Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita

Tanda Awal Kehamilan

Tanda awal kehamilan bagi wanita

  1. Kitaran haid menjadi lambat daripada biasa
  2. Payudara membengkak dan menjadi sensitif. Puting payudara lebih menonjol dan berwarna lebih gelap dengan pembuluh darah nampak lebih ketara pada permukaan kulit payudara.
  3. Timbul rasa mual dan muntah-muntah terutama pada waktu pagi, selepas bangun tidur atau lebih dikenali morning sickness.
  4. Sangat sensitif terhadap bau kerana organ deria menjadi amat sensitif kepada bau-bau tertentu baik yang beraroma positif seperti minyak wangi atau yang beraroma negatif seperti asap rokok.
  5. Lebih kerap membuang air kecil daripada biasa.
  6. Merasa mudah penat dan mengantuk kerana peningkatan hormon progesteron dalam badan.
  7. Hilang selera makan daripada biasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar hormon beta-hCG (human chorionic gonadotrophin) membuat wanita hamil.
  8. Perasaan menginginkan sesuatu atau mengidam makanan tertentu atau menghindari jenis makanan tertentu.

Menguji kehamilan sendiri

  • Mendapatkan alat penguji kehamilan

alat-penguji-kehamilan-wanita-300x300 Tanda Awal Kehamilan Bagi WanitaAnda boleh beli alat penguji kehamilan di kebanyakan farmasi dan supermarket. Anda juga boleh membelinya atas talian. Anda tidak perlukan surat doktor untuk membelinya.

Ujian kehamilan di rumah dikenali sebagai UPT (urine pregnancy test), ia bertindak mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda.

Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan di dalam air kencing anda kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.

Dalam masa beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG anda akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid anda sepatutnya datang.

Jika anda mendapat keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana jumlah hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan.

Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya tiba. Jika haid anda lewat dan keputusan yang anda perolehi negatif, tunggu beberapa hari kemudian dan lakukan uji sekali lagi. Anda akan mendapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain.

Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan anda hamil walaupun jika terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan anda.

  • Ketepatan penguji kehamilan di rumah

Alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat jika anda ikut arahan dengan betul. Seperti yang dinyatakan tadi, sesetengah alat penguji lebih sensitif, serta mudah digunakan dan ditafsirkan berbanding yang lain.

Ada beberapa sebab mengapa ujian kehamilan anda menunjukkan negatif. Anda mungkin tidak hamil, atau mungkin tahap hCG anda belum mencukupi untuk dikesan melalui ujian air kencing.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin mendapat keputusan negatif palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda belum mencukupi.

Jika anda mendapat keputusan negatif tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari, dan buatlah ujian semula.

Keputusan ujian menunjukkan anda hamil tetapi sebenarnya tidak, adalah jarang berlaku tetapi ia tidak mustahil berlaku. Sesetengah ubat-ubatan seperti pil kesuburan yang mengandungi hCG, mungkin menjejaskan keputusan ujian. Ubat-ubat biasa seperti paracetamol, tidak akan menjejaskan ujian kehamilan.

Loading...

Tags: #alat penguji kehamilan #cara nak tahu hamil atau tidak #cara nak tahu isteri mengandung #cek kehamilan wanita #kesan awal mengandung #ketepatan alat menguji kehamilan #ketepatan ujian kehamilan di rumah #simptom hamil #simptom mengandung #tanda awal hamil #Tanda awal kehamilan bagi wanita #Tanda Awal Kehamilan Sebelum 'Missed Period' #tanda awal kehamilan sebelum telat haid #tanda awal mengandung #tanda kehamilan setelah berhubungan #tanda pasti hamil #tanda tanda hamil 1 hari #tanda tanda kehamilan 1 bulan #Tanda Tanda Kehamilan Yang Jelas & Pasti #tanda tanda menstruasi #tanda tanda orang hamil 3 hari #Tanda-tanda Awal Kehamilan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita"