Cara Mengira Ansuran Bulanan Kenderaan

Happy Woman Receiving Car Key

Di Malaysia, kebiasaannya tempoh maksima pinjaman bagi sewa-beli kenderaan baru yang ditawarkan oleh pihak bank adalah 9 tahun. Manakala bagi kereta terpakai, biasanya pinjaman ditawarkan hanya kepada kenderaan yang berusia tidak lebih 5 tahun (daripada tahun semasa). Seperti biasa, kadar faedah ataupun kadar interest bagi kenderaan terpakai (secondhand) adalah lebih mahal daripada kadar interest yang ditawarkan untuk membeli kenderaan baru.

Pertama sekali, kita perlu tentukan jumlah pinjaman yang ingin dipohon, tempoh pinjaman ditawarkan dan kadar faedah pinjaman kereta yang ingin anda beli.

Cara pengiraan adalah seperti berikut :

  • Jumlah pinjaman : A
  • Jumlah Tempoh Pinjaman : B (tahun)
  • Kadar Interest : C

Kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini. Sekarang, guna formula-formula berikutnya untuk menentukan jumlah interest, interest bulanan dan bayaran ansuran bulanan pinjaman kereta anda :

  • Jumlah interest : C/100 x A x B = X
  • Interest bulanan : X / (B x 12)
  • Bayaran ansuran bulanan : (A + X) / (B x 12)

Sebagai contoh : Katakanlah anda membeli kereta Honda Civic terpakai dengan membuat sebanyak RM100,000 dengan kadar interest bank sebanyak 4.5% dengan tempoh bayaran selama 9 tahun.

  • Harga kereta OTR : RM100,000.00
  • Jumlah pinjaman : RM100,000.00
  • Tempoh pinjaman : 9 tahun
  • Kadar Interest : 4.5 %
  • Jumlah pinjaman : 4.5/100 x 100,000 x 9 = RM40,500
  • Interest bulanan : 40,500 / (9 x 12) = RM375
  • Ansuran bulanan kenderaan anda : (50,000 + 6,250) / (9 x 12) = RM1,300.92
Loading...

Tags: #belajar kira pinjaman beli kereta #cara kedai kereta kira ansuran bulanan #cara kira ansuran beli kereta pertama #cara kira ansuran bulanan kereta baru #cara kira ansuran bulanan kereta terpakai #kaedah kira-kira penjual kereta #mengira pinjaman kenderaan #teknik kira ansuran bulanan kereta

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Mengira Ansuran Bulanan Kenderaan"