Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Cara Menghalau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda

Apakah perasaan anda apabila kereta anda menjadi mangsa semburan air kencing kucing? Mungkin kucing jiran anda ataupun kucing liar yang bertandang ke rumah anda. apabila tiba musim mengawan, kucing jantan terutamanya akan menanda kawasan dengan air kencing mereka.

Namun, jika tayar kereta anda yang menjadi tempat si kucing menanda kawasan, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Apatah lagi jika kereta anda yang sedang berkilat setelah dibasuh itu secara tiba-tiba berbau hancing.

Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menghalau kucing daripada kencing di tayar kereta anda. Selain itu, dalam pos ini juga, penulis akan berkongsi cara untuk menyediakan semburan penghalau kucing DIY (cat repellant).

  • Belerang

belerang Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Taburkan sedikit belerang di penjuru dinding-dinding rumah anda, di pagar rumah dan juga di kawasan  tempat letak kereta. Letakkan lebih sedikit di kawasan yang selalu dikencing oleh kucing. Belerang yang bersifat panas akan menjadikan kucing tidak gemar untuk datang ke rumah anda. Selain menghalau kucing, belerang juga boleh menghalau serangga berbisa seperti lipan dan ular dari datang memasuki kawasan rumah anda.

  • Cuka

cuka Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Seperti kaedah menggunakan belerang, tuangkan cuka di kawasan yang menjadi tumpuan kencing kucing. Cuka juga bersifat tajam dan mengeluarkan bau yang tidak digemari oleh kucing.

  • Lada Hitam 

lada-hitam Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Cara ini anda boleh buat sendiri secara DIY. Tumbukkan sedikit lada hitam dan kemudiannya campurkan ke dalam air panas. Apabila sudah sejuk, bolehlah disemburkan di kawasan yang terlibat dengan kencing kucing tadi.

  • Serai Wangi

serai-wangi Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Mungkin juga anda semua boleh cuba menggunakan semburan serai wangi. Semburkan di kereta dan kawasan letak kereta. Bau serai wangi akan menghindarkan kucing dari kencing di kereta anda.

  • Cat Repellent

cat-repellent Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Boleh cuba dapatkan di pusat beli belah, produk jenis penghalau kucing iaitu cat repellent. Agak sukar untuk mencarinya sebenarnya. Tetapi sekiranya anda bertemu dengan produk tersebut, bolehlah dicuba. Menggunakan cat repellant ini agak berkesan. Jika anda tidak dapat menemuinya di kedai, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

  • DIY Cat Repellent

DIY-cat-repellant Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Terdapat dua cara yang boleh anda cuba untuk menyediakan semburan penghalau kucing. Sediakan bekas penyembur (spray bottle) yang boleh dibeli di mana-mana kedai seperti Mr. DIY dan sebagainya.

Cara pertama :

vinegar-lemon Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Cara pertama adalah dengan menggunakan campuran lemon dan cuka. Kucing amat tidak menggemari bau lemon dan cuka. Caranya, sediakan air perahan lemon, campurkan dengan sedikit air. Masukkan ke dalam bekas penyembur dan kemudiannya, isikan cuka ke dalam bekas penyembur. Goncangkan bekas dan anda boleh menyemburnya pada bahagian kereta yang selalu menjadi tempat kucing kencing.

Cara kedua :

orange-lemon Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

Cara kedua adalah dengan menggunakan lemon dan kulit oren. Jangan buang kulit oren setelah anda memakan isinya. Potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. Didihkan air dan tuangkan air panas ke dalam bekas yang mengandungi kulit oren tadi. Biarkan sehingga sejuk dan isikan air itu ke dalam bekas penyembur. Hiris lemon, perahkan air lemon ke dalam bekas penyembur. Tutup dan goncangkan sebelum digunakan.

IMG_20171206_114610-150x150 Petua Halau Kucing Liar Daripada Kencing Di Tayar Kereta Anda!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #aroma yang tidak disukai kucing #benda yang ditakuti kucing #cara agar kucing tidak berak ditempat yang sama #Cara Berkesan Elak Kucing Berak & Kencing Merata-rata #cara elak kucing kencing di tayar kereta #cara halau kucing #cara halau kucing berak #cara halau kucing liar dari kencing di tayar kereta anda #cara membuat DIY cat repellant #cara menghalau kucing #cara mengusir kucing kencing #Cara Mengusir Kucing Liar Dengan Mudah #Cara Nak Halau Kucing #cat repellant #kucing berak merata-rata #kucing kencing merata rata #obat penangkal kucing #petua elak kucing kencing mearata #petua halau kucing berak depan rumah #Petua Nak Elakkan Kucing Dari Berak Di Halaman #semburan penghalau kucing #tanaman yang tidak disukai kucing #tips menghalau kucing dari kawasan rumah

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.