Ceritaku Duniaku EP06: Tragedi Kaki Pancing

221

Aktiviti selepas tamat peperiksaan UPSR, aku telah mengikut kawan-kawan ke sebuah pulau. Pergi secara sendiri tanpa kawalan orang tua. Itu dah memang sifat degil aku.

Semasa leka memancing dan mendapat tangkapan lumayan pada masa itu, tali pancing telah tersangkut pada terumbu karang. Sangat berang kerana sangat syok memancing, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyelamatkan mata pancing yang tersangkut itu. Alangkah bodohnya perbuatan itu. Laut dan sungai sangat jauh bezanya.

Air laut di tepi jeti ibarat sebuah permaidani mewah yang sangat cetek. Maka tanpa berfikir panjang. Aku terus terjun ke dalam laut. Dengan harapan dapat melepaskan mata pancing pada batu karang yang jelas kelihatan dengan mata kasar.

Terjunan gaya bebas budak darjah 6 akhirnya mengudang seribu bencana yang mana pendaratan aku gagal dikawal oleh gelombang ombak yang membuak-buak dan menarik badan aku hingga ke dasar.

Aku bergelut dengan ombak kencang laut cina selatan dan sehinggalah satu tangan yang menarik belakang baju aku dan mengheret aku ke tepi jeti yang ternyata aku pada ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan kerana kepenatan.

Aku tersadai di tepi kayu tiang jeti. Alhamdulillah aku selamat dari tragedi lemas. Dua tiga pemuda yang terpinga-pinga buntu hendak berbuat sesuatu akhirnya datang memberikan bantuan.

Terima kasih aku ucapkan kepada pakcik nelayan yang sempat menyelamatkan aku. Budi beliau aku kenang sampai sekarang.


Artikel Berkaitan

Tags: #ingatan #kenangan #lautan #pancing

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Ceritaku Duniaku EP06: Tragedi Kaki Pancing"