Selain K-Drama dan K-Pop, Korea Selatan turut dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan adat budaya serta destinasi-destinasi popular dan menarik.
Saban tahun, ramai pelancong dari luar negara termasuklah Malaysia bercuti ke negara berkenaan.
Sebagai sebuah negara yang aman dan modenisasi, kebanyakan warga asing mulai memilih untuk menetap dan bekerja di sana.
Tahukah anda, terdapat banyak kelebihan rakyat Korea Selatan yang bikin iri hati masyarakat dunia.
Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel di bawah. Selamat membaca!
1. Boleh Beli Alkohol Dimana Sahaja
Budaya minum alkohol di Korea sudah diketahui umum. Hampir semua warganya tanpa mengira lelaki atau perempuan menimun arak dek kerana masalah pembelian alhokol dan undang-undang meminumnya cukup bebas di negara berkenaan.
Mereka boleh membeli arak pada bila-bila dan boleh minum di mana-mana sahaja. Soalnya, tidak semua negara mengamalkan peraturan ini terutamanya negara-negara Islam seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia.
2. Selamat Berjalan Di Tengah Malam
Jika di negara lain, warganya takut untuk berjalan pada waktu malam lebih-lebih lagi dengan peningkatan kes jenayah seperti menculik, merompak atau merogol. Namun, perkara sebaliknya berlaku di Korea Selatan. Anda bebas berjalan atau melakukan aktiviti meskipun ditengah malam tanpa diancam bahaya. Bahkan, kedai-kedai serbaguna atau runcit di sana turut dibuka hingga larut malam dan 24 jam.
3. Boleh Makan & Minum Dalam Pengangkutan Awam
Banyak negara di luar sana termasuklah di Malaysia sendiri melaksanakan peraturan serta melarang warganya daripada makan dan minum dalam pengangkutan awam seperti Komuter, Monorel dan LRT. Di Korea Selatan, anda bebas melakukan perbuatan ini. Lazimnya, masyarakat di sana membawa bekalan makanan atau minuman ke sekolah, tempat kerja atau berlibur.
4. Rangkaian Internet Paling Laju Di Dunia
Untuk info, rangkaian internet di Korea Selatan paling cepat dan stabil di dunia. Kemudahan akses internet boleh didapati di seluruh tempat di negara berkenaan terutamanya di kafe, restoran dan pusat beli-belah.
5. Sistem Pengangkutan Awam Paling Mudah & Murah
Percaya atau tidak, sistem pengangkutan di negara yang popular dengan Kimchi ini merupakan salah satu sistem pengangkutan awam terbaik di dunia. Rata-rata warga Korea Selatan memilih keretapi bawah tanah (Subway) atau bas sebagai pengangkutan utama mereka. Tidak hanya selesa dan bersih, tambang pengangkutan awam yang dikenakan sangat murah dan berpatutan.
Tags: #apa best di korea #kehidupan di korea selatan #Kelebihan Warga Korea Selatan #Kelebihan Warga Korea Selatan Bikin Iri Hati Masyarakat Dunia #korea selatan #living korea #rakyat korea #seoul korea