Ruang Luas dan Selesa

sa

Setujukah perkahwinan adalah pelengkap segalanya? Ibarat kalau nak ke bulan, perkahwinan itu adalah sebuah roket yang sarat dengan bahan bakar dan bekalan makanan untuk mencapai dan mendarat dengan baik di “bulan“. 
Kalau dulu, nak jejak kaki ke “bulan” hanya dengan cara panjat gunung dan lompat dari atas tu. Pasti susah dan tidak mungkin akan tercapai. Dalam juga maksudnya, tapi semua ada kaitan dengan cara kehidupan yang sebenar. Bab kata orang lama-lama, kalau tak kahwin maka tak lengkaplah hidup seseorang. 
Sebab ada benda yang tidak dapat dikecapi sewaktu bujang. Sebagai seorang yang tidak berotak warna, perkahwinan sebenarnya sangat seronok. Sesuaikah ayat tu? Lantaklah. Banyak benda yang boleh kita buat jika berdua ni. Apa yang pasti, kemana sahaja kau pergi, pasti ada penemannya. Malah segala tindakan akan terus dibincangkan untuk mendapatkan keputusan yang jitu dan memberi kebaikan kepada dua belah pihak. Itu yang paling penting!

Ruang luas dan selesa.

Perkahwinan juga ada kaitan dengan pemilihan rumah sewa, kereta dan sebagainya. Sebagai contoh, kalau beli kereta pintu dua. Sudah pasti akan berfikir panjang. Maklumlah nanti susah nak menukar lampin sewaktu dalam perjalanan jauh. Selain itu, payah lah mertua nak tumpang naik nanti. Plus bila ada anak-anak ramai, nanti tak muat nak isi. Kereta jadi macam sardin. Apepun semua tu selesai kalau tahu cara penyelesaiannya.

Ini pulak kes melibatkan rumah sewa. Sewaktu bujang, kalau tinggal secara sewa, tak kisahlah sebilik sampai tiga hingga empat orang (itu masa student) janji semua kena budget. Bila dah mula ada duit sikit, dah kerja. At least satu rumah banglow, kita akan tinggal berdua  dalam satu rumah. Itu kalau sewanya tak mahal. Cakap pasal tinggal dirumah sewa memang sangat terhad dari segi memilihnya. Malah kebanyakkannya tiada pilihan sangat untuk dapatkan rumah sewa yang kena dengan budget serta selesa. Susah nak jumpa rumah yang selesa dan luas dengan harga yang amat berpatutan. Lainlah kalau rumah saudara-mara.

Ruang luas dan selesa.

Semasa bujang, ruang tidak menjadi masalah sangat kerana keperluan hanya untuk rak TV, katil dan benda asas seperti dapur gas dan peti sejuk. Lainlah kalau pasangan yang sudah berkahwin. Segalanya perlukan ruang yang luas untuk meletak sofa selesa, ruang meja makan, ruang lepak santai, ruang parking wajib ada dua sebab ada dua kereta, ruang bilik master siap bilik air, ruangan meletak mesin basuh, almari dan rak-rak pelbagai bentuk lain.

Penyelesaian bagi kes ini ialah rumah milik sendiri. Oklah cukup setakat ini.. GO!!

Shino said : Rumah impian dan family car..


Artikel Berkaitan

Tags: #kahwin #kereta #luas #rumah #selesai

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenaiĀ Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut
  1. author

    mala_yusof6 years ago

    moga impian tercapai….GO!!!!

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    mala_yusof,
    Insyallah.. šŸ™‚

    Reply
  3. author

    Dewi Kumbang6 years ago

    memang dah kena beli rumah sendiri tu shino…

    Reply
  4. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    Dewi Kumbang,
    memang nak beli pun.. tp kalau harga rumah mcm aiskrim.. dah lama saya beli banyak2.. hehe

    Reply

Leave a reply "Ruang Luas dan Selesa"