 6 Jenis Pencuci Muka Di Pasaran!

Guys, adakah pencuci wajah yang digunakan selama ini sesuai dengan kulit wajah anda? Jika tidak, anda patut menukarkan dengan kadar segera supaya tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan pada kulit wajah.

Pencuci muka yang bagus bukan hanya mampu membersihkan wajah dari segala kotoran malah boleh menjagakan kelembapan san keanjalan kulit si pemakai.

Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai pencuci muka yang sesuai buat golongan wanita dan lelaki tanpa mengira jenama dan harga.

Jika dahulu kita hanya mendengar mengenai foaming facial wash tetapi kini muncul beraneka jenis pencuci wajah dalam dunia kosmetik dan kecantikan.

Daripada keliru dan salah pilih, jom ketahui perbezaan 6 pencuci wajah ini yang terdapat di pasaran berdekatan anda. Check it out!

1. Foaming Facial Wash

Foaming facial wash atau pembersih wajah jenis berbuih biasanya memberikan kesan sedikit kering kepada si pemakai dimana sangat sesuai digunakan buat anda yang mempunyai kulit berminyak. Bagi kulit kering, anda tidak disarankan menggunakan pencuci wajah jenis ini kerana bakal membuat kulit semakin kering. Sekadar info, foaming facial wash boleh didapati dalam dua bentuk iaitu krim dan gel.

2. Gel Foaming Facial Wash

Seperti yang anda tahu, pencuci wajah berbentuk gel atau berbuih sangat bagus untuk direkomendasikan buat kulit sensitif, berjerawat dan berminyak. Pencuci wajah ini juga lembut pada kulit sehingga selamat untuk digunakan dan tidak menyebabkan berlakunya iritasi atau kemerah-merahan pada wajah anda.

3. Non-Foaming Facial Wash

Sementara itu, pencuci wajah tanpa buih atau non-foaming facial wash disyorkan kepada anda yang memiliki kulit kering mahupun normal. Menariknya, pencuci wajah ini tidak akan membuatkan kulit anda kering dan kusam.

4. Cleasing Balm

Selain non-foaming facial wash, pencuci muka jenis cleasing balm juga boleh dipakai untuk kulit kering dan seringkali digunakan bagi mencuci sisa solekan yang menempel di wajah. Untuk pengetahuan para pembaca, pencuci muka ini mempunyai konsistensi yang tebal dan kental kerana diperbuat daripada minyak.

5. Micellar

Micellar atau cleansing water ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan berjerawat. Ianya mengandungi konsistensi menyerupai air, tidak alkohol serta dapat membersihkan wajah anda daripada sebarang kotoran, habuk dan solek dengan sempurna. Semudah ABC, anda hanya perlu menuangkan misellar pada kapas lalu dioles di seluruh wajah hingga leher sebelum dibilas dengan air bersih.

6. Cleansing Oil

Untuk info, cleansing oil adalah pencuci muka berasaskan minyak dan sangat bagus untuk semua jenis kulit. Untuk memakainya, anda cuma perlukan dua pam cleansing oil di tapak tangan lalu diaplikasikan pada sekeliling wajah dengan urutan perlahan-lahan. Kemudian, oleskan sedikit air pada wajah bersama urutan gerakan membulat mengikut arah jam selama beberpa minit sehingga cleasing oil bertukar warna putih atau milky. Setelah selesai, bilas wajah anda dengan air suam.

azlan-150x150 Kenali Perbezaan 6 Jenis Pencuci Muka Di Pasaran!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara memilih pencuci muka #jenis pencuci muka #Kenali Perbezaan Produk Pencuci Muka Di Pasaran #Ketahui Fungsi Produk Pencuci Wajah #pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif #pencuci muka #pencuci muka cetaphil #pencuci muka lelaki #pencuci muka pilihan #pencuci muka terbaik #pencuci muka untuk kulit berjerawat #pencuci muka untuk kulit kering #pencuci muka yang berkesan #produk kecantikan muka terbaik #produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan #produk kecantikan paling berkesan #produk kecantikan yang selamat dan berkesan 2017 #produk kecantikan yang selamat digunakan #produk muka yang tiada bahan kimia #produk pemutihan kulit paling berkesan dan selamat #Produk Pencuci Wajah Yang Sesuai Dengan Anda #produk skincare terbaik #sabun muka penghilang jerawat dan bekasnya

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.