About

 

Dilahirkan di Negeri Terengganu. Berpendidikan Sarjana Muda daripada IPTA tempatan. Telah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Saya mula menulis blog bermula pada tahun 2008 dan kini saya kembali menulis untuk kepuasan diri saya.

Pada dahulunya, saya menulis menggunakan platform blogspot.com secara percuma. Nama ” Book Of Life ” ini telah saya gunakan sejak dahulu lagi. Ia memberikan erti buku tentang sesebuah kehidupan pada saya. Saya bersyukur sehingga kini (2016), usia laman usang ini telah mencecah usia 8 tahun. Ramai juga kawan-kawan blogger lain telah berhenti menulis. Mungkin mereka tiada kelapangan atau kekangan masa yang terhad. Tetapi masih ada juga yang setia dengan penulisan. Cuma corak penulisan pasti berbeza. Pada pandangan peribadi saya, faktor perbezaan corak penulisan bertitik tolak dengan usia seseorang.

Bagi saya, saya menulis apa yang terlintas dalam fikiran saya, juga melalui pengalaman hidup dan pergaulan dengan mereka yang lebih arif dalam sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu ilmu itu tidak hanya datang secara tersurat, ia datang dalam pelbagai bentuk dan kita pasti tahu akan kehadirannya.

Pengalaman hidup juga salah satu cabang ilmu yang menjadikan kita matang. Matang dalam membuat keputusan dan pertimbangan sewajarnya. Saya juga gemar membuat coretan ringkas dan dengan cara ini saya luahkan melalui penulisan yang tidak seberapa dan sebagai coretan peribadi sahaja.

Kadangkala saya menulis berdasarkan fakta dan juga pandangan peribadi saya dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Mohon sila jangan kecam saya. Ia tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Jika ada kaitan dengan dunia sebenar, ia hanyalah satu kebetulan sahaja.

Saya sebagai penulis menyusun sepuluh jari kemaafan seandainya penulisan dalam laman ini menyinggung & menyentuh sensitiviti yang tidak sepatutnya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar. Semoga kita semua merasa aman & tenteram tanpa sebarang prasangka. Segala yang baik hanya dari Allah s.w.t. dan segala yang kurang adalah datang daripada diri saya sendiri.

Sebarang komen boleh terus menghubungi saya di email encikshino@gmail.com

Sekian, terima kasih, wassalam.

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website