Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha

Biodata Elisya Sandha

Young, pretty and talented. Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis terhadap pendatang baru berbakat besar bernama Elisya Sandha ini.

Mengetuk pintu industri seni hiburan sebagai seorang pelakon, figura cun ini merupakan adik kepada aktres popular tanah air iaitu Fasha Sandha.

Buah tangan baharu iaitu drama Mat Rukun bergandingan dengan Zoey Rahman bakal ditayang menerusi slot Kelakarama di TV9 tidak lama lagi.

Berikut, penulis kongsikan mengenai empat trivia menarik Elisya Sandha buat tatapan pembaca. Check it out!

1. Mula berlakon di usia belasan tahun

Elisya mula aktif berlakon ketika berusia 15 tahun. Timbul minat terhadap dunia lakonan apabila seringkali menemani kakaknya ke lokasi pengambaran sejak berusia 12 tahun lagi.

2. Mempunyai kumpulan nyanyian sendiri satu masa dahulu

Elisya pernah menganggotai kumpulan nyanyian bernama Nova Nona yang berkonsepkan seperti kumpulan Feminin dan Res2.

3. Berbakat dalam seni tarian

Demi mengasah bakatnya dalam tarian, beliau pernah menyertai pertandingan menari Superstar Astro Ceria bersama kumpulannya, Diamoniq. Beliau juga aktif dalam kumpulan pasukan sorak (cheerleader) di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur.

4. Tidak mahu dibayangi kakaknya dalam bidang seni

Tidak mahu bergantung harap terhadap pengaruh kakaknya iaitu Fasha Sandha, Elisya mahu terbang tinggi atas bakatnya sendiri. Walaubagaimanapun, kakaknya tetap menjadi inspirasi buatnya untuk melankah lebih jauh dalam arena seni hiburan tanah air.

Biodata Ringkas Elisya Sandha

Nama Penuh: Nur Elisya Mohd. Faisal
Nama Komersil: Elisya Sandha
Tarikh Lahir: 1999
Umur: 18 Tahun (2017)
Keluarga: Anak bongsu daripada lima adik-beradik
Status: Bujang
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model dan Penyanyi
Kelab Peminat: Elisya Sandha Lovers

Drama/Telefilem: Hai Lah Menantu, Mat Rukun, Bila Chacha Masuk Asrama, Destinasi G4, Aku Mahu Ke New York, dan banyak lagi.
Filem: Anak Mami Nasi Kandar Perjanjian Syaitan dan Cendol
TV Host: Misi Kita

Laman Sosial Elisya Sandha

Gambar Menarik Elisya Sandha

Elisya-Sandha-adik-fasha-sandha-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha elisya-sandha-berhijab-cantik-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha elisya-sandha-hot-photo-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha Elisya-Sandha-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha elisya-sandha-feat-photo-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha foto-cun-adik-fasha-sandha-elisya-sandha-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha gambar-adik-pelakon-fasha-sandha-elisya-sandha-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha gambar-elisya-sandha-bertudung-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha gambar-elisya-sandha-senyum-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha wajah-sebenar-elisya-sandha-yang-cun-300x300 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha

azlan-150x150 Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #adik fasha sandha #biodata adik fasha sandha #Biodata Elisya Sandha #elisha sandha instagram #Elisya Sandha #elisya shanda #gambar adik fasha sandha #Profil Elisya Sandha

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Elisya Sandha, Aktres Cun Adik Kepada Fasha Sandha"