Perkahwinan Suatu Perniagaan? : Episod 2


Dalam topik entri yang lepas, kebanyakkannya sangat keliru antara Mas kahwin dan Hantaran Perkahwinan. Sebenarnya mas kahwin dan hantaran perkahwinan adalah dua (2) benda yang sangat berbeza.
“Mas Kahwin adalah pemberian wajib dan ikhlas lelaki kepada perempuan yang ingin dikahwini. Ia berbeza mengikut negeri dan taraf hidup negeri masing-masing”
– : ulasan daripada seorang kawan di JAIJ.

Benar seperti Insyirah

katakan. Tetapi soalnya apa yang dibincangkan pada entri yang lepas ialah berkenaan Hantaran Perkahwinan dan bukan Mas Kahwin. Sila jangan keliru.

Bagi pendapat Fatin nabila pula :

(sila click untuk besarkan)

Isu dalam entri lepas adalah membincangkan berkenaan isu hantaran kahwin dan bukan mas kahwin. Mas kahwin sebenarnya sangat tidak membebankan kerana kadarnya sangatlah kecil. Contohnya bagi Negeri Terengganu dan Kelantan adalah sebanyak RM 25.00 manakala untuk Negeri Johor pula adalah RM 22.50 sahaja!

Jika ini yang difahamkan oleh Fatin Nabila, ia bermakna nilai harga diri perempuan negeri sebelah selatan iaitu RM 22.50 adalah paling murah harga dirinya. Jadi bagi saya, mas kahwin bukanlah melambangkan harga diri seseorang perempuan itu. Tetapi mas kahwin adalah pemberian ikhlas lelaki kepada bakal isterinya yang dikira mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh JAKIM setiap negeri.

Apakah sebenarnya Nilai Hantaran Perkahwinan?
Nilai Hantaran Perkahwinan adalah sangat spesifik untuk dibincangkan seperti yang saya ulaskan dalam entri yang lepas. Ia tiada garis panduan yang jelas berkenaan isu ini.

Seperti entri yang lepas, pada pandangan saya, hantaran sesebuah perkahwinan adalah bergantung kepada kemampuan pihak lelaki dan nilai hantaran adalah berkadar langsung dengan kos majlis yang bakal diadakan.

Jadi, pada pandangan saya ia lebih kepada kos mengurus dan perbelanjaan kenduri bagi pihak perempuan samada semasa majlis atau selepas perkahwinan.

Mungkin juga boleh dikaitkan dengan harga emas seperti ulasan the life of cikgu sue yang mana ia menyentuh perbelanjaan perhiasan diri perempuan seperti rantai emas dan cincin. Barangan ini juga mempunyai kebaikan sebagai harta simpanan pasangan yang boleh ditebus bila-bila masa apabila menghadapi masalah kewangan yang meruncing.

Seperti semua sedia maklum, bagi Negeri Terengganu dan Kelantan, hantaran perkahwinan yang ditetapkan adalah bersama-sama dengan nilai hantaran ia dikira secara sekaligus. Manakala, bagi negeri sebelah pantai barat dan selatan seperti Negeri Johor. Hantaran perkahwinan dan Mas kahwin dikira secara berasingan.

Bagi Negeri Kelantan dan Terengganu khususnya, duit hantaran perlu diserahkan dan disertakan sekaligus pada masa majlis akad nikah. Duit tersebut adalah menjadi milik si isteri secara keseluruhan.

Manakala, bagi belanja majlis kenduri pihak perempuan, biasa mereka menggunakan modal berasingan dengan hantaran kahwin dari pihak lelaki ataupun mana yang patut.

Maka, dengan sebab itulah, majlis kenduri dirumah pihak perempuan berkonsepkan “Walaimatul Urus”. Mungkin bertujuan untuk menampung kembali kos majlis yang diadakan. Manakala, majlis dirumah pihak lelaki pula, ia lebih kepada “Majlis Kesyukuran” atau bergantung kepada keluarga pihak lelaki.

Walaupun begitu ia terpulang kepada negeri dan adat tradisi penduduk setempat itu. Jadi, tiada halangan ke atas semua itu.

shino said : Yang paling penting sekali ialah akad nikah. Tak gitu?

Carian Berkaitan

hantaran ummi nazeera

Artikel Berkaitan

Tags: #belanja #hantaran #isu #kahwin #nilai

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    a L i y a8 years ago

    yup,jadi kelantan n tganu la paling mahal??yg penting akad nikah je,yg len tuh x wajib kan??erm,tadi 1st time tgk org akad nikah,debar gileewww,hehehe,tp bezzzz

  2. author

    AzRi AzyAn8 years ago

    btol tu..yg penting akad nikah. dh lepas akad tu ikut kemampuan masing2 nk wat majlis cmne..

  3. author

    Insyirah8 years ago

    Haha. Bro, saya tahu kita tgh bincang pasal hantaran kahwin. Saya skit pun tak keliru. Komen saya dlm entri bro yg lepas, saya cuma nak tekankan bahawa hantaran kahwin itu tidak wajib…manakala mas kahwin adalah wajib. Sebab, org skrg keliru di antara keduanya.

