Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayap

Ummi Nazeera Iphone

Ummi Nazeera pernah meninggalkan dunia lakonan selepas melanjutkan pengajian ke Australia. Semenjak berada di Australia, beliau telah melakukan banyak perubahan terutamanya dalam mendalami ilmu agama dan kesannya terlihat melalui penampilannya yang telah banyak berubah dengan imej berhijab. Namun, kini sudah kembali aktif di dunia lakonan.

Ummi Nazeera kini muncul dalam terbaru berjudul “Patahnya Sebelah Sayap” yang ditayangkan di TV3 mulai 20 September 2016 (Isnin hingga Rabu) jam 10.00 malam. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon Aeril Zafrel dan Izzue Islam

Kemunculan Kembali Ummi Nazeera

Judul Drama : Patahnya Sebelah Sayap
Jumlah Episod : 15 episod
Tarikh Mula : 20 September 2016
Siaran : Slot Samarinda TV3
Skrip : Mia Marziah
Pengarah : Ayie Mustafa
Penerbit : Creative Skill Solution Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak dan  Zainab Othman

Watak :

  • Ummi Nazeera sebagai Alisha
  • Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
  • Izzue Islam sebagai Amzar
  • Wawa Zainal sebagai Tania
  • Syainie Shuhaimi sebagai Lin
  • Putra Amaris sebagai Rizal
  • Zainab Othman sebagai Halimah
  • Normah Damansuri sebagai Salbiah
  • Neera Azizi sebagai Mira
  • Muhamad Faiz sebagai Mirul
  • Mili Sebagai Habibah

Lagu Tema OST :

  • Hancur Aku – Estranged feat Fazura

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

drama-TV3-patahnya-sebelah-sayap-150x150 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah SayapDrama Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah.

Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama.

Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.

Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.

Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Biodata Pelakon Ummi Nazeera

Nama Penuh : Ummi Nazeera Nur Hidayah Binti Zainul Abidin
Nama Popular : Ummi Nazeera
Tarikh lahir: 20 Ogos 1990
Asal : Kuala Lumpur Umur: 26 tahun (2016)
Agama : Islam
Keturunan : Melayu
Warganegara : Malaysia
Kerjaya : Pelakon
Pendidikan : Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Melbourne, Australia
Populariti : Berlakon dalam drama bersiri Nur Kasih dan Hikayat Merong Mahawangsa

Drama, Telemovie dan Filem :

Alif Imani, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Penanggal, Cik Puan Sinderella, Nur Kasih, Angin Cinta, Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar, Patahnya Sebelah Sayap

Laman Sosial Ummi Nazeera

Gambar Menarik Ummi Nazeera

ummi-nazeera-masih-solo-300x300 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayaptudung-ummi-nazeera-300x300 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayappelakon-drama-bersiri-ummi-nazeera-300x300 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayappemakaian-hijab-ummi-nazeera-300x300 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayapgambar-selfie-ummi-nazeera-300x300 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah SayapUmmi-nazeera-e1475294365577-300x300 Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayap

Loading...

Tags: #biodata ummi nazeera #gambar ummi nazeera #pelakon drama patahnya sebelah sayap #pelakon nur kasih #profil ummi nazeera #sinopsis drama patahnya sebelah sayap #tudung ummi nazeera #ummi nazeera berhijab #ummi nazeera biodata #ummi nazeera drama #ummi nazeera family #ummi nazeera filem #ummi nazeera movie #ummi nazeera wiki

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Ummi Nazeera, Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayap"