Peringatan Kepada Rakyat Malaysia 21 Tahun Ke Atas, Tunaikan Hak Anda Untuk Mengundi

Undi PRU Gambar

Undi PRU Gambar

Adalah dijangkakan Pilihanraya Umum Ke-14 akan jatuh bulan Mac 2017, kerana itulah tarikh yang terdekat. Oleh itu, kita perlu berusaha ke arah mengambil bahagian dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti kerana andalah penentu masa depan negara.

Langkah-langkahnya mendaftar mudah sahaja :

  1. Pergi ke pejabat POS berdekatan.
  2. Bagitahu hendak daftar sebagai pengundi.
  3. Jangan lupa membawa kad pengenalan diri masing-masing.

Apakah syarat mendaftar sebagai pemilih?

Seseorang individu itu layak untuk mendaftar sekiranya :

  • Seorang warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
  • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
  • Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih.

Apakah sebab hilang kelayakan sebagai pemilih?

 Seseorang pemilih akan hilang kelayakan sekiranya dirinya :

  • Tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara pada tarikh kelayakan.
  • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
  • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  • Telah memperolehi kerakyatan asing.

Bagaimana cara membuat semakan daftar pemilih?

Semakan daftar pemilih dijalankan sepanjang tahun, pendaftaran pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali, kemudian pendaftaran tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Perkara ini disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan.

Bagi yang sudah berdaftar, anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih menggunakan link tertera di bawah :

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM

Apa yang perlu anda tahu sebelum ke tempat mengundi?

Anda perlu memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi. Semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengundi. Semak melalui : http://www.spr.gov.my/

Apakah yang perlu ada bawa sebelum ke tempat mengundi?

  • Kad Pengenalan atau
  • Pasport Terhad atau
  • Pasport Antarabangsa atau
  • Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau
  • Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau Lesen Memandu.

Apakah langkah-langkah semasa membuang undi?

  • Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.
  • Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar dan saluran mengundi anda.
  • Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan memanggil nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut.
  • Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih. Tanda “X” bermakna anda memilih calon tersebut, bukan calon yang anda tidak mahu. 
  • Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi.
  • Keluar melalui pintu yang disediakan.
  • Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani perisytiharan identiti.
Langkah Langkah Semasa Mengundi

Langkah Langkah Semasa Membuang Undi

Carian Berkaitan

tarikh daftar mengundi bagi yang berumur 21, 21 tahun keatas

Artikel Berkaitan

Tags: #cara mendaftar pemilih #cara nak daftar pengundi #cara nak mengundi #daftar pemilih malaysia #kelayakan mengundi #kelayakan pemilih #langkah sebelum mengundi #panduan mengundi lengkap #pilihanraya #pilihanraya umum #PRU #syarat pengundi #teknik mengundi pilihanraya

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Leave a reply "Peringatan Kepada Rakyat Malaysia 21 Tahun Ke Atas, Tunaikan Hak Anda Untuk Mengundi"