Biodata Syafiq Ahmad, Pemain Bola Sepak Kebangsaan Malaysia

Biodata Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad mula bermain sukan bola sepak sejak zaman sekolah rendah. Syafiq Ahmad mendirikan rumah tangga dengan wanita yang sudah lama dikenalinya iaitu Nor Amalina Norain pada 23 November 2017.

Syafiq Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK Tatar), sebuah sekolah sukan negeri di Kedah. Telah bermain bola pada usia seawal 12 tahun, beliau mula beraksi mewakili negara di Piala Danone, Perancis pada 2007. Bakatnya semakin terbukti sewaktu menuntut di SMK Tatar di mana dia menjadi antara pemain yang menyertai Piala Manchester United Bawah 14 Tahun di Carrington pada 2010.

Pada saingan Liga KPM-FAM pada tahun 2011-12 meletakkannya sebagai penjaring terbanyak selama dua tahun berturut-turut untuk SMK Tatar. Kerjaya Syafiq Ahmad bermula apabila diserap menyertai pasukan Kedah Bawah 19 tahun (B19). Kemudiannya bermain untuk pasukan senior Kedah sejak 2015, sebelum berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2018. Juga dipinjamkan ke pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada tahun sama.

Di peringkat kebangsaan, Syafiq Ahmad dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun negara (B-23) pada 2015 sebelum bersama skuad senior kebangsaan sejak 2017.

Terbaru 2019, Muhammad Syafiq Ahmad antara watak penting dalam kebangkitan Malaysia mengatasi Indonesia 3-2 pada aksi pembukaan pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia.

Beliau menjaringkan gol kedua pada minit ke-66, selain Mohamadou Sumareh yang muncul sebagai ‘wira’ kerana menjaringkan gol kemenangan Harimau Malaya.

Biodata Syafiq Ahmad :
Nama penuh : Muhammad Syafiq bin Ahmad
Dikenali : Syafiq Ahmad
Tarikh lahir : 28 Jun 1995
Asal : Sungai Ara, Pulau Pinang, Malaysia
Status : Berkahwin
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Ketinggian : 174 cm
Posisi permainan : Penyerang
Kelab terkini : Johor Darul Ta’zim (JDT)
Nombor jersey : 28
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Syafiq_Bin_Ahmad
Instagram : https://www.instagram.com/syafiq_ahmad20/

Loading...

Tags: #Syafiq Ahmad #Syafiq Ahmad biodata #Syafiq Ahmad harimau malaya #Syafiq Ahmad instagram #Syafiq Ahmad JDT #Syafiq Ahmad latarbelakang #Syafiq Ahmad pemain kebangsaan #Syafiq Ahmad wikipedia

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.