Profil Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dan Logo Rasmi PPBM


 

Parti Pribumi BERSATU Malaysia yang diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan 8 September 2016.

Parti Pribumi BERSATU Malaysia yang diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan 8 September 2016.

Profil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Nama Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Nama (akronim) PPBM
Slogan Maju, Adil dan Makmur
Twitter PPBM https://twitter.com/bersatumy
Facebook PPBM https://www.facebook.com/bersatu.org
Pengerusi  Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden Dato’ Seri Paduka Mukhriz Mahathir
Setiausaha Agung Kamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari Anina Saadudin
AJK
  • Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
  • Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
Tarikh Daftar 8 September 2016

Perbezaan Logo awal PPBM dan logo baru yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

Logo awal PPBM (kiri) dan Logo baru PPBM yang diluluskan oleh ROS.

Logo awal PPBM (kiri) dan Logo baru PPBM (kanan) yang diluluskan oleh ROS.

Matlamat Perjuangan PPBM

  • Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  • Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  • Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  • Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  • Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;
  • Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  • Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  • Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  • Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  • Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

 

Logo rasmi baru Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

Logo rasmi baru Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

 

Carian Berkaitan

parti baru ppbm, logo ppbm, logo bersatu, parti pribumi bersatu malaysia, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia, logo rasmi malaysia, slogan pemancing

Artikel Berkaitan

Tags: #ahli parti bersatu #logo rasmi PPBM #matlamat parti bersatu #matlamat PPBM #parti bersatu cawangan #pengasas parti peribumi bersatu malaysia #PPBM #profil arti Pribumi Bersatu Malaysia #siapa dalam parti bersatu #slogan PPBM

Walkathon D’Raja Kelantan “Let’s Go With Me” Dilancarkan Sempena Tahun Melawat Kelantan 2016
Program Walkathon D’Raja Kelantan ‘Let’s Go With Me 2016’ akan diadakan pada 28
Apakah Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ditubuhkan ?
Ringkasan Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pengerusi – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun

Comments are closed.