Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella

Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella

Selamat pengantin baru buat Engku Emran dan pasangannya, Laudya Cynthia Bella yang telah selamat diijalkabul pada 8 September 2017.

Dengan sekali lafaz, Bella yang merupakan aktres popular Indonesia sah menjadi suri hati Engku Emran dimana majlis pernikahan mereka telah diadakan secara sederhana dan tertutup di Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin wanita.

Selain ahli keluarga dan saudara mara, majlis berkenaan turut dihadiri sahabat handai serta rakan artis Malaysia dan Indonesia.

Untuk pengetahuan para pembaca, Engku Emran merupakan bekas suami kepada primadona terkenal tanah air, Erra Fazira.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan lebih dekat dengan Engku Emran ini.

Biodata Ringkas Engku Emran

Nama Penuh: Engku Emran Engku Zainal Abidin
Nama Komersil: Engku Emran
Tarikh Lahir: 1975
Umur: 42 Tahun (2017)
Kerjaya: Ahli Korporat (Penyiaran TV & Radio)
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Laudya Cynthia Bella
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial Media Engku Emran

Trivia Menarik Engku Emran

  1. Jarak umur pasangan ini adalah 13 tahun dimana Engku Emran berusia 42 tahun manakala Bella berumur 29 tahun.
  2. Pasangan merpati dua sejoli ini mula rapat apabila dipertemukan oleh Nora Danish dan suminya, Nedim Nazri pada Mac 2017.
  3. Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Bernama TV Synergy Sdn Bhd (Bernama News Channel) sejak lapan tahun lalu.
  4. Beliau juga menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di stesen radio, Suria.FM.
  5. Pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.
  6. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 8 tahun.
  7. Mempunyai darah campuran Melayu, Cina dan India.
  8. Menerusi instagramnya, Engku Emran suka melakukan aktiviti berbasikal jika mempunyai masa terluang.
  9. Memiliki lebih 200,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Engku Emran

Biodata-Engku-Emran-300x300 Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella Engku-Emran-Suami-Tercinta-Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella gambar-engku-emran-dan-anak-Engku-Aleesya-300x300 Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella Suami-Tercinta-Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella

 

azlan-150x150 Biodata Engku Emran, Suami Tercinta Laudya Cynthia Bella

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bekas suami erra fazira #Biodata Engku Emran #Engku Emran #engku emran age #engku emran biodata #engku emran ceo #Engku Emran Engku Zainal Abidin #engku emran kerja #engku emran pekerjaan #engku emran profile #engku emran wiki #engku emran wikipedia #Profil Engku Emran #Suami Laudya Cynthia Bella #Trivia Menarik Engku Emran

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.