Tak Suka Tapi Teringat, Maknanya Apa?


Susah sangat untuk lelaki mengetahui perasaan seorang perempuan samada mereka menyukai lelaki itu atau sebaliknya. Perkara seperti ini sering menjadi masalah dan persoalan yang sukar untuk dicungkil oleh mereka tak kira lelaki atau perempuan.

Bila bercakap macam ok je. Bila tengok respon macam ok je. Tapi dalam hati siapa pun tak boleh nak baca sebab ia terlalu sulit dan sukar untuk ditafsirkan. Jika disalah tafsir, kita akan merana sendiri dan jika ditekan-tekan, ia menjadi tidak selesa. Pada peringkat ini, anda akan jadi lebih sensitif terhadap apa jua perkara berkenaan si Dia. Itu adalah perkara biasa berlaku. Bagi lelaki, mereka sering lupa berkenaan tarikh-tarikh penting, atau hal berkaitan si Dia yang pernah diceritakan. Kerana kebanyakkan lelaki amat kurang peka berkenaan hal ini. Berbeza dengan perempuan, hati dan jiwa yang sangat lembut, mudah tersentuh dan amat detail ini sering menjadi masalah kepada lelaki. Oleh kerana itu, sikap perempuan yang lembut dan mudah mengalah ini seringkali menawan hati lelaki. Ia adalah senjata yang paling tajam sebenarnya. Secara tak langsung, ia amat memberikan impak yang besar kepada lelaki. Lelaki yang pernah melakukan kesilapan, namun masih dimaafkan oleh perempuan menyebabkan perasaan sayang dan kasih bertambah-tambah dalam jiwa lelaki. Oleh itu, maafkanlah lelaki, kerana memaafkan kesilapan orang lain adalah jalan penyelesaian yang paling baik.

Apabila timbul perasaan suka dan terkenang-kenang tu, secara tak sengaja timbul pula perasaan rindu dan jikalau ia mencapai tahap yang klimaks, itu tandanya anda sudah mula jatuh cinta. Bila jatuh cinta, mulalah timbul perasaan sayang.

Perasaan cinta itu datang tanpa disedari, ia adalah anugerah yang tiada ternilai kepada lelaki dan perempuan. Namun, jika berlarutan, perasaan ini boleh menjadikan anda leka. Inilah meriahnya bercinta. Bila hati sudah terpaut, semuanya indah belaka. Umpama dunia milik mereka berdua Begitu agungnya perasaan cinta.

Setelah perasaan itu wujud dalam diri, dan si Dia menerima dengan rela, maka mulalah mereka merancang dan mengharapkan sesuatu yang lebih utuh. Oleh itu, proses tersebut diteruskan dengan ikatan pertunangan dan akhirnya diakhiri dengan perkahwinan.

Mudah sekali sebenarnya perjalanan hubungan ini jika disimpulkan begitu. Namun, setiap pasangan yang melalui proses ini pasti tidak akan lupa setiap fasa peralihan bermula dengan sesi perkenalan sehingga kepada alam perkahwinan kerana ia amatlah rumit dan penuh dengan dugaan. Bagi mereka yang berjaya mengharungi cabaran ini sehingga melangkah ke alam perkahwinan sememang patut dibanggakan.

Bagi yang kecundang, anggaplah ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga untuk anda. Kerana setiap pengalaman itu adalah satu anugerah yang tak mungkin dimiliki oleh orang lain. Dan, bukalah pintu hati anda untuk menerima insan lain yang lebih layak kerana tiada gunanya jika dikenangkan si Dia yang sudah pergi meninggalkan anda. Kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada anda. Percayalah bahawa setiap kaum Adam diciptakan untuk kaum Hawa dan begitu juga kaum Hawa adalah diciptakan untuk kaum Adam. Semuanya telah ditentukan oleh Nya dan sebagai seorang insan yang lemah, kita harus berdoa kepadaNya dan dipermudahkan perjalanan hidup ini.

Dalam usaha mencari pasangan hidup yang ideal, terdapat garis panduan yang sedikit sebanyak membantu seperti, carilah pasangan yang berketurunan baik, berpelakuan baik, tidak berpenyakit, berharta, dan cantik. Namun, yang paling utama ialah si Dia mempunyai asas agama yang kukuh. Asas agama yang kukuh menjadi tonggak pembangunan institusi kekeluargaan yang utuh dan menjamin kebahagiaan sejati.


Artikel Berkaitan

Tags: #cinta #keluarga #lelaki #perempuan

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    DianaDahari868 years ago

    salam salam
    nak tumpang lalu nyibuk bley? >.<
    i link ur bloggies ngeeee :">

    Reply
  2. author

    [ Eclipse ]8 years ago

    kat mana nak beli panduan itu ey XD< miahaha

    susah susah, mcm2 dugaan

    Reply
  3. author

    13may8 years ago

    waaa….mcm penuh pengalaman 😀

    Reply
  4. author

    Honey Bee8 years ago

    panjang nyer entri ni..
    boleh mintak khidmat nasihat ni..
    heheh

    Reply
  5. author

    ~ mizzAmy ~8 years ago

    ~ tuan blog nih dah pikir nak kawin ker? ~

    Reply
  6. author

    hey...ini aku8 years ago

    Kau tengah jatuh cinta ker Shino? Cakap jer terus terang! Direct to d point. Lambat cerita walaupun seminit, melepas kau. Terima tak terima itu lain cerita, yg penting kau dah bagitau bahagian kau kan?? hehehe.. pandai2 sendiri jer aku point topik tu untuk diri kau sendiri.

    Reply
  7. author

    [ a L i y a ]8 years ago

    when we talk about love,erm,very hurt and sensitive issue,hehe,tp more people like this topic jerk..hehe,yup,cari lah pasangan yang sesuai untuk anda

    Reply
  8. author

    striker8 years ago

    wahhh.. awk nk kawin bila nih? =P

    Reply
  9. author

    Princess Liyana8 years ago

    huhu..bro sudah jumpa kah calonnya?alaahai..jgn lupa jemput yana ok;)

    Reply
  10. author

    AyAres8 years ago

    awek blog ramai ni..pilih lah hok mano berkenan..

    Reply
  11. author

    filanastasia8 years ago

    s h i n o : tp susah gak.. perkara yg melibatkan perasaan tidak semudah yg dilihat.. tp semua itu perkara yg membuatkan kita lebih matang.. hurmmm…. kan shino kan…

    Reply
  12. author

    ladysheqa8 years ago

    shino . rasanya, walau apepun yang berlaku hanay ada satu penyelesaian..
    ade satu quote barat..
    “you’re can only know a woman after you sleep with them”..

    and sumtimes its true..
    tak kira wanitya atau lelaki.. kebenyakkannya penuh kepura-puraan…

    Reply
  13. author

    filanastasia8 years ago

    ladysheqa : apa yg boleh tau nyer eh??? kalau gtu, kalau dah kawen then dah get together tetiba tak sesuai.. macam mana ek?? huhuhu

    Reply
  14. author

    yonna bebot =)8 years ago

    wahh bro.
    mcm dah nk bernikah ja ni haahah..

    tp tu la,manusia berubah siapa pun takleh jangka.
    kadang sebelum kawen beria bukan main.,cinta syg rindu smua,
    bila dah kawen beranak-pinak, perangai mcm hantu.

    huh..
    susah.
    pilihan hati tak semestinya selalu betul kan

    Reply
  15. author

    shiqa8 years ago

    hurmm, entry yang membuka minda,
    lalala~

    Reply

Leave a reply "Tak Suka Tapi Teringat, Maknanya Apa?"