Request Topic : Lelaki Dari Sudut Hubungan : Part 1


Life lelaki kebanyakkan sibuk. Sibuk dengan kerja dan kawan-kawan. Jadi dalam soal mencari masa untuk bersama sepatutnya perlulah difikirkan oleh pihak perempuan. Samada nak ajak keluar makan ke? Nak keluar dating or jalan-jalan. Itu yang terbaik. 

Lagipun, lelaki sangat tidak suka mengatur sesuatu program bersama. Mereka sering kekurangan idea dalam bab ini. Selalunya program ini disusun oleh pihak perempuan. Dan yang pasti lelaki akan ikut sahaja tanpa banyak soal. Kalau soal pun, semua tu eksen jek!

Walaupun sikap lelaki yang dinampak seperti acuh tak acuh dalam memberi respon terhadap sesuatu benda tetapi pada hakikatnya beliau sangat perihatin dan masuk kepala. Dia suka teman wanita dia ambil tahu pasal dia. At least dia nak teman wanita dia menghargai beliau. Anggaplah dia ini wujud. Lebih-lebih lagi if mereka yang sudah diikat talian pertunangan.

Ikatan tali pertunangan ini ibarat melangkah setapak ke depan mencapai tahap kestabilan dalam hubungan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam kontek hubungan ini, pihak perempuan sepatutnya mula cuba untuk mengikuti segala kehendak bakal suami beliau kerana pada peringkat ini lah ia akan menguji tahap keserasian yang sebenar. Kalaulah pada peringkat pertunangan ini sudah timbul perkara yang kurang senang, maka pihak lelaki beranggapan kalaulah beliau berkahwin dengan pasangan seperti itu, apabila kahwin nanti, semestinya akan timbul masalah. Jadi lebih baik jangan diteruskan. Kerana lelaki sememangnya sebegitu sebelum atau selepas. Sebab itulah diri mereka.

Bagi perempuan yang merasa diri mereka terkongkong oleh kemahuan bakal suami mereka. Dengan ikhlas dan jujur mereka dinasihatkan supaya berpisah. Itu lagi baik kerana sudah pasti perempuan itu tidak bersedia menerima dan menuruti kemahuan bakal suami mereka. Dengan erti lain ialah perempuan itu belum bersedia bersama lelaki tersebut.

Percaya atau tidak lelaki memang suka dimanja. Sebab lelaki sebenarnya sudah tiada tempat untuk bermanja selain ibubapa mereka apabila telah besar panjang. Kalau dah kahwin, memang isteri sahaja tempat untuk mereka luahkan perasaan, masalah dan bercerita. Kalau bakal isteri yang dicadangkan sekarang still tak faham apa yang berlaku, maka tak guna dia teruskan hubungan sebab dia tahu benda ini akan ada masalah di kemudian hari.

Kenapa kadang-kadang lelaki nak elakkan diri dari berjumpa dengan teman wanita dia? Sebabnya, apabila lelaki ini cuba untuk meluahkan sesuatu masalah yang melanda,  teman wanita pula menambahkan lagi masalah dan buat dia berasa lebih kusut dan berserabut.  Jadi better dia keluar dengan kawan-kawan kerana ia lebih meringankan otak. Banyak faktor sebenarnya, antaranya sebagai contoh berpakaian kurang menarik yang gagal menarik perhatian pasangan. Tidak pandai mengambil hati pasangan semasa keluar bersama samada melalui sentuhan dan sebagainya. Tiada menciptakan sesuatu yang agak puitis dan romantik.

Kalau teman wanita itu sangat hebat, lelaki tu akan tinggalkan kawan-kawan  dan lebih mendahului teman wanita mereka dalam apa jua keadaan. Sehinggakan lelaki itu berasa:

“Lebih baik aku keluar dengan girlfriend aku dari lepak dengan diorang.. Lagi best!” 
Kalaulah perkara ini terjadi, ini boleh dikatakan perempuan itu sangat pandai ambil hati teman lelakinya. Pingat EMAS untuk perempuan itu. Percayalah!

Shino said: Sila percaya!

