Resepi Ayam Masala

Ayam Masala

Resepi Ayam Masala

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam dipotong 12 bahagian (dicuci dan ditoskan airnya)
  • 2 sudu makan cili boh atau cili kisar
  • 7 batang lada hijau*
  • 4 biji bawang besar*
  • 6 biji bawang putih*
  • Halia sejengkal*
  • Sedikit lengkuas (dititik)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 sudu makan campuran serbuk ketumbar, jintan manis dan kasar
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
  • 1 biji buah tomato (dibelah¬†empat)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Bawang goreng untuk ditabur
  • Minyak masak
  • 1/2 sudu teh minyak sapi

Cara memasak :

  1. Kisar halus bahan-bahan (*). Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan minyak masak.
  2. Masukkan bahan (cengkih, pelaga, kayu manis) kedalamnya. Apabila ia mula meletup-letup masukkan serai dan lengkuas, bila dah wangi sedikit baru masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Kacau sehingga sebati.
  3. Bila rempah sudah wangi, masukkan rempah garam masala, kari, serbuk ketumbar dan jintan manis dan kasar. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato dan buahnya sekali, dan masukkan ayam dan tutup masakan menggunakan nyalaan api sederhana.
  5. Bila ayam sudah separuh masak, masukkan daun ketumbar dan daun pudina, garam serta lada putih, kacau perlahan-lahan dan biarkan sampai ayam masak dan kuahnya agak pekat.
  6. Selesai, taburkan dengan bawang goreng.

Tips : Resepi ayam masala enak dinikmati bersama nasi beryani

Carian Berkaitan

resepi ayam masala, resepi daging masak masala, ayam masala resepi, ayam masak masala, resepi ayam masak masala
Loading...

Tags: #ayam masala nasi beryani #cara buat Ayam Masala #cara masak Ayam Masala #masak Ayam Masala #menu Ayam Masala #Resepi Ayam Masala

Resepi Roti Sarang Lebah Bersalut Sos Butterscotch Yang Enak!
Bahan A 50 gram gula 1 paket yis 300ml air Bahan B 150
Cara Memasak Pulut Kuning Yang Sedap
Memasak pulut kuning tidaklah rumit. Masa untuk memasak juga tidak memerlukan masa yang
5 Resepi Masakan Maggi Pilihan Rakyat Malaysia, Tengok Gambar Pun Tak Tahan!
Masakan maggi sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu ringkas yang senang
Resipi Biskut Raya Sarang Semut
Biskut sarang semut merupakansalah satu biskut kegemaran penulis dan juga merupakan biskut raya

Comments are closed.