4 Lagu Popular Ini Ciptaan Ippo Hafiz!

4 Lagu Popular Ini Ciptaan Ippo Hafiz!

Raja Lagu Runut Bunyi (OST)!. Itulah gelaran yang diberikan netizen serta penggiat seni muzik terhadap penyanyi terkenal, Ippo Hafiz.

Antara lagu nyanyian jejaka berusia 28 tahun ini yang dijadikan sebagai soundtrack untuk pelbagai drama bersiri tempatan adalah Rahsia (Teman Lelaki Upahan), Ku Ingin Kamu (Suamiku Paling Sweet), Irama Kita (Cik Cinderella dan Encik Tengku), Bicara Malam (Mencintaimu) dan Yang Terindah (Cinta Si Wedding Planner).

Bukan sahaja boleh menyanyi semata-mata, pemilik nama lengkap Muhammad Hafiz Yaziz ini juga berbakat besar dalam penulisan lirik lagu dan seringkali berkolaborasi dengan beberapa komposer tempatan yang lain.

Menariknya, lagu-lagu ciptaan pelakon sitkom Bas Stop! Ini turut dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi popular tanah air. Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom semak artikel dibawah!

1. Redha – Irfan Haris

Lagu berjudul Redha ini merupakan single pertama penyanyi baharu bernama Irfan Haris. Lagu nyanyian anak jati Johor Bahru, Johor ini dicipta sepenuhnya oleh Ippo Hafiz.

Mengangkat konsep lagu ketuhanan, single ini turut menjadi lagu runut bunyi (OST) drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot yang telah ditayang di Astro Ria setahun yang lalu. Malah, single kedua dendangan adik kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2013 iaitu Amira Othman berjudul Pesan turut dihasilkan oleh Ippo bersama-sama Haqiem Rusli.

2. Menanti Janji – Ronnie Hussien

Selepas keluar daripada Hyper Act, Ronnie Hussien banyak merakamkan beberapa single secara solo termasuklah lagu Menanti Janji. Kalau nak tahu, lagu soundtrack untuk drama rantaian Biar Aku Jadi Penunggu ini adalah nukilan Ippo Hafiz bersama aktres cantik menawan, Janna Nick.

Lagu bergenre balada ini mengangkat kisah kesetiaan seorang yang menunggu cahaya cinta dari kekasih pujaannya meskipun mengambil masa yang lama. Sehingga artikel ini ditulis, muzik video lagu Menanti Janji ditonton lebih 7 juta tontonan sejak dimuat naik di saluran YouTube pada 31 Disember 2016.

3. Jagakan Dia – Shiha Zikir

Mula diperdengarkan kepada para penikmat muzik tempatan sekitar Oktober 2017 lalu, lagu bertajuk Jagakan Dia yang dialunkan Shiha Zikir ini dicipta sepenuhnya oleh Ippo Hafiz.

Menurut anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini, single terbaharunya tersebut begitu dekat dengan dirinya disebabkan jalan cerita lagu Jagakan Dia diilhamkan daripada kisah cinta kenalan rapat beliau.

Bukan itu sahaja, penyanyi seiras Rossa ini juga melancarkan video muziknya pada 16 Oktober 2017 di YouTube yang turut dibintangi aktor terkenal negara, Saharul Ridzwan.

4. Cinta Yang Telah Mati – Neon Band

Biarpun masih asing dalam kalangan para peminat muzik tanah air namun lagu Cinta Yang Telah Mati nyanyian Neon Band semakin mendapat sambutan dan seringkali dimainkan dicorong-corong stesen-stesen radio tempatan.

Dihasilkan oleh Ippo Hafiz dan KR, lagu ini adalah single pertama Neon Band untuk menerpa nama di arena seni hiburan Malaysia.

Kumpulan yang memartabatkan muzik modern rock ini dianggotai lima orang jejaka terdiri daripada Ezwan Ariff selaku vokalis, Adam Svl (gitaris utama), Shafique Shariff (gitaris kedua), Naim Sapuan (bass), Freddie Kay (keyboard) dan Azuad Abdullah (dram).

azlan-150x150 4 Lagu Popular Ini Ciptaan Ippo Hafiz!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cinta Yang Telah Mati - Neon Band #Ippo Hafiz #ippo hafiz songs #Jagakan Dia - Shiha Zikir #Lagu Ciptaan Ippo Hafiz #lagu Ippo Hafiz #Lagu Nukilan Ippo Hafiz #Lagu Popular Ciptaan Ippo Hafiz #Lagu Popular Nukilan Ippo Hafiz #Menanti Janji - Ronnie Hussien #Redha - Irfan Haris

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.