Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive!

Adriana Adnan Pelakon Model Pengacara

Adriana Adnan, bakat baru yang semakin menyinar dan laris di persada seni hiburan tanah air.

Memulakan langkah sebagai wartawan penyiaran, figura cun ini diberikan kepercayaan mengendalikan program hiburan terbitan Astro iaitu HLive! yang memaparkan berita terkini mengenai selebriti tempatan dan antarabangsa.

Tidak menoleh ke belakang, anak jati Selangor ini terus mengembangkan bakatnya sebagai seorang anak wayang apabila membintangi drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot dimana mengangkat namanya ke dunia lakonan.

Sejak itu, rezekinya semakin melimpah ruah dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan 5 trivia menarik mengenai Adriana Adnan buat tatapan pembaca. Take a look!

1. Sertai Uji Bakat Pencarian Wajah Baru HLive

Sebelum bergelar wartawan penyiaran dan pengacara HLive, Adriana memberanikan diri untuk menyertai program pencarian bakat pengacara iaitu Pencarian Wajah Baru HLive pada tahun 2015. Adriana dan rakan penyampainya, Donna Muslim terpilih sebagai wajah baru dalam program berkenaan.

2. Anak kepada bekas wartawan dan pengacara otai

Adriana merupakan anak sulung kepada Datin Zamzarina Zambri yang popular dengan program televisyennya iaitu Apa Kata Wanita. Ibunya merupakan bekas wartawan penyiaran dan pembaca berita di RTM.

3. Mementingkan pelajaran

Walaupun sibuk dengan kerjaya, figura tinggi lampai ini sangat mementingkan pelajarannya. Adriana kini sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakauanan. Terdahulu, beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan yang sama di UiTM, Tapah, Perak.

4. Aktif bersukan

Adriana dan ibunya aktif bersukan terutamanya kick boxing. Dua kali seminggu, mereka berdua akan menjalani latihan kick boxing bersama jurulatih peribadi.

5. Mempunyai pengikut yang ramai di Instagram

Sejak membintangi Suri Hati Mr Pilot dan Urusan Hati Cik Drama Queen, pengikut di instagramnya semakin bertambah. Sehingga artikel ini ditulis, Adriana mempunyai hampir 100,000 pengikut di Instagram miliknya. Melalui instagramnya, Adriana berkongsi aktiviti terkini mengenai kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon.

Biodata Ringkas Adriana Adnan

Nama Penuh: Adriana Adnan
Nama Komersil: Adriana Adnan
Tarikh Lahir: 6 Februari 1995
Asal: Selangor
Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Status: Bujang
Kerjaya: Pengacara, Wartawan Penyiaran, Pelakon dan Model Sambilan

TV Host: HLive! Inspirasi HLive, Buruk Cantik, PM Live, Rockanova, Rock On Rockanova, Rocktrek Rockanova, Lawak Pagi dan banyak lagi.

Drama/ Telemovie: Jula Juli Bintang Cinta, Jula Juli Bintang Putus Cinta, Tak Balik Raya Tak Rock, Urusan Hati Cik Drama Queen dan Suri Hati Mr Pilot.

Laman Sosial Adriana Adnan

Gambar Menarik Adriana Adnan

adriana-adnan-selfie-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! Trivia-Menarik-Adriana-Adnan-1-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! rambut-pendek-Adriana-Adnan-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! pengacara-Adriana-Adnan-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! fesyen-Adriana-Adnan-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! biodata-Adriana-Adnan-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! Adriana-Adnan-rambut-panjang-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive! Adriana-Adnan-pakai-kebaya-300x300 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive!

azlan-150x150 Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adriana Adnan #adriana adnan biodata #Adriana Adnan HLive! #adriana adnan ibu #adriana adnan profile #adriana adnan umur #adriana adnan wiki #Biodata Adriana Adnan #Images for Adriana Adnan adriana adnan anak zamzarina #laman sosial adriana adnan #pelakon adriana adnan #pengacara hlive #siapa adriana adnan #tinggi adriana adnan #Trivia Menarik Adriana Adnan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Trivia Menarik Adriana Adnan, Host Cun HLive!"