Projek Sampah dan Saudagar Penipu


Bila bercakap pasal hutang. Sudahkah anda membayar hutang? Kalau belum sila tunaikan kewajipan anda sebagai penghutang. Ini bukan mesej dari Ah Long. Ingin saya mengingatkan kepada pembaca bahawa bingkisan ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa dan bukan juga untuk mengungkit tetapi sekadar coretan cerita untuk dikongsi bersama. Siapa yang makan cili, mulut dia yang terasa pedas.

Cerita ini bermula selepas semuanya berlaku. Dulunya, saudara X beria-ria  nak buat bisnes tu. Tetapi masalah beliau ialah modal. Apabila melihat cara saudara X yang pernah menguruskan sebuah perniagaan kedai Dobi, maka, cadangan tu telah dipersetujui oleh dua saudara iaitu saudara A dan B yang dapat menggunakan kemudahan bekerja kerajaan untuk mendapatkan pinjaman dari bank.

Saudara A yang hanya baru bekerja 3 bulan dengan kerajaan pun sanggup buat pinjaman oleh kerana keghairahan tanpa desakan sesiapa serta atas dasar semangat kekeluargaan dan keuntungan bersama.

Dalam perbincangan untuk memulakan perniagaan, maka mereka bertiga bersepakat untuk melantik saudara X sebagai pengurus projek yang nyata boleh dipercayai dalam melaksanakan tugasan seperti membeli peralatan dan membuka premis.

Perkara ini disambut baik oleh saudara X yang dikatakan mempunyai pengalaman serta ramai contact person serta kedudukan beliau yang hampir dengan lokasi tapak premis yang akan diusahakan itu iaitu terletak di Bangi, Selangor. Dengan ini, dua bersaudara iaitu  saudara A dan B telah bersetuju untuk membiayai segala kos perniagaan yang diuruskan oleh saudara X itu.

Oleh kerana kos perniagaan yang berjumlah puluhan ribu yang ingin segera digunakan oleh saudara X, serta saudara A yang belum dapat membuat pinjaman, maka kos tersebut dibiayai sepenuhnya oleh saudara B melalui wang simpanan beliau sendiri.

Akhirnya saluran dana yang pertama telah dilakukan ke akaun persendirian saudara X selepas sebulan persepakatan dibuat. Pergerakan perniagaan pada masa itu telah dilaporkan dengan baik oleh saudara X melalui telefon dan SMS.

Perjalanan proses setup premis berjalan lancar walaupun saudara A sibuk untuk  urusan persediaan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Bagi mengelakkan gangguan kepada proses setup premis oleh saudara X yang sedang beria-ria untuk melaksanakan proses tersebut, pernyaluran dana secara full amount berjumlah puluhan ribu terus dibuat kepada akaun saudara X yang sering melaporkan bahawa ketidakcukupan dana untuk membuat perolehan barang-barang kedai.

Memandangkan saudara A sedang bercuti kahwin, hal tersebut dipantau terus oleh saudara B melalui panggilan telefon dan SMS. Ini kerana jarak projek usahasama itu sangat jauh dengan kedudukan saudara B.

Setelah kerap kali membuat pengemaskinian status keadaan sebenar bisnes dari segi kontrak sewaan, perolehan peralatan serta kerja pengubahsuaian, timbullah beberapa isu yang meragukan dalam tempoh tersebut sehinggakan saudara B telah pun berkunjung ke tempat usahasama untuk melihat sendiri status sebenar premis yang dilaporkan melalui SMS dan telefon itu.

Setelah mendapat lokasi sebenar tapak premis yang disewakan itu, saudara A dan saudara B terus ke tapak lokasi yang dinyatakan oleh saudara X tanpa diketahui oleh saudara X dengan niat untuk memeriksa keadaan sebenar premis tersebut sebelum perbincangan lanjut pada keesokan harinya.

Apa yang dijumpai di tapak yang dikatakan itu adalah premis milik lelaki cina dan bukan premis usahasama yang enak diceritakan dalam SMS dan telefon oleh saudara X. Maka, timbul rasa syak wasangka kepada saudara X dari segi pengurusan wang peruntukan yang telah disalurkan selama ini. Maka, saudara A dan saudara B terus menelefon bertanyakan hal tersebut kepada saudara X dan mengajak untuk berbincang pada malam tersebut. Dari pukul 8.00 malam sampai pukul 1.00 pagi, saudara X tak muncul-muncul. Bila saudara A dan B menghubungi saudara X, ada saja alasan yang diberikan. Kemudian, talian tidak dapat dihubungi lagi.

Tempoh bertenang diberikan kepada saudara X untuk membuktikan keadaan sebenar yang berlaku selama beberapa minggu sehingga saudara B turun semula ke  tapak premis wahyu  untuk menyelesaikan hal tersebut.

Akhirnya, saudara X sanggup berjumpa dengan saudara A dan B. Kedatangan saudara X yang hanya membawa sekeping kertas kotor yang diconteng-conteng menunjukkan ketidaktelusan pengurusan wang usahasama. Tiada bil, resit, tiada jumlah perolehan yang jelas dan tiada barang yang ditunjukkan oleh beliau. Hanya air liur dan sembang mulut yang lancar bercakap sahaja menjadi jaminan beliau.

