Virus Zika Dan Senjata Biologi

Zika Baby

Pengenalan berkenaan virus Zika

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika. Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Nyamuk Aedes jenis aegypti

Nyamuk Aedes jenis aegypti

Bagaimanakah cara virus Zika boleh tersebar?

Virus Zika disebarkan melalui nyamuk aedes. Aedes jenis aegypti paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas. Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom terkena virus Zika

  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan

Kaedah rawatan

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Bayi yang lahir akan mempunyai saiz kepala yang kecil berbanding saiz normal.

Bayi yang dijangkiti virus Zika

Bayi yang dijangkiti virus Zika

Fatwa pengguguran kandungan yang dikenalpasti dijangkiti virus Zika

Virus Zika telah mula dikesan di Johor dan dikenalpasti seorang ibu mengandung telahpun dijangkiti. Ada pandangan dan cadangan berkenaan pengguguran bayi yang dijangkiti. Namun, sehingga kini belum ada keputusan sebulat suara Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan hukum menggugurkan janin yang dijangkiti dalam Islam.

Rumour atau khabar angin penyebaran virus Zika

Beberapa laman sosial telah mengaitkan virus Zika dengan penglibatan rejim zionist. Ada yang percaya virus  Zika adalah ciptaan Rockefeller Foundation. Cuba teka negara manakah yang tidak pernah dijangkiti? Jawapannya ialah Israel.

Rockefeller Foundation

Rockefeller Foundation

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #bayi terkena zika #cara zika merebak #fatwa gugur bayi zika #kesan zika #virus zika

5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional
Kesan parut ternyata membuatkan kita risau lebih-lebih lagi jika parut pada wajah. Memang
Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air

Comments are closed.