Artikel Berkaitan

Tags: #GF #lelaki #perempuan #request

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    aVissaWella867 years ago

    menjalin hubungan biarlah sehingga ke hujung nyawa.. berkahwin bukan untuk sehari, tetapi untuk selamanya bersama dengan pasangan yang dipilih. kalau salah pilih, x bahagia hidup. so, kalau dapat pasangan yang betul, tak kan adalah masalah dalam sesuatu hubungan. baik dari sudut lelaki atau pun permpuan =)

  2. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    aVissaWella86,
    Kalau lelaki, if cam tak happy,
    mula la mengatal cari bini muda.
    Jadi jangan salahkan mereka.
    🙂

  3. author

    a L i y a7 years ago

    saya ada terbaca dlm satu buku mengatakan kekurangan kita akan ditutupi dgn kelebihan psgn dan sebaliknya,kerana itulah kita saling melengkapi..

    Dalam dunia ini,tidak ada manusia yg sempurna..cuma kita hanya mampu jadi yang terbaik,tp dengan usaha,so dlm hubungan ni kena ada toleransi,saling memaafi dan memahami,ta

  4. author

    AyAres1517 years ago

    Benda2 mcm gini biasa tidak di titikberatkan oleh perempuan…

    Sudah sedia maklum… perempuan mempunyai 9nafsu dan 1akal… yang mana bilamana berlaku sesuatu itu.. semua akal yang ada digunakan untuk 1 perkara sahaja… dan bila berkaitan nafsu.. nisbah 9 itu digunakan untuk tumpukan pada perkara berhubung nafsu…

    errkk..gapo kawe melalut tu..
    tp..

    apa pun…kesimpulan.
    Perempuan RATA-RATA mmg jarang nak jumpa yang mahir dalam bab memahami kehendak Suami..
    kadang mereka rasa dah btol apa mereka buat…ttp bila kena tegur ngan suami…perkara itu mereka tak bleh terima..

    CONTOH :
    berpakaian lawa2 di hadapan suami untuk menarik perhatian suami…
    LAWA Bukan bermaksud SEKSI…tetapi lawa dari sudut apa yang suami komen lawa…itulah yang LAWA Sebenarnya….
    bukan berlandaskan fesyen terbaru semata2…

    Ok… lelaki pula. Kadang memainkan peranan penting untuk mengajar prempuan untuk memahami diri mereka. Dalm erti kata lain..xleh la serahkan bulat2 pada pempuan..kadang mereka taktau apa yang lelaki mahukan…

    Ok..takat tu dulu dar Dr. love..

  5. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    aliya,
    Oleh itu, jadilah yang terbaik untuk pasangan sebab semua orang nak yang terbaik. Terbaik untuk dia. Maknanya pasangan yang sesuai lah.. Kalau x sesuai buat pe nak teruskan.. hurmm

    ayares151,
    kawe setuju dan sokong 100% pendapat Dr.Love.. sebab benda ni memang lojik dan sering berlaku.

  6. author

    harzharun7 years ago

    "Banyak faktor sebenarnya, antaranya sebagai contoh berpakaian kurang menarik yang gagal menarik perhatian pasangan. Tidak pandai mengambil hati pasangan semasa keluar bersama samada melalui sentuhan dan sebagainya. Tiada menciptakan sesuatu yang agak puitis dan romantik."-
    ahakss!!
    ok..
    1) kalu dating, laki nak pmpuan bpuitis2 ke?….xmalu org tgk?…
    2) nape pmpn je nak kne fhm n jd yg terbaik tuk laki?…laki plak xyah wat g2?
    3) kalo pmpn dah beri yg tbaik, mcintai sesungguh hati, ada jaminan laki x jeling pmpn lain?
    —-its about saling memberi dan menerima,saling memahami dan difahami, juga saling setia dan jujur…itulah resepi….apa2 pun, masa depan, kita x tahu kan…juz bdoa tuk yg tbaik…

  7. author

    AyAres1517 years ago

    Salam…
    Dr Love sambung semula…

    Menjawab soalan Harzharun :
    1. Puitis di sini tidak bermaksud untuk tjkkan pada semua orang. Kenapa perlu malu untuk berpuitis. Dan dari sudut mcmana puitis yang memalukan hingga sukar untuk seseorang itu menjadi puitis?
    Bukan meminta untuk bermadah pujangga di khalayak ramai.
    Puitis lebih kepada kemesraan yang ditunjukkan kepada pasangan masing2..

