Perkara Penting Dalam Ucapan Belanjawan 2017

Ucapan Bajet 2017 Gambar

Tema Belanjawan 2017 : Perpaduan dan pertumbuhan ekonomi, Menghemah perbelanjaan inklusif, Mensejahtera kehidupan rakyat seluruh

Bajet 2017 dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 21 Oktober 2016 bermula jam 4 petang oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Menghargai Khidmat Bakti Dan Jasa Penjawat Awam

  • Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana
  • Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari
  • Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun
  • Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000
  • Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000
  • Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000
    Pegawai ‘contract of service & contract for service’ yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi
  • Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar
  • Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016
  • Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak
  • Kerajaan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 untuk penjawat awam serta pesara kerajaan sebanyak RM250 dan akan dibayar pada awal Januari 2017

Kesejahteraan Rakyat

  • 11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dgn harga RM35k- RM42k walaupun kos pembinaan RM120k-160k
  • Kerajaan sediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam
  • Kerajaan perkenal Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada Nov, Dis & Jan, manfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah
  • Bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 – RM300 sebulan akan diteruskan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

  • BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200
  • BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900
  • Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450

Perumahan / PR1MA / Rumah Mesra Rakyat

  • Kerajaan akan bina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja
  • Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200 juta untuk bina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit

Skim Pembayaran Akhir Atau end-financing Khas Program PR1MA

  • Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup
  • Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017
  • Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta akan dinaikkan dari 3% kepada 4% mulai 1 Jan 2018

Pemandu Teksi / Uber

  • Bagi pemandu teksi, RM60 juta untuk geran RM5 ribu untuk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu
  • Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal

Internet

  • Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pada RM149 kini dapat 10mb/s
  • Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat
  • SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat

Akses Pendidikan Percuma Sekolah Rendah Menengah

  • Untuk 430 ribu pendidik kita, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi mudahkan tugasan mereka

Bantuan Kos Perbelanjaan Persekolahan

  • Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid

PTPTN

  • Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan seperti :
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan
  • Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017

Inisiatif Kepada Golongan Mudah Terjejas

  • Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/bln & Bantuan Kanak2 sehingga RM450/bln diteruskan, manfaat 69 ribu keluarga
  • RM424j termasuk bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300 sebagai saraan hidup & program wang saku
  • Pelepasan GST kepada OKU brdaftar untuk beli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang layak pelepasan diperluaskan

Wanita / Perlepasan Cukai

  • Pelepasan cukai baru sehingga RM1k bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017
  • Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kepada pembayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017
  • Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kepada pembayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017

Elaun

  • Elaun ketua kampung, pengerusi JKKK & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-kampung Baru dan tok-tok batin, dinaikkan daripada RM800 kepada RM900
  • Elaun Imam di bawah JAKIM dinaikkan daripada RM750 kepada RM850 sebulan, memanfaatkan 15 ribu Imam seluruh negara
  • Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33 ribu guru
  • Elaun para pembantu KEMAS akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11 ribu orang

Carian Berkaitan

tarikh pembayaran elaun getah 2017, elaun jkkk 2017, ucapan belanjawan kelantan 2017, bajet 2017 untuk JKKK kampung, belanjawan 2017 elaun pjkkk, belanjawan2017, elaun jkkk2017

Artikel Berkaitan

Tags: #intipati bajet 2017 #isi ucapan bajet 2017 #maklumat bajet 2017 #perkara asas bajet 2017 perlu tahu #perkara penting dalam bajet 2017 #ringkasan bajet 2017

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Comments are closed.