Petua Supaya Tahan Lama, Teknik Pernafasan Untuk Melambatkan Ejakulasi Semasa Bersama

Petua Supaya Tahan Lama, Teknik Pernafasan Untuk Melambatkan Ejakulasi Semasa Bersama

Lelaki cenderung untuk mengalami klimaks atau ejakulasi lebih cepat dari perempuan. Petua dan teknik tahan lama ini diperlukan oleh ramai suami yang menghadapi masalah gagal tahan lama atau pancutan awal ketika melakukan seks. Berikut adalah petua dan teknik dayungan dan pernafasan dalam melakukan jimak untuk anda bertahan lebih lama di atas ranjang.

Petua untuk melambatkan pancutan air mani

  1. Dapatkan gambir kudat atau gambir sarawak dengan sedikit air dan kemudian sapukan di bahagian kepala zakar sahaja. Jangan sapukan terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat panjang. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jimak.
  2. Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak jarak. Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jimak.
  3. Ambil sedikit kacang kulai hitam (biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jimak.
  4. Ambil hampedu kambing atau ayam jantan yang baharu disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jimak.
  5. Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku bawang putih, campur sedikit air. Jerangkan sehingga mendidih. Makan di waktu Asar sebelum makan petang.
  6. Ambil hempedu ayam jantan. Gosokkan di sekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jimak.
  7. Ambil bawang merah secawan, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dengan pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.
  8. Ambil limau purut dan lada sulah, pipis halus dan makan semasa mahu berjimak.
  9. Ambil segenggam akar pinang muda (2 tahun ke bawah), rebuskan bersama segenggam daun tapak gajah (bentuk seperti tapak gajah dan selalu dijumpai di pinggir hutan) sehingga air tinggal setengah daripada periuk. Tapis dengan kain dan embunkan semalaman. Sebelum diminum, digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau. Amalkan sehari sebelum berjimak.
  10. Apabila sahaja rasa air mani itu hendak keluar, tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan apabila ada rasa hendak keluar, tarik lagi nafas. Lakukan hingga seterusnya. Cara ini anda akan dapat menikmati jimak yang lebih lama.

Teknik dayungan untuk melambatkan ejakulasi

Ilmu teknik mendayung merupakan teknik-teknik yang boleh melambatkan terpancar mani dan memberi kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak serta juga boleh menambahkan kekuatan dan ketahanan zakar. Dayungan yang terkawal dan tersusun membolehkan anda dapat mengawal air mani berapa lama yang anda mahu sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan yang sebenar.

Teknik 1

Mendayung dengan perlahan-lahan ketika menikam zakar, tetapi apabila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar hampir keluar. Keadaan ini akan melambatkan keluar mani anda dan isteri terasa lebih nikmat serta mencepatkan isteri mencapai klimaks.

Teknik 2

Bahagian tubuh anda ke atas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat pada klitoris (kelentit) iaitu pusat kelazatan wanita dan menyebabkan isteri terasa nikmat dan melambatkan terpancar mani si suami.

Teknik 3

Sewaktu mendayung, lakukan empat puluh kali secara lambat, diikuti empat puluh kali kali secara cepat. Lakukan bergilir-gilir.

Teknik 4

Mendayung secara berselang-seli dengan rehat sejenak. Dayung 3 kali kemudian rehat sebentar, kemudian dayung lagi dan berhenti.

Teknik 5

Isteri mendayung, sedangkan suami mendiamkan diri. Cara ini juga membantu melambatkan ejakulasi suami dan memberi banyak kerehatan. Cara ini sesuai untuk suami yang cepat terpancar mani dan bagi isteri yang lambat mencapai klimaks.

Teknik pernafasan untuk menahan air mani cepat terkeluar

  1. Tahan pernafasan

semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam seluruh batang zakar. Diamkan sebentar. Kemudian, baru lepaskan nafas. Semasa membuat dayungan sorong tarik, tahanlah nafas dan apabila hendak melepaskan nafas, hentikan dayungan. Begitulah seterusnya apabila hendak mendayung kembali. Cara ini bertujuan untuk melambatkan keluarnya air mani.

  1. Pernafasan songsang

Semasa melakukan dayungan, hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. Nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas isteri masuk, tarik zakar hampir-hampir keluar. Cara ini juga dapat menahan air mani cepat terpancar.

 

Rujukan :
    1. Zul Faqor, S.U (2009), “99 Keajaiban Khazanah Lelaki”.Cetakan Kedua. Johor Bharu : Pustaka Azhar
    2. lelakisihat.com

Carian Berkaitan

teknik dayungan tahan lama
Loading...

Tags: #cara mahu tahan lama bila bersama #melambatkan ejakulasi #melambatkan terpancar mani #petua supaya tahan lama dan melambatkan ejakulasi semasa bersama #petua tahan lama tanpa ubat #petua tahan lama tradisional #tahan lama cara tradisional #tahan lama di ranjang tanpa obat #teknik berjimak #teknik dayungan dan pernafasan serta petua supaya tahan lama dan melambatkan ejakulasi semasa bersama #teknik dayungan supaya tahan lama dan melambatkan ejakulasi semasa bersama #teknik pernafasan supaya tahan lama dan melambatkan ejakulasi semasa bersama #teknik supaya tahan lama #teknik tahan lama #teknik untuk tahan lama dalam jimak #ubat tahan lama semulajadi

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa

Comments are closed.