Peristiwa Semasa Memandikan Tubuh Perempuan Kaku

Awek Seksi

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulamak gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam atau kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :

“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya”?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bKisaahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah. Namun, selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul pada batang tubuh si mati”.

Imam Malik berkata : “Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan empat orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu hendak mencari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan empat orang saksi.”

Akhirnya, wanita tersebut dijatuhi hukuman. Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke-80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Pengajaran daripada kisah tersebut

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah SWT. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatannya maka kita dilarang menuduhnya berzina.

Diharap kisah ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Dan ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, yang mana kita sendiri tidak menyaksikan dan tiada saksi, maka tunggulah pada suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa itu benar-benar berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahilan.


Artikel Berkaitan

Tags: #cerita memandikan mayat #kisah gadis penzina #kisah memandikan mayat wanita penzina #kisah nasihat

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Comments are closed.