Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose Yang Perlu Anda Cuba!

Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose

Sedar atau tidak, aktres cun bernama Nelydia Senrose ini sudah 10 tahun bergelar anak wayang.

Mula mengetuk pintu industri hiburan mulai 2007, wajah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen seringkali menghiasi drama dan telefilem Melayu yang disiarkan di kaca televisyen hari ini.

Bukan sahaja berbakat besar dalam dunia lakonan, Nelydia atau mesra disapa Nelly dianugerahkan rupa paras yang cantik dan menawan apabila dipandang.

Malah, pelakon drama Suamiku Mat Salih Celup ini pernah menjadi duta produk kosmestik dan penjagaan diri seperti Enchanteur, Chriszen dan Collection.

Nah, inilah 4 rahsia disebalik kecantikan Nelydia Senrose buat tatapan para pembaca. Selamat mencuba!

1. Penjagaan Asas Kulit Wajah Secara Rutin

“Sebagai seorang pelakon, kulit Nelly akan terdedah dengan cuaca panas, sinar UV dan solekan tebal. Suka atau tidak, Nelly perlu menjaga kulit dengan baik dengan melakukan rutin penjagaan asas kulit seperti mencuci wajah serta menyapu krim siang dan malam. Nelly juga akan membuat rawatan muka di salon kecantikan sebulan sekali untuk memyingkirkan tompok hitam dan putih serta rawatan untuk mata,” katanya.

2. Trim Hujung Rambut 2 Minggu Sekali

“Untuk penjagaan rambut, Nelly akan trim hujung rambut selama dua minggu sekali. Ini kerana, rambut Nelly saban hari akan didandan dan disembur pelbagai bahan kimia berbahaya terutamanya ketika berlakon atau menghadiri majlis anugerah,” jelasnya.

3. Guna Losen Untuk Lembapkan Kulit

“Kulit kita perlukan khasiat tambahan untuk memastikan ianya kekal lembap dan lembut sepanjang masa. Selain menggunakan losen pilihan secara rutin, Nelly juga membuat rawatan mandi lulur di rumah,” katanya.

4. Ringkas Tapi Mengenyangkan

“Nelly elakkan pengambilan nasi. Nelly akan pastikan bersarapan atau makan tengahari hanya dengan energy bar, air milo atau apa sahaja makanan lain yang ringkas tapi mengenyangkan. Paling penting, jangan makan selepas jam lapan,” jelasnya.

Sumber: In-Trend Magazine
azlan-150x150 Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose Yang Perlu Anda Cuba!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Macam Nelydia Senrose #Nelydia Senrose #Petua Kecantikan Nelydia Senrose #Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose #Rahsia Nelydia Senrose #Tips Cantik Nelydia Senrose

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.