Rumahtangga & Keluarga EP : 05

DSC_0287-copy

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama dalam hubungan pertunangan, soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman tersebut tentang mengukur komitmen dalam beragama.

“Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan”

Mintalah fatwa dari hati di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email atau SMS  tanya khabar. Cuma bersederhanalah. Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja. Macam drifting, jangan masuk semak sudahlah.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah dan kemaskan sistem kawalan diri. Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, mesti berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hukum hakam yang sebelum ini mungkin kurang diberi perhatian. Khususnya bagi calon suami, anda bakal menjadi pengemudi rumahtangga nanti.

Hukum hakam tentang munakahat, jangan diabaikan. Bermula dari hal-hal yang berkaitan dengan akad nikah dan cerai fasakh, pengetahuan harus dikemaskinikan hingga kepada yang membabitkan lafaz ta’liq yang wujud dalam sistem akad nikah Malaysia, tetapi tidak di tempat lain.

Selain itu, hukum hakam berkaitan orang perempuan juga perlu ditambah. Isu tentang haid, kitarannya, beza warna darah haid dan saki baki kotoran di akhir kitaran (stain) serta implikasi hukumnya, perlu diambil tahu oleh bakal suami.

Malah baik juga ditambah pengetahuan tentang perkara yang sedikit advance seperti hukum hakam tentang kehamilan. Hukum ke atas seorang perempuan andai berlaku keguguran di awal tempoh mengandung dan selepas tempoh mengandung, beza antara nifas dan istihadhah dalam soal ini, adalah di antara isu-isu perlu diberi perhatian.

Di samping semua itu, soal yang paling penting adalah urusan berkaitan menyusun kelahiran. Apakah ia dibenarkan oleh Islam, di mana keperluannya, apa beza antara sistematika kelahiran dengan menghadkan jumlah anak. Hal ini jangan dibincang sebagai bahan akademik, sebaliknya kalian harus mengambilnya sebagai subjek praktikal kehidupan berumahtangga. Bukan lagi untuk lulus periksa.

Shino said : Bersambung…

Artikel Berkaitan

Tags: #hubungan #kahwin #rumahtangga

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Rumahtangga & Keluarga EP : 05"