Peristiwa Kemalangan Lori Tangki Paling Tidak Dapat Dilupakan


Seingatan aku peristiwa semasa pulang ke kampung dari Johor Bahru menyambut Hari Raya pada tahun 2007. Suatu peristiwa yang masih menjadi ingatan kepada budaya masyarakat yang cetek minda.

Satu kemalangan telah berlaku melibatkan lori tangki minyak di sebuah kawasan. Tak perlulah disebutkan lokasinya dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Sebenarnya, kes kesesakan ini bukanlah halangan lori yang melintang jalan, tetapi ia diakibatkan oleh pengguna jalan raya yang berhenti mengambil kesempatan ke atas tragedi tersebut. Mereka boleh diibaratkan seperti “Sekumpulan semut yang mendapat gula”.

Pada mulanya seorang lelaki tua mula menjadi kepala menadah minyak petrol yang keluar dari tangki pecah. Selepas itu, berpusu-pusu orang ramai yang lain mengambil kesempatan yang sama. Masing-masing berebut-rebut menadah minyak petrol yang tumpah tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Tindakan mereka ini sangat merbahaya, malah ada juga yang menadah minyak petrol sambil menghisap rokok. Tetapi mereka ini bernasib baik kerana umur mereka masih panjang. Sejam kemudian, pihak berkuasa muncul dan kawasan tersebut dikawal rapi.


Artikel Berkaitan

Tags: #bahaya selepas kemalangan #kenapa perlu kita beringat semasa lihat kemalangan #ketahui tindakan susulan selepas kemalangan #kisah kemalangan jalan raya

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Peristiwa Kemalangan Lori Tangki Paling Tidak Dapat Dilupakan"