Perkahwinan Suatu Perniagaan?

Untitled-3

Sebenarnya apakah kriteria jumlah hantaran kahwin yang sesuai? Tiada jawapan yang khusus untuk hantaran kahwin. Adakah harga emas juga mempungaruhi hantaran sesebuah perkahwinan seperti kata untie the life of cikgu sue?

Pada pandangan aku, hantaran perkahwinan dipengaruhi oleh kemampuan pihak lelaki semata-mata. Malah pada zaman Rasulullah pun hantaran hanyalah sebuah kitab Al-Quran sahaja.

Isunya apakah harga semasa? Banyak faktor mempengaruhi sebenarnya. Seperti faktor ekonomi, harga barang dan sebagainya. Kalau tak mampu nak berbelanja besar cukuplah dibuat hanya sekadar kecil-kecilan. Majlis kenduri adalah syarat untuk melengkapkan proses perkahwinan yang mana bertujuan untuk menghebohkan sesebuah perkahwinan itu untuk mengelakkan fitnah dan sebagainya.

Zaman sekarang, ada segelintir masyarakat amat mementingkan hantaran kahwin yang nilai sehingga mencecah puluhan ribuan ringgit. Oklah pada mereka yang mampu. Tapi, hasilnya? Adakah dengan nilai sebanyak itu boleh menjamin kebahagian sesebuah pasangan? Bayar lebih, bahagia lebih? Oh bagi aku, itu sangat tidak tepat.

Ini adalah kerana beberapa sebab :
Pihak lelaki akan sanggup membayar hantaran pihak perempuan seberapa banyak mungkin oleh kerana kasih dan keinginan pihak lelaki untuk memperisterikan perempuan yang dikasihi. Adakah pihak perempuan tidak akan sudi diperisterikan oleh kerana pihak lelaki oleh kerana tak mampu bayar nilai yang ditetapkan?

Jikalau, lelaki tersebut tidak berkemampuan sebanyak itu, maka berlaku proses pinjaman samada dari Institusi kewangan yang sah atau sebaliknya. Maka, pada akhirnya, pasangan tersebut akan dihujani oleh hutang yang terpaksa ditanggung oleh lelaki yang juga bertindak sebagai suami kepada perempuan itu. Isunya, sanggupkah mereka itu membayar kembali hutang pinjaman yang berkali ganda bunganya?

Isu kedua ialah pandangan orang terhadap sesuatu hantaran. Yang mana, lagi tinggi hantaran, lagi glemerlah pasangan itu di mata masyarakat dan saudara mara. Dalam tak sedar, sudah timbul perasaan bermegah menunjukkan kekayaan kepada semua orang. Sifat riak dan takbur ini sangat dimurkai oleh Allah S.W.T

Kalau letak RM20,000 sekalipun, tahun depan ada lagi yang lebih tinggi. So, benda ni takkan kekal lama. Ia lebih kepada sifat menunjuk-nunjuk semata-mata.

Jadi, bagi aku, nilai sesebuah hantaran itu hendaklah berkadar langsung dengan keperluan majlis, dan kos lain yang berpadanan. Bukan harga sembelih. Tapi harga modal. Oleh itu, sila jangan jadikan “perkahwinan itu adalah suatu perniagaan” yang menguntungkan.

Soalan: Apakah harga pasaran hantaran sekarang? Sebenarnya, tiada jawapan untuk persoalan itu.

shino said : Seminggu ni memang banyak sangat majlis kenduri kahwin.

pic by flickr


Artikel Berkaitan

Tags: #belanja #hantaran #isu #kahwin #nilai

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    Ariana Naziha Aris8 years ago

    Encik Shino,
    Perkahwinan adalah suatu perjudian.
    -Ustaz saya yang cakap. πŸ™‚

    Reply
  2. author

    Kimie8 years ago

    sebaik2 isteri adalah yg paling mudah di kahwini dan paling murah mas kawin nye..hehe

    renungkn dan slamat beramal wahai prempuan diluar sane..haha..aik ye ke tuju kat pmpuan ke nk tuju kat laki..ahh sape2 jela..haha

    Reply
  3. author

    Insyirah8 years ago

    Mas kahwin itu wajib, sudah ditetapkan nilainya mengikut negeri masingΒ². Tapi kalau nak bayar lebih drpd yg ditetapkan, terpulang pada empunya yg nak bagi.

    Duit hantaran kahwin plak, tidak wajib. Terpulang pada kemampuan bakal pengantin laki. TETAPI, org pompuan tolong jgn demand sgt. Jgn menyusahkan sesuatu perkahwinan sedangkan ia sangatlah mudah.

    Kekadang tu org pompuan relax, tak kisah la nak bagi berapa pun. Tak bagi pun tak apa (ececeh…betul ke ni). TAPI, parent si bakal pengantin pompuan plak yg melebih-lebih. Tak pun mak sedara dan pak sedara yg beriya-iya. Org zaman skrg, lebih suka show-off…nak tunjuk kat org lain yg anak aku dapat suami kaya, dapat suami hebat, dapat suami berkemampuan…dan bla..bla..bla. Haihh~

    Apa yg penting sebenarnya dalam sesuatu perkahwinan? Keberkatan, keredhaan dan rahmat daripada ALLAH SWT…insyaALLAH. Itu yg sepatutnya.

    Wallahua'lam.

    Reply
  4. author

    wawa8 years ago

    tepuk dada tanya la poket…jgn lps kawen utang keliling pinggang dh la…

    Reply
  5. author

    ije8 years ago

    sekarang hantaran memang melampau tinggi. mana boleh samakan wanita ng wang ringgit.

    setuju ng encik shino, ikut kemampuan diri. lps kawin nak pakai duit gak utk klgkapan umah ect.

    so, ikutlah kemampuan. berbincang kedua2 belah pihak. famili perempuan kena la fhm. kan? yg wajib mas kawin je. bkn duit hantaran.

    Reply
  6. author

    damme damiah8 years ago

    bowla mmg blebih
    haha

    pendapat peribadi saya, sikit2 dah la. nak menunjuk mmg takkan kemana pun. tapi mas kahwin mmg takde kompromi ah

    sy mahu hantaran dalam dinar emas
    :p

    Reply
  7. author

    a L i y a8 years ago

    kat kelantan mas kahwin dan hantaran kahwin dijadikan sekali,erm,bagi saya la kan,kehidupan after kahwin lg penting,jangan nak habiskan duit banyak2 untuk majlis kahwin je,nanti apa nak makan,cmne nak hidup after tuh,mmg ramai yg kata kita kahwin just sekali n kena buat betul2,tapi jgn smpi membazir

    cukuplah sekadar bersederhana,itu lagi baik…

    kalau saya nak hantaran 11111,melampau tak??huhu,suka no tuh actually,kihkihkih

    Reply
  8. author

    AzRi AzyAn8 years ago

    biar la yg sederhana..itu dh cukup..

    Reply
  9. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    ariana naziha aris,
    itu kata ustaz .. πŸ™‚

    kimie,
    hehe tau takpe..

    fatin nabila,
    saya akan ulas lanjut nanti.
    πŸ™‚

    isyirah,
    πŸ™‚ isu dibincangkan adalah hantaran bukan
    mas kahwin. Nanti sy akan ulas lanjut
    dalam entri seterusnya.

    wawa,
    Kebahagian selepas itu lagi bermakna sebenarnya.
    πŸ™‚

    ije,
    ije pun fikir seperti saya juga.
    πŸ™‚

    damme damiah,
    haha kahwin la dengan Pak Arab.
    πŸ˜€

    aliya,
    nape tak rm1,111.11 sahaja?
    jangan fikir nak glemer je..
    hehehe πŸ˜€

    azri azyan,
    sederhana sudah cukup berbaloi.
    πŸ™‚

    Reply
  10. author

    Hananeechan8 years ago

    xtau kenapa hantaran kawin ni slalu jd isu..
    kdg2 pompuan tu x kisah, tapi family plak yg berkira..
    sebab ada degree la master la..
    so what klo ada..
    huhu..
    tapi ada gak majlis kawin yang jumlah hantaran dirahsiakan..
    xnak menunjuk kot..
    πŸ˜€

    Reply
  11. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    hananeechan,
    Pernah dengar juga pasal :

    "sebab ada degree la master la.."

    hantaran jadi tinggi..Jadi, itu juga dikira termasuk dalam nilai
    hantaran.

    Agree with u, ada juga yang kira benda cm gini! hehehe

    Reply
  12. author

    the life of cikgu sue7 years ago

    Shino
    Wang Hantaran adalah pemberian ikhlas dari pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

    Yang penting,ikut kemampuan.Jangan jadikan wang hantaran sebagai satu bebanan.

    kebahgiaan sesebuah perkahwinan bukan ditentukan oleh nilai wang hantaran.

    Reply
  13. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    the life of cikgu sue,
    yer. seperti yang saya katakan..
    πŸ™‚

    Reply

Leave a reply "Perkahwinan Suatu Perniagaan?"