Petua Mencantikkan & Menegangkan Payudara

Breast

Payudara merupakan aset yang penting bagi seseorang wanita. Tidak dinafikan, memiliki payudara yang cantik merupakan impian semua wanita. Jika anda ingin mendapatkan payudara yang cantik, cubalah petua di bawah ini.

Petua mendapatkan buah dada atau payudara yang cantik dan menarik

  1. Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

Hampir semua wanita yang sudah bersalin mengalami masalah buah dada atau payudada menjadi kendur dan tidak bermaya seperti dahulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.

Petua menegangkan payudara

  1. Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’.
  2. Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.
  3. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.
  4. Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.
Rujukan :

http://101petua.blogspot.my

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #cara nak tegangkan payudara #miliki payudara cantik #payudara cantik #payudara wanita #Petua Mencantikkan payu dara #petua tegangkan payudara #petua untuk payudara

Cara Menghalau Lipas Dari Rumah, Elakkan Rumah Anda Menjadi Sarang Lipas!
Lipas, salah satu binatang yang menggelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu,
Petua Menghalau Tikus Dari Rumah, Elak Penyakit Kencing Tikus!
Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga
Cara Memutihkan Siku Yang Hitam Dengan 3 Cara Mudah Ini
Penampilan diri sangat penting pada seseorang tanpa mengira lelaki atau wanita. Dari hujung
Khasiat Luar Biasa Chia Seed, Tak Sangka Banyak Sungguh Manfaatnya!
Tidak dinafikan, biji chia seed sangat berguna dan bermanfaat kepada kita terutamanya dalam

Comments are closed.