Simpton Dan Cara Merawat Pesakit Buah Pinggang

Rawatan Buah Pinggang

Fungsi organ buah pinggang

Buah pinggang adalah sepasang organ yang berbentuk kacang berukuran 12cm. Ia terletak pada bahagian belakang di atas pinggang. Setiap orang mempunyai 2 buah pinggang yang terletak pada kanan dan kiri tulang belakang. Buah pinggang menghasilkan air kencing (urin). Urin mengalir keluar dari buah pinggang melalui salur ureter ke dalam pundi kencing. Pundi kencing menyalurkan urin melalui salur air kencing (urethra).

Buah pinggang mempunyai 3 fungsi penting:

  1. Ia menapis sisa berbahaya daripada darah dan mengeluarkannya melalui air kencing.
  2. Ia seimbangkan kadar air dan garam.
  3. Ia menghasilkan hormon.

Kerosakan buah pinggang

Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila berlaku perubahan pada stuktur atau fungsi pada buah pinggang. Jangkitan, kerosakan, ketumbuhan atau kesan sampingan daripada ubatan lain juga boleh merosakan buah pinggang.

Masalah buah pinggang mempunyai kesan buruk keatas kesihatan dan fungsi keseluruhan. Jika seseorang mengalami masalah buah pinggang, kegagalan sepenuhnya buah pinggang boleh juga berlaku. Dalam kes itu, buah pinggang anda tidak dapat menapis sisa kumuh dan kadar air secukupnya dalam darah serta membuangnya.

Simptom kegagalan buah pinggang

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, simptom berikut mungkin berlaku :

  • Keletihan
  • Rasa loya dan hilang selera makan
  • Gatal kulit
  • Masalah tekanan darah
  • Sukar untuk fokus
  • Sukar tidur atau tidur berlebihan
  • Sukar bernafas

Apakah kaedah rawatan kepada pesakit buah pinggang?

Rawatan Hemodialisis

Jika fungsi buah pinggang tidak dapat dikembalikan dan kedua buah pinggang telah gagal berfungsi, maka dialisis perlu dilakukan. Ia perlu dilakukan apabila fungsi buah pinggang jatuh kurang daripada 10%. Tugas buah pinggang akan dilakukan secara luaran dengan bantuan mesin.

Terdapat 2 jenis rawatan dialisis, iaitu hemodialisis dan dialisis peritoneal. Dalam sesi hemodialisis, darah akan dibersihkan menggunakan mesin dialisis. Manakalam melalui dialisis peritoneal, cecair dialisis akan dilalukan ke dalam rongga abdomen dan ia akan membawa sisa kumuh keluar dari darah.

   

Rawatan Altenatif

Alternatif kepada dialisis adalah pemindahan organ buah pinggang. Pesakit perlu mendapat buah pinggang sihat dari penderma yang memenuhi kretaria pesakit.
Rawatan peritoneal dialysis.

Rawatan peritoneal dialysis.

Peritoneal Dialysis

Kaedah Peritoneal Dialysis pada pesakit.

Carian Berkaitan

cara memulihkan dialisi, dialysis untuk pesakit kelamin, kesan sampingan hemodialisis, pesakit buah pinggang susah tidur?

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #buah pinggang #kerosakan buah pinggang #masalah buah pinggang #penyakit buah pinggang #rawatan dialisis peritoneal #rawatan hemodialisis #simptom penyakit buah pinggang

Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air
Petua Kempiskan Perut Buncit
Petua Kempiskan Perut Buncit Bahan-bahan : 1 biji buah lemon 2 atau 3

Comments are closed.