    Dalam erti kata lain.. Tidak Terlalu Skematik.

    2. Jgn Salah Faham. Kedua2 pasangan ( lelaki dan perempuan ) perlu untuk menjadi terbaik each other..perlu SALING memahami..
    Tetapi melalui kajian tentang HUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN.. hampir 70% perempuan sukar memahami lelaki samada dari sudut KERJAYA.. mahupun sudut MASA yang lelaki ada… LELAKI pulak susah untuk memahami perempuan dari sudut KEHENDAK NALURI WANITA iaitu lebih kepada suka dimanja, dibelai dan dipuji/pujuk rayu…

    Setiap lelaki dan perempuan punyai kehendak/keinginan/citarasa berbeda..kerana itulah mereka saling melengkapi each other…
    kerana itu jugak TUHAN menciptakan pasangan…

    3. Jaminan bukan terletak pada kesetian seorang wanita.. Walaupun dia kadang merasakan dia mencintai sesungguh hati. adakah MENCINTAI sahaja sudah cukup untuk membahagiakan? Soal BAHAGIA bukan terletak pada CINTA semata-mata.. kerana CINTA ITU MEMBUTAKAN… BAHAGIA itu terletak pada rangkuman semua.. iaitu CINTA, SAYANG, MEMAHAMI, SALING MEMBERI DAN MENERIMA, JUJUR DAN IKHLAS SERTA MENERIMA SEADANYA…

    Rencah percintaan sudah pasti ada pelbagai rasa. Bagaimana kita mahu campuradukkan rasa itu sahaja membezakan sebuah cinta itu menjadi sebagaimana rasa yang kita mahukan… sekiranya rasa itu tidak mengikut selera kita….sudah pasti kita akan mencari RASA yang lain yang menepati citarasa kita…

    Ok…DR LOVE benti dulu…

  8. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    harzharun,
    Dr.Love dah jawab semua soklan..

    ayares151,
    Jawapan demo memang tepat sekali. Itulah sebenarnya yang PEREMPUAN tak akan paham kalau mereka tak cuba untuk paham.

  9. author

    .fatin nabila.7 years ago

    hallamak aih, superb punya entry. oke, nk tunggu part II! 🙂

  10. author

    a L i y a7 years ago

    dr love,
    Adakah anda salah seorang pasangan yang bahagia??saya kurang percaya pada teori sebegini..perempuan dan lelaki kena mainkan peranan msg2,jgn slhkn pmpuan bulat2,lelaki yang mencorakkan seorang perempuan itu,lelaki ketua keluarga dlm membentuk sesebuah keluarga…

  11. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    fatin nabila,
    coming soon! 😛

    aliya,
    I komen bg pihak Dr.Love,
    sebagai ketua keluarga, benda pematuhan ini tidak boleh dipertikaikan. Kalau dipertikaikan maka tidak aman lah keluarga itu.
    Kerana lelaki adalah ketua kelurga.

    Oleh itu, kita kena belajar untuk memahami kehendak bakal suami.
    Seperti sedia maklum, keserasian sekarang akan mencorakkan semuanya dimasa depan..

    Kalau tak mampu maka anda belum layak untuk melangkah ke arah kestabilan hubungan a.k.a perkahwinan.

  12. author

    a L i y a7 years ago

    bukan,maksud saya kaum lelaki banyak salahkan kaum perempuan kalau jadi apa2,patutnya kena saling bekerjasama

