6 Aroma Perlu Anda Ketahui Sebelum Beli Minyak Wangi

Aroma Jenama Minyak Wangi Pilihan

Minyak wangi merupakan item wajib yang perlu ada pada setiap orang samada lelaki mahupun wanita.

Terdapat banyak wangian di pasaran dengan pelbagai jenama dari harga puluhan hingga ratusan ringgit.

Sebelum membeli minyak wangi, pastikan wangian tersebut sesuai dengan citarasa dan karakter anda.

Ada baiknya menentukan aroma yang tepat dan sesuai mengikut keperibadian anda agar tampil selesa dan nyaman dengan diri sendiri mahupun apabila berdepan masyarakat.

Untuk kali ini, penulis kongsi tentang 6 aroma yang perlu anda ketahui sebelum membeli minyak wangi. Let’s find out!

1. Floral

Sesuai dengan namanya, wangian jenis ini bersumberkan floral atau bunga-bungaan. Buat yang sukakan wangian yang beraroma lembut, feminin dan romantis, minyak wangi jenis floral mesti menjadi pilihan anda.

Kebiasaannya, parfum seperti ini sangat digemari oleh kaum wanita berbanding lelaki. Contoh bunga-bungaan yang selalu digunakan dalam pembuatan minyak wangi jenis floral seperti mawar, jasmine, lavender, magnolia dan banyak lagi.

Antara wangian popular menggunakan sensasi floral adalah Daisy by Marc Jacobs, Poppy Flower by Coach, Romance by Ralph Lauren dan Omnia Amethyste by Bvlgari.

2. Fruity

Wangian berasaskan buah-buahan segar ini selalunya menjadi pilihan para remaja dan wanita dimana memberikan kesan seksi, aktif, ceria dan menyegarkan kepada si pemakai.

Selain limau, wangian jenis ini turut dihasilkan dari buah lemon, raspberry, epal, peach dan ceri.

Minyak wangi berjenama popular yang menghasilkan wangian beraroma fruity seperti Burberry Britt Sheer, Guess For Women, Estee Lauder Pure White Linen dan Calvin Klein DownTown.

3.Woody

Parfum woody berasal dari wangian beraroma kayu-kayuan seperti kulit kayu manis, rosewood dan sandalwood yang mendatangkan kesan bau-bauan eksotik dan hangat.

Wangian ini sangat sesuat buat peribadi yang classy, mempunyai citarasa tinggi, peramah dan gemarkan alam semula jadi.

Jika sukakan wangian jenis kayu-kayu atau woody, Bvlgari Men In Black, Escada Magnetism, Allure Pour Homme Channel dan Encounter Calvin Klein For Men mesti menjadi carta pertama minyak wangi anda.

4. Oriental

Campuran bau-bauan dari fruity hingga ke woody melahirkan keunikkan tersendiri buat wangian beraromakan oriental ini.

Kandungan yang terdapat dalam parfum jenis ini ialah vanila, musk, amber serta rempah ratus seperti kulit kayu manis dan cengkih yang menghasilkan kesan intim dan seksi kepada siapa yang memakainya.

Pelbagai minyak wangi berjenama yang mengeluarkan wangian jenis oriental termasuklah Midnight Heat Beyonce For Women, Jasmine Noiv Bvlgari, Eau De Nuit Giorgio Armani dan Big Pony 2 Ralph Lauren.

5. Oceanic/Marine

Terinspirasi dari air, laut dan udara, wangian jenis oceanic atau marine ini sangat ringan dan fresh serta boleh dipakai secara unisex (dipakai lelaki dan wanita). Parfum ini biasanya berasal dari tumbuh-tumbuhan yang wangi segar.

Beberapa jenis minyak wangi berasaskan oceanic yang anda boleh cuba seperti Bvlgari Soir, Hugo Energise, Dune by Christian Dior dan Cool Water by Davidoff.

6. Green

Bagi yang gemarkan bau-bauan menenangkan dan menyegarkan, aroma jenis green wajib anda cuba.

Pudina atau teh hijau menjadi bahan utama dalam menghasilkan wangian seperti ini.

Untuk aroma yang segar dan tenang, anda boleh cuba wangian Safari by Ralph Lauren, Polo Sport, Ralph Lauren, Elizabeth Arden, Green Tea Scent Spray Perfume, dan Desire Blue Alfred Dunhill.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #6 Aroma Minyak Wangi #Burberry Britt Sheer #Bvlgari #Calvin Klein #Desire Blue Alfred Dunhill. #Eau De Nuit Giorgio Armani #Elizabeth Arden #Escada Magnetism #eu de parfume #Guess #Hugo Energise #Jenis Aroma Minyak Wangi #jenis perfume #Marc Jacobs #Minyak Wangi #perfume #perkara perlu diketahui sebelum membeli minyak wangi #Ralph Lauren

5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!
Dari dahulu sehingga kini, pelbagai teknologi telah dicipta untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Komunikasi,
Tips Mengenal Sifat Lelaki, Wanita Kena Baca Fakta Ini!
Bagi wanita yang ingin mengenali sifat dan sikap seorang lelaki, manusia yang berjantina
5 Golongan Manusia Akan Anda Temui Di Instagram!
Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan salah satu aplikasi media sosial popular di
10 Sikap Wanita Ini Jika Tidak Dibendung Boleh Meretakkan Perhubungan
Tahukah anda bahawa sikap terlalu atau melebih-lebih wanita boleh membahayakan perhubungan? Sikap ‘terlalu’

Comments are closed.