Biodata Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

Gambar Yang Dipertuan Agong Dan Isteri

Seri Paduka akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong dan secara rasminya akan menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia selama lima tahun pada Selasa ini, 30 Julai 2019. Pelantikan tersebut telah dibuat bagi menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan pada Ahad, 6 Januari yang lalu, selepas hanya 2 tahun berkhidmat.

Sultan Abdullah akan berkhidmat secara rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu untuk tempoh 5 tahun dan akan ditabalkan pada 31 Januari ini, di Istana Negara.Baginda berpengalaman selama 44 tahun sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak tahun 1975 dan menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lepas.

Baginda merupakan paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya. Baginda ialah paduka anakanda keempat kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan. Hasil perkahwinan itu, Sultan Ahmad Shah telah dikurniakan tujuh orang putera dan puteri manakala perkahwinan baginda dengan Sultanah Hajjah Kalsom pula dikurniakan seorang putera.

Antara sikap terpuji yang dimiliki oleh Seri Paduka adalah baginda gemar menyantuni rakyat, sifat rendah diri, keprihatinan dan kesederhanaan Seri Paduka menjadi buah mulut semua serta mandapat pujian rakyat, sekali gus meletakkan Seri Paduka sebagai Ketua Negara yang disayangi semua lapisan tak kira usia, bangsa dan agama.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ini dengan lebih baik. Oleh yang demikian, berikut adalah biodata rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keputeraan :
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

Pendidikan :
1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.
1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.
: Davies College, London, United Kingdom.
1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.
1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah

Pelantikan Tengku Mahkota Pahang :
1 Julai 1975, Seri Paduka dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.

Pelantikan Pemangku Raja Pahang :
Seri Paduka pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Seri Paduka sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Sukan
Seri Paduka begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, Seri Paduka mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Seri Paduka menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Isteri :
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar

Hari Keputeraan :
5 Ogos 1960

Anakanda putera dan puteri :
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan disandang :
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia
Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Hoki : Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
: Presiden Persekutuan Hoki Asia
: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa
Polo : Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)
Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)
Gold : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)
Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Pencapaian :
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia

Wikipedia : https://en.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong

Sumber: BH Online, Astro Awani, Utusan,
Foto: Instagram Istana Negara
logo-150x150 Biodata Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

Loading...

Tags: #agong malaysia #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #biodata agong #Biodata Yang Di-Pertuan Agong ke-16 #biodata YDPA agong malaysia #latarbelakang sultan abdullah #Sultan Abdullah #sultan pahang

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.