Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3

Cover Bahagia Kasihmu

Drama Berjudul Bahagia Kasihmu

Drama berjudul Bahagia Kasihmu ditayangkan di slot Zehra TV3. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel karya Fatin Nabila yang juga merupakan penulis novel bagi drama adaptasi Setia Hujung Nyawa. Diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dibawah terbitan A.Aida Production Sdn Bhd. Mengandingkan Fezrul Khan dan Eyka Farhana sebagai pelakon utama.

Drama ini mengisahkan seorang gadis, Tasnim yang sentiasa kegelisahan akibat diburu masa silam, Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Antara pelakon yang membarisi drama ini adalah seperti Fezrul Khan, Eyka Farhana, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran

Ringkasan drama :

Watak Utama : Fezrul Khan (Zarul), Eyka Farhana (Tasnim)
Judul : Bahagia Kasihmu
Jumlah Episod : 13
Tahun : 19 November 2016, 9.00 malam
Siaran : Slot Zehra TV3
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Lagu : Ippo Hafiz

drama-Bahagia-Kasihmu-2016-150x150 Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3 drama-Bahagia-Kasihmu-150x150 Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3 drama-dari-novel-Bahagia-Kasihmu-150x150 Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3 novel-Bahagia-Kasihmu-150x150 Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3 pergambaran-Bahagia-Kasihmu-150x150 Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3

logo-150x150 Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3

Loading...

Tags: #drama 2016 Bahagia Kasihmu #drama Bahagia Kasihmu #drama lakonan Eyka Farhana #gambar drama Bahagia Kasihmu #gambar pelakon drama Bahagia Kasihmu #ost Bahagia Kasihmu #pelakon Bahagia Kasihmu #pelakon fezrul khan Bahagia Kasihmu #senarai pelakon drama Bahagia Kasihmu #sinopsis Bahagia Kasihmu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Bahagia Kasihmu, Slot Zehra TV3"