  13. author

    harzharun7 years ago

    tumpang lalu sket….nak ckp dgn dr love…
    1) "Tidak pandai mengambil hati pasangan semasa keluar bersama samada melalui sentuhan dan sebagainya. Tiada menciptakan sesuatu yang agak puitis dan romantik" – sy hny memetik ayat en shino…sbb tu sy kata x malu kah?…sbb sy agak entry en shino kali ini lebih kepada pasangan kapel2 dan tunang2…jd apa kata kita renung sket…lelaki ni, dlm memilih pasangan hidup, mahu yg baik budi pekerti, tetapi apabila dah memiliki(sbgai gf or tunang) kenapa mahu mnngajar pasangan untuk lari sedikit dari baik budi pekerti itu…mahu romantik apabila bjumpa..contohnya melalui sentuhan..bukankah itu haram nmnya…dan apa lg kalau nak mnja2 lentok2…malu kat org la…mluat…lainlah kalau sudah mnjadi isteri yg halal..pasti si perempuan yg bgelar isteri tahu bagaimana mahu menambat hati suami…ermmm..lagipun, kemesraan yg bagaimana sang lelaki yg bergela bf ni nak sebenarnya?
    2)setuju laa…
    3)"BAHAGIA itu terletak pada rangkuman semua.. iaitu CINTA, SAYANG, MEMAHAMI, SALING MEMBERI DAN MENERIMA, JUJUR DAN IKHLAS SERTA MENERIMA SEADANYA…" – menerima seadanya..diulang..menerima seadanya….tp knapa masih wujud soal, perempuan msti menurut apa yg lelaki suka..ms mula2 kenal dulu, nape laki boleh menerima?..apbila dah memiliki…mahu mngubah2 pula?…

  14. author

    AyAres1517 years ago

    Okeh..Dr Love jawab soalan dari Aliya dulu :

    – Baca semula komen saya di atas no. 2.. iaitu
    " 2. Jgn Salah Faham. Kedua2 pasangan ( lelaki dan perempuan ) perlu untuk menjadi terbaik each other..perlu SALING memahami.."

    jadi tiada frasa mengatakan lelaki menyalahkan perempuan…
    mana2 lelaki yang menyalahkan perempuan 100% adalah lelaki yang tidak btul..
    kerana dalam diri seorang lelaki jugak ada kekurangan yang perlu di perbaiki…

    Apa kata Aliya komen tentang lelaki..jemput saya ulas di blog Aliya…

    masalahnya..topik ini berkaitan masalah wanita dalam hubungan…
    jadi kita fokus pada topik…
    Ulasan bukan berlandaskan emosi..tetapi berlandaskan topik semata2…

    Renungkan…

  15. author

    AyAres1517 years ago

    Saya sambung Soalan Harzharun berkaitan :

    1. MESRA , adalah tidak semestinya bersentuhan. Dalam erti kata MESRA yg saya rungkaikan adalah berkaitan dengan kemesraan melalui tuturkata mahupun tingkah laku.

    Saya tidak melihat permasalahan Shino..kerana saya komen melalui General Statement berlandaskan entri. Masalah shino adalah masalah peribadi yg saya sendiri tidak ketahui.

    Ok..berbalik pada nak mengajar pasangan dari baik budi pekerti kepada LARI sedikit dari budi pekerti mulia…bergantung pada wanita itu sendiri. Martabat mereka di mana. Sekiranya seorang lelaki mengajar mereka keburukan, maka ajarilah mereka semula ttg keburukan mahupun kesalahan itu. Sekiranya tidak di terima, langkah seterusnya harus di ambil samada berbincang mahupun memutuskan hubungan agar keruntuhan seperti itu tidak terjadi…
    Itu pada mereka ( wanita ) yang baik budi pekerti..

    bagaimana pula pada wanita yang tidak kisah pada itu semua.

    Komen saya ini bersifat GENERAL.. tidak terlalu menjurus kepada wanita berbudi pekerti mulia…ia termasuk sekali semua dalam golongan wanita pelbagai peringkat..
    Minah Rempit, Minah Rock mahupun Ustazah…

    Terpulang pada pemahaman masing2 mahu menilai kemesraan bagaimana yang mereka mahukan…

    Saya tidak menyentuh tentang agama kerana topik berkisar ttg PERHUBUNGAN…. walaupun ia bersangkut paut…tp saya menjurus kearah Objektif Utama topik..

