Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!

Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!

Salah satu faktor kenapa berlakunya masalah kulit wajah seperti kusam, jerawat dan jeragat adalah dengan membeli serta memakai produk kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit wajah seseorang.

Bagi menangani masalah ini, apakata anda ambil masa untuk mengetahui jenis-jenis kulit wajah sebelum menggunakan sebarang produk kecantikan.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel dibawah. Selamat membaca!

1. Kulit Berminyak

Jika kulit wajah anda seringkali mengeluarkan minyak di sekitar muka termasuklah di pipi, dagu, dahi dan hidung, ianya bererti anda tergolong dalam kategori kulit wajah yang berminyak. Seelok-eloknya, pakailah pencuci dan pelembap wajah yang berlabel bebas minyak (oil free) dan hindari non-comedogenic.

  • Punca-punca kulit berminyak:

-Perubahan hormon
-Tekanan stres
-Persekitaran yang lembap

  • Cara rawatan:

-Cucikan wajah anda sebanyak dua kali sehari secara rutin terutamanya selepaa berpeluh.
-Pakai pelembap wajah yang lembut dan selamat.
-Jangan sekali-kali menyentuh atau memecahkan jerawat kerana proses penyembuhannya mengambil masa yang agak lama.

2. Kulit Kering

Sekiranya kulit tidak berminyak sekaligus tidak kenyal dan kerap mengelupas, anda didapati mempunyai masalah kulit kering. Bagi mengatasi masalah ini, elakkan menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol.

  • Punca Kulit Kering

– Seringkali terdedah dibawah sinaran matahari atau udara dingin.
– Mandi air hangat/panas.
– Pakai pembersih wajah jenis foaming facial wash.

  • Cara rawatan:

– Hindari rawatan lulur (scrub) dan tuala yang kasar.
– Amalkan memakai pelembap jenis krim dan losyen beberapa kali sehari.
-Pakai pembersih wajah yang diperbuat daripada minyak seperti minyak zaitun.
– Sila pakai sarung tangan apabila menggunakan sabun pencuci.

3. Kulit Sensitif

Kulit jenis ini sangat sukar untuk dikesan keadaannya boleh menjadi terlalu kering atau sangat berminyak. Oleh itu, penjagaan extra perlu dititiberatkan buat anda yang memiliki kulit sensitif ini.

  • Kesan Kulit Sensitif:

– Mengalami kegatalan
– Sentiasa kering
– Alami kemerah-merahan/terbakar

  • Cara rawatan:

– Guna produk penjagaan diri berlabelkan hypo-allergenic.
– Jangan terdedah pada sinaran matahari secara langsung.
– Jauhi rawatan facial.

4. Kulit Kombinasi

Siapa yang mempunyai kulit kombinasi biasanya akan mengeluarkan minyak yang berlebihan di kawasan zon T iaitu di bahagian dahi, dagu dan hidung manakala mengalami kekeringan dibahagian pipi. Untuk mencegahnya, anda memerlukan perawatan yang berbeza di bahagian zon T dan pipi.

  • Kesan Kulit Kombinasi:

– Bintik hitam (blackhead).
– Liang pori yang lebih besar di bahagian Zon T.

  • Cara Rawatan:

– Lakukan rawatan lulur wajah tidak lebih dari dua kali seminggu.
– Sentiasa memakai pelembap atau moisturizer pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
– Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar Dermatologi profesional (pakar kulit) mengenai kulit anda.

Tips Tambahan:

Untuk mendapatkan kulit yang cantik menawan dan berseri-seri, amalkan tips mudah dibawah ini!

– Perbanyakkan minum air putih/suam.
– Jauhikan diri daripada terkena cahaya matahari (selepas jam 10.00 pagi dan ke atas) dengan memakai topi atau payung.
– Pakai pelembap yang sesuai dengan kulit wajah anda.
– Hindari asap rokok.
– Pakai pelindung matahari seperti sunblock atau sunscreen yang mampu mencegah sinaran UVB dan UVA.
– Cuci solekan di wajah dengan bersih sebelum masuk tidur.

azlan-150x150 Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara cantikkan wajah #Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan! #produk kecantikan #produk kecantikan kulit #produk kecantikan muka terbaik #produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan #produk kecantikan paling berkesan #produk kecantikan yang selamat dan berkesan 2017 #produk kecantikan yang selamat digunakan #produk kecantikan yang sesuai #produk muka yang tiada bahan kimia #produk pemutihan kulit paling berkesan dan selamat #produk skincare terbaik

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.