Pendekar Tahi Ayam

super

Cakap pasal martial art. Aku pernah juga masuk benda-benda camni. Tapi semua tu hangat-hangat tahi ayam je. Masa aku sekolah dulu, form 4 aku pernah masuk Taekwando. Yuran kalau tak silap dalam RM30 sebulan kot. Dan sifu-sifu yang ajar masa tu ialah sifu India. Kalau nak tanya secara jujur. Aku cakap, ah tak minat.
Then, mama aku suruh stop masuk benda tu. Aku masa tu, boleh diibaratkan seperti satu tapak tangan mama, sedulang aku tadahkan. Apa tak nya, aku nak kena fokus untuk exam SPM masa form 5. Jadi, baik mak aku hantar aku pergi tusyen dari duk habiskan masa dengan aktiviti tu yang memenatkan. Yelah, masa depan untuk lulus cemerlang SPM lagi penting dari belajar benda tu.

Then, bila masuk Universiti, aku terikut-ikut juga kawan aku, budak silat. Masuk pun sebab aku minat bab-bab ilmu kebal ni. Selalu terpengaruh dengan drama bersiri Keris Hitam Bersepuh Emas, Hati Waja dan lain-lain. Benda-benda jampi, tok-tok guru pendekar, tambahan lagi aku suka Sejarah kot. Takde kaitan pun.

Tapi semua tu kejap je. Sebab aku ni macam takde la fanatik sangat kalau buat sesuatu benda yang aku tak berapa minat. Jadi kesimpulannya, aku takde skill untuk martial art kot. Mungkin seni lain lagi sesuai untuk jiwa aku. Nanti aku huraikan dalam entri seterusnya.

pic by flickr


Artikel Berkaitan

Tags: #aku #apa-apa #beza #minat #suke

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    ije8 years ago

    seni modify kereta kot?

    Reply
  2. author

    Princess Liyana8 years ago

    ha ha ha..jom karate?takot ke..?hihi ;P

    Reply
  3. author

    filanastasia8 years ago

    s h i n o : seronok apa?? itu ler aktiviti mingguan fila masa skolah dulu.. waccaaa.. hahaha

    Reply
  4. author

    damme damiah8 years ago

    form 4 masuk taekwando tapi pergi sekali je sebab kena bayar rm100 utk baju semua, terus lari

    then masa 2nd sem di uni masuk silat. sehari je pergi sebab saya sorang je budak baru org len dh sampai tahap bape tah

    xminat martial art juga

    Reply
  5. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    ije,
    hehe tau takpe..
    😛

    princess liyana,
    karate? hehe xmau..
    yna try karate straw dlu..
    klu bengkok kira dah tahap
    gaban dah tuuu.. hehe

    filanastasia,
    masa zaman Rakan Muda
    la ni hehehe 😛

    damme damiah,
    kalau kes mcm ko ni,
    mmg dah SAH.Ko memang
    tak minat la tu hehe 😀

    Reply
  6. author

    Riezal8 years ago

    aku rasa laa bro.. ko sezaman dgn aku.. zaman2 perillys eman mana layan silat.. aku pun kena cam ko gak.. mak pak aku larang aku amik silat apa semua.. sebab form 5.. tapi time tu kalau dapat masuk martial art ni ada baju peseme.. kira bajet cool laa hehe 🙂

    Reply
  7. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    riezal,
    hahhahaha.. glemer siot pakai baju martial art tu.. duduk kedai makan. Awek tengok semacam je.. nk taknak ngurat je haha 😀

    saham naik juga mase tu…

    Reply
  8. author

    AyAres1518 years ago

    seni atas mejo demo memey terel..kawe tokleh ikut lagi seni tu..

    Reply
  9. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    ayares151,
    Hahahaahahaaa…
    demo jangan wat pasal gu..
    nanti kita gi training samo2..
    😀

    Reply
  10. author

    filanastasia8 years ago

    s h i n o: rakan muda?? tak ingat la pulak.. tp neh inisiatif sendiri.. fila kan brutal dulu.. memang gemo bab2 martial art.. lagik la arwah ayah memang ahli silat.. abg2 pun taekwondo.. mana bleh fila sorang tak reti pepe neh.. hahaha..

    *teringat muka mak ketakutan nengok fila pucat amat after lari 2.4km under 12 min…

    Reply
  11. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    Filanastasia,
    hehehe bagus untuk kesihatan