    3. Lelaki bersifat ketua. Dalam alam kerjaya atau sebuah jabatan.. perlu mengikut kata KETUA..
    Dalam konteks rumah tangga.. sama.
    tetapi dalam konteks AGAMA… selagi tidak melanggar syarak..dan memudaratkan.. WAJIB sama sekali di ikut..
    maksud saya.. bukan Hubungan kapel/tunang.. tetapi hubungan SUAMI ISTERI…

    general statement saya kali ni menjurus ke arah HAK LELAKI dan HAK WANITA dalam rumah tangga..

    ok…berbalik pada soal hubungan percintaan… Selagi tiada hubungan dan ikatan sah suami isteri, lelaki tiada hak untuk memaksa wanita mengikut telunjuknya.. kecuali dengan cara menasihati secara baik…

    Contoh :
    Seorang wanita tidak memakai tudung. Sebagai pasangan, berhak untuk menegur tetapi tidak berhak untuk memaksa..
    Tetapi dalam konteks suami isteri.. Lelaki boleh MEMAKSA isteri setelah teguran tidak diterima…

    ok…

    Saya Dr Love.. bukan Ustaz..kekekekeeee

  16. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    Aliya,
    Diharap anda berpuas hati dari ulasan Dr.Love.. 🙂

    harzharun,
    Itulah serba sedikit komen positif dan rasional dari Dr.Love.. 🙂

    Ayares151,
    Kunci kemah komen ni. Apepun semua ulasan Dr.Love memang lojik akal dan rasional untuk diterima dan yang penting sekali ia tidak lari dari tajuk asal isu ini.. kemahh boh..!

  17. author

    harzharun7 years ago

    ello dr love…(sj nak tegur dr love…bkn melupakan en shino yea)…
    anda bijak bkata2 la..hahaha…i invite u to my blog…dah usang dah blog tu sbb lm x update soal2 begini coz im moving to other blog..pe kata u n en shino komen sket tentang ni….
    http://harzharun.blogspot.com/2009/06/boleh-tolong-carikan-12-november-2007.html
    ……..pmpuan2 yg lain pun sila komen yea..kalo sudi la….
    nak tau sket korang pny pndngn koz dat entry,totally wite by me, pernah kuar magazine…ok..

  18. author

    a L i y a7 years ago

    dr love,

    Adakah anda sudah berkahwin??berapa lama hubungan doktor dengan isteri??bahagiakah kamu??

  19. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    harzharun,
    Macam nak promote blog pun ade ni 😛 ngee..Kena bayar fee advertise ni..

    aliya,
    Sepatutnya pandangan dan komen Dr.Love dikaji dan diambil sebagai info dan bukan hanya ditolak mentah-mentah.

    Kita kena belajar dan menerima pandangan orang lain dan daripada
    itu, kita akan dapat jawapan sebenar. Saya juga percaya, maybe dari segi olahan Aliya berbeza. Namun, ia pasti memberi sedikit gambaran berkenaan topik ini.

    Pada saya, pandangan Dr.Love adalah sangat general dan saya 100% bersetuju.Ulasan tersebut
    sebenarnya bukanlah daripada milik PERSONAL beliau tetapi ia adalah pengalaman daripada perkongsian masalah yang pernah didengar oleh Dr.Love.

    Sebab itulah ia ditabalkan sebagai Dr.Love. Tahniah kepada Dr.Love. Kemah! 🙂

  20. author

    cirrhilabrus7 years ago

    nape ye ada byk ayat sentuh bab pmpn kna pndai bergaya, lawa errr? tiba2 pandang diri sendiri. au au auuuu habis la habis laaaa hahahaha

    **xreti nk komen entry ni. tggu next entry =P

  21. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    cirrhilabrus,
    🙂 sharing sumthin..
    at least ada info boleh dikongsi
    bersama..

  22. author

    AyAres1517 years ago

    Khas utk Aliya :

    Dekat Universiti dulu..dan sekarang juga.. ramai PRS…tau ke apa itu PRS? iaitu Pembimbing Rakan Sebaya..
    ia wujud dalam kelab Kaunseling…

    ok..Seorang PRS boleh naik menjadi Kaunselor ( peringkat KELAB lah.. )

    dan membimbing rakan samada dari sudut masalah peribadi…percintaan mahupun dari sudut pembelajaran…

    DAN..syarat utama untuk menjadi KAUNSELOR adalah BUKAN..

    – perlu dah kawin..
    – perlu ada awek dulu…
    – perlu dpt CGPA 4.0 dulu…
    – perlu bahagia sebahagianya..

    UNTUK membimbing rakan yang lain…

    Jadi…adakah saya sudah menjawab soalan Cik Aliya?

  23. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    ayares151,
    🙂 tepat sekali!