Soal Jawab Mengenai Gambar Selfie


Soalan : Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing sambil susukan anak? 

Ustaz :

Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat-cepat delete. 

Soalan : Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung. 

Ustaz : Apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalilnya:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب

Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara.

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور

Orang perempuan jangan hentak kaki untuk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور

Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yang tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم

Mana-mana wanita yang berwangi-wangian dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan : Apa kena mengena dalil ini dengan posing menyusukan anak?

Ustaz : Jika memakai wangi-wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menghampiri zina apatah lagi sedang menyusukan bayi .. tidakkah akan ada eksploitasi?

Dalil-dalil ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka. Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di eksploitasi adalah tanda agama Islam menyayangi wanita. Maka janganlah membuka ruang untuk dieksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi. Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri masing-masing.

Dipetik daripada PU Rahmat Ikhsan

Carian Berkaitan

soal jawab tentang aurat wanita

Artikel Berkaitan

Tags: #aurat selfie #aurat wanita #gambar selfie #manipulasi gambar #Soal Jawab Halal Haram Mengenai Gambar Selfie #soal jawab PU rahmat ikhsan

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Comments are closed.