Sangat dungu dan bodohlah saudara A dan B kalau percaya benda ini bulat-bulat tanpa sebarang bukti nyata. Maka, acara putar belit keling untuk melepaskan diri pun terjadi. Apa tidaknya, duit berjumlah puluhan ribu ringgit sudah lesap dek bahana judi. Itu kata kekasih setia beliau melalui panggilan telefon dengan saudara B. Dengar cerita setiap malam ke tempat mesin judi dan sudah tak terlarang oleh kekasih beliau akan perilaku tersebut.

Oleh kerana panas dengan apa yang berlaku dan cuba menegakkan benang yang basah, saudara X berjanji akan membayar balik duit tersebut pada keesokan harinya melalui SMS yang masih disimpan oleh saudara B sebagai bukti yang sahih.

Namun, sehingga hari ketiga, wang kongsi tersebut masih belum dibayar kembali oleh saudara X. Lantaran itu, hal tersebut terus dirujuk oleh saudara B kepada ayah saudara X secara baik. Ini telah menimbulkan rasa kurang senang keluarga saudara X yang menganggap apa yang dilakukan oleh anak beliau tidak masuk akal dan tidak logik.

Maka,mereka beramai-ramai datang bertandang membawa ahli keluarga ke rumah saudara A. Gertak macam gangster kampung pisang. Kesian saudara A yang baru kahwin tiba-tiba kena serang. Dah rasa besar sangat sampai nak jadi HERO. Pertelingkahan ini berlaku di rumah saudara A tanpa saudara B bersama.

Kononnya kunjungan mereka adalah untuk menyelesaikan tetapi lain pula jadinya. Maka, saudara X telah bertandang membawa anak beranak ke kedai kononnya inilah bisnes yang digembar-gemburkan tu. Bila nak masuk premis, saudara X memberitahu bahawa kunci tak dapat sebab owner tak bagi kunci. Pastu dia tunjuk banner murah yang nampak macam baru print. Duit dua ribu lebih dia cakap dah buat kaunter kedai. Tapi saudara  A dan B sendiri sebagai funder pun tak pernah tengok “menatang” kaunter tu.

Bila ditanya mane pergi baki duit? Saudara X cakap dah beli meja dan barang-barang lain. Lepas tu barang tu simpan dalam stor cina sebab takde tempat nak letak. Semua kos dia declare dekat belas-belas ribu. Tapi HARAM resit pun takde. Kalau bayar parking pun, ada juga resitnya. Maka, konco-konco saudara X yang datang bertandang memang dah sah nak menangkan saudara X itu. Benda yang tak lojik pun boleh jadi macam betul. Bak kata orang; Kalaulah anak kambing dikatakan anak ayam, itu pun mereka akan kata YA.

Lastly, segala kesalahan terletak kepala funder (saudara A dan B) yang bagi duit tu. Sebab dengan duit funder tu, saudara X akan buat benda tak elok. Kata mereka, saudara A dan saudara B buat bisnes tak rujuk pada orang tua. Kata mereka lagi, saudara A dan saudara B sangat dungu dan bodoh kerana percayakan anak mereka oleh sebab memberikan sebanyak mungkin duit kepada anak mereka. Walhal, mereka bertiga adalah sedara-mara. Maka, betullah cakap orang, pasal duit semua jadi dan dengan duit juga merosakkan segalanya. Ada juga yang percaya bahawa duit bukan segalanya, tetapi pada masa sekarang segalanya memerlukan duit.

Dalam isu ini sila renungkanlah apa perasaan anda jika anda berada pada situasi seperti saudara A dan saudara B? Adakah wajar ia disebut sebagai pecah amanah? Atau  saudara A dan saudara B seorang manusia yang sangat naif kerana terlalu percayakan saudara mereka?

Dimanakah terletaknya peranan orang tua yang memegang tanggungjawab terhadap anak mereka? Dan adakah sudah tidak takut dengan hukum Allah? Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati dan yang berdosa pasti akan mendapat balasanNya dan ingatlah bahawa Allah itu maha mengetahui setiap ke atas apa yang berlaku kepada hamba-hambaNya. 

 

Shino said : Trust me. Liar!! Liar!!

 


Artikel Berkaitan

Tags: #duit #haram #isu #penipuan #perilaku #songlap duit

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    Anne M.7 years ago

    itu bezanya orang islam dan mukmin..

  2. author

    aZhaN7 years ago

    aku tak tau apa nak tulis..

    tapi kalaulah aku berada di tempat Saudara A atau B. Aku haramkan semua duit-duit tu.

    Ingatlah, kita hidup di dunia ni tak lama. Lambat laun kita semua akan dijemput menemui Yang Maha Esa.

    Bersabarlah. Semoga Allah membalas segala perbuatan mereka. Amin.

  3. author

    aZhaN7 years ago

    kepada yang nak tahu:
    kisah di atas adalah kisah sebenar dan tiada yang lain dengan hanya yang benar2 belaka.

    kepada yg pernah dengar cerita tersebut tetapi berlainan versi, pls re-think. think as a human. no offence.

  4. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    Anne M.
    Islam pada nama kah?

    Azhan,
    Makan duit HARAM takkan selamat dunia akhirat. Duit yang dimakan akan jadi darah daging yang tak baik. Dan melahirkan keturunan pendusta. Begitu juga kepada yang MEMENANGKAN pendustaan oleh saudara X yang keji. Mereka pasti akan mendapat balasan dari Yang Maha Esa sekiranya mengetahui dan terus memenangkan penipuan itu.