Raf Yaakod, Pemilik Cinta Mawar Rashid

Raf Yaakod Biodata

Tanggal 7 Julai 2017 menjadi tarikh terindah buat pelakon yang sedang meningkat naik, Mawar Rashid apabila mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati bernama Raf Yaakod.

Majlis pertunangan berkenaan diadakan secara tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara dan dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan beberapa rakan artis.

Terdahulu, pihak lelaki menghantar rombongan merisik pelakon drama bersiri popular, Suami Paling Sweet ini pada 7 Mei lalu.

Pasangan merpati dua sejoli ini dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Raf Yaakod atau nama sebenarnya iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakod merupakan adik kepada cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Raf mula mengenali bekas peserta program Dewi Remaja 2014/2015 ini sejak Januari 2017 melalui rakan artis iaitu Emma Maembong.

Hubungan cinta mereka dihidu pihak media tempatan dan para peminat apabila seringkali memuatnaik gambar bersama-sama di media sosial masing-masing.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan pemilik cinta Mawar Rashid ini.

Biodata Raf Yaakod

Nama Penuh: Raden Ahmad Faizal Yaakod
Nama Komersil: Raf Yaakod
Tarikh Lahir: 1983
Umur: 32 Tahun (2017)
Kerjaya:

Ahli Perniagaan
Status: Duda
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial

Trivia Menarik Raf Yaakod

  • Merupakan presiden kepada Kelab Peminat Manchester United Malaysia.
  • Mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
  • Sahabat dengan suami tersayang Nora Danish, Nedim Nazri.
  • Berbakat dalam bidang seni lakonan. Antara drama dan telemovie yang dibintanginya adalah M4TI dan Sakura.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Sukan dari University of Technology Sydney (UTS), Australia.
  • Jika ada masa terluang, Raf suka bermain bola sepak, futsal, golf dan menari tarian Salsa.
  • Mawar menyifatkan Raf sebagai seorang lelali yang penyayang, berkarisma, bertanggungjawab, merendahkan diri serta boleh membimbingnya dunia dan akhirat.
  • Jarang perbezaan umur Raf dan Mawar adalah 10 tahun.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Raf Yaakod

Anak Raf Yaakod Couple Mawar Rashid Dan Raf Yaakod Foto Mawar Rashid Dengan Raf Yaakod Gambar Sweet Mawar Rashid Dan Raf Yaakod Raf Yaakod Dan Mawar Rashid Bertunang Raf Yaakod Dan Mawar Rashid Raf Yaakod Di Old Trafford Raf Yaakod MU Pemain Bola

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak raf yaakod #Biodata Raf Yaakod #gambar raf yaakod #Kenali Raf Yaakod #Raf Yaakod #Raf Yakood Tunang Mawar Rashid #tunang mawar rashid

Biodata Fee Haiqal, Anak Bongsu Noraniza Idris Yang Kini Bergelar Penyanyi
Siapakah jejaka kacak dan berbadan sasa bernama Fee Haiqal ini? Kalau anda nak
Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil
Cantik, Berbakat dan Versatil! Itulah tiga perkataan yang terlintas di fikiran penulis tentang
Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa
Nama Ahmad Amsyar mula meraih perhatian netizen apabila muncul sebagai pemenang pingat emas
Biodata Tisha Shamsir, Aktres Antagonis Drama Titian Cinta
Jika anda penonton setia drama bersiri Titian Cinta di TV3, pastinya mengenali salah

Comments are closed.