Penghayatan Bulan Kebebasan

Untitled

Merdeka..!!  Merdeka..!! Merdeko!!.. Merdeko!!.. Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 53 tahun. Sepanjang pemerhatian, sambutan merdeka pada tahun ini mungkin dirasakan sangat hambar. Sambutan perayaan seperti tidak dilakukan secara besar-besaran seperti tahun-tahun lepas oleh kerana menghormati bulan Ramadhan. Kebanyakkan sambutan dilakukan di dalam dewan tertutup. Tetapi syukur alhamdulillah, sambutan kemerdekaan ini dapat dirayakan dengan baik.. Syukur kerana negara kita masih aman damai dan masyarakat dapat hidup dengan harmoni tanpa sebarang ancaman luar.

Budak basikal yang berpeleseran dijalanan membawa Jalur Gemilang.  Tapi awas! Keselamatan juga harus dijaga.

Walaupun, berlaku kejadian kurang enak dengan serangan kedutaan Malaysia di Indonesia, rakyat Malaysia tetap rasional dalam menangani isu tersebut. Sebenarnya,  aku sangat begang oleh perbuatan segelintir rakyat Indonesia yang membakar Jalur Gemilang ketika kita sedang diambang sambutan kemerdekaan.

Jika dilihat dari sudut realiti dan pandangan mata kasar aku, sambutan merdeka sangat meriah dirayakan oleh muda mudi yang sering kali dikaitkan dengan mat rempit dan samseng jalanan. Mereka boleh dipuji kerana mengibarkan jalur gemilang dimotosikal dan kapcai buruk. Walaupun, sering dikecam pihak berkuasa, mereka tetap dengan perjuangan mereka membawa Jalur Gemilang dengan bangga! Aku memuji sikap mereka walaupun kadangkala menimbulkan kacau bilau dijalan raya, semangat kemerdekaan itu tetap ada dalam diri mereka.

Aku melihat, golongan ini walaupun dipandang serong oleh masyarakat dengan membawa banyak gejala lumba haram dan lain-lain, tetapi harus juga diingat bahawa tanpa mereka dijalanan, maka tidak meriahlah. Ini tidak bermakna aku menyokong gejala merempit, cuma cara penghayatan mereka mungkin berbeza.

Jika dibandingkan dengan penghayatan bulan kemerdekaan oleh golongan profesional, kebanyakkan dari mereka tidak meletakkan Jalur Gemilang pada kenderaan mereka. Mungkin, pemerhatian ini silap dan pembaca boleh melihatnya dengan sendiri. Mungkin cara penghayatan mereka ini berbeza. Boleh jadi begitu lah gamaknya.

Mat rempit atau budak motor biasanya akan berarak pada malam merdeka dan diakhiri oleh aktiviti mereka sendiri iaitu merempit dan lumba haram pada lewat tengah malam. Ini dapat dilihat dengan jelas di bandar-bandar, pekan-pekan dan juga dikampung-kampung. Bukan apa, ia sudah menjadi trend dan pesta serta sudah tertulis dalam diari harian mereka. Mungkinkah tiada pengisian program yang sepatutnya untuk mereka? Atau mungkin program itu tidak sesuai bagi mereka? Berfikir sejenak.

Artikel Berkaitan

Tags: #bulan #merdeka #penghayatan #sambut merdeka dan puasa #sambutan

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    Mr Noble6 years ago

    memandu kereta nasional (proton) pon dikira patriotik jugak :p

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    Mr Noble,
    hehe idea baik jugak tu.. keta malaysia kan keta bajet rakyat malaysia 🙂

    Reply

Leave a reply "Penghayatan Bulan Kebebasan"