    Saya memberi komen begitu kerana saya baca komen Cik Fatin Nabila mengatakan mas kahwin itu adalah harga diri wanita, kalau terlalu rendah..mcm merendahkan diri wanita.

    Saya tidak setuju dgn statement itu sebab mana boleh nak samakan mas kahwin dgn harga diri wanita. Mas kahwin itu kan WAJIB. Habis tu, kalau negeri mana-mana yg menetapkan mas kahwin itu rendah…contohnya Selangor dgn kadar RM80…then, tak kan la kita nak buat conclusion bahawa harga diri wanita Selangor adalah setinggi RM80 tunai sahaja. Kalau negeri mana ntah yg mas kahwinnya tinggi, so tinggilah harga diri wanita negeri tersebut. Ini hanya sekadar contoh tafsiran yg salah.

    Orang skrg konpius atara mas kahwin dan hantaran kahwin. Sebab dlm kepala otak semua orang, yg ada hanya hantaran kahwin berpuluh-puluh ribu.

    Nilai hantaran kahwin adalah ditentukan melalui perbincangan kedua-dua pihak keluarga. So, memang ia terlalu subjektif utk dibincangkan di sini. Apa yg saya lihat fenomena skrg, orang menentukan nilai hantaran kahwin dipengaruhi oleh taraf kehidupan dan peredaran zaman. Maksud saya, kalau zaman dulu…hantaran sebanyak RM8K tu dah kira banyak gila dah. Tapi kalau zaman skrg ni, RM8K tu orang dah rasa mcm skit…kalau buat walimah, gamaknya makan nasi putih jelah. Orang zaman skrg, mereka nak sekurang-kurangnya RM10K ataupun lebih lagi. Ini apa yg saya lihat jelah.

    Cuma, pada pendapat saya sendiri…kebahagiaan sesuatu perkahwinan itu bukan terletak pada nilai hantaran kahwin. Yg penting, persediaan kita utk menempuhi alam rumahtangga. Semuanya bukan semudah dan seindah yg kita sangkakan.

    Wallahua'lam.

  4. author

    Dr. Azlina Hassan8 years ago

    from cik gu napi:

    Hantaran mahal…
    Apa susah-susah..kawin lari kat thailand je bro…bahagia gak..

  5. author

    Dr. Azlina Hassan8 years ago

    from cik gu napi:

    kawan-kawan kawin kat oversea senang je… just akad nikah dan majlis kecil2 saja.. ini menunjukkan hantaran yang tinggi ini saja di cipta oleh masyarakat kita sendiri…untuk menunjukan kelebihan masing2…

    kagum:
    kawan saya kawin dengan anak tok gu Dato Nik Aziz, hantarannya cuma rm 1000 saja..majlis pun simple saja…

    patut masyarakat jadikan sebagai contoh.

  6. author

    Org Ganu8 years ago

    ooo camtu..

  7. author

    nadia8 years ago

    hari tu, nad ada belajar,
    HAK seorang wanita,yang lelaki tak ada,
    iaitu diberi mas kawin, sebb utk membuktikan yg wanita boleh menguruskan harta 🙂
    haha, bukan nilai seorg wanita lah

  8. author

    AyAres1518 years ago

    bilo demo nak angkat nikah?

  9. author

    Hananeechan8 years ago

    mas kawin perempuan, lagi rendah lagi baik..kalau dulu2, bagi al-quran pon ade..

    hantaran plak sbnrnye da jd budaya kat negara kita letak tinggi2.
    kalau rendah, org mengata plak.
    susah org zaman skrg ni.

    akibatnya ramai yang tangguh2 kahwin dgn alasan blom ade duit..
    bile nak kawin da jd susah sgt, maksiat jela yg sng nk buat.

    😀

  10. author

    the life of cikgu sue8 years ago

    shino
    Bagus entri ni.memberi pemahaman kepada orang yang keliru tentang mas kahwin dan wang hantaran.

    Biasanya pada hari ini kebanyakan majlis kenduri pihak perempuan buat kesyukuran dan tak ngele kata orang kelate

  11. author

    ije8 years ago

    busan la cuti2 skolah gini, hari2 makan nasi gulai kenduri. aaa~

  12. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    aliya,
    semua penting untuk lengkapkan
    proses pernikahan tu.. 🙂

    azri azyan,
    🙂

    isyirah,
    🙂 yer..bergantung pada kemampuan dan
    majlis yang akan diadakan.

    dr. azlina hassan,
    setuju dengan demo,
    buat ala kadar pun ok..
    janji meriah. 🙂

    org ganu,
    🙂

    nadia,
    🙂 bagusla kalau dah faham..

    ayares151,
    hehe tengokla guano..
    😀 nyo ado tuu..kalau kawe akad nikoh
    orang pertama kawe jemput ialah demo..
    hahaaha

    hananechan,
    kalau nak ikut orang, sampai bila
    pun tak boleh nak puaskan. Sebab bukan
    senang nak puaskan semua pihak..
    😀

    the life of cikgu sue,
    walimatulurus tu "mengele" dalam bahasa kelate.
    Bergantung pada keluarga pihak perempuan.
    🙂

    ije,
    hehehe makan nasi kenduri je ari2..
    xpayah beli makanan kat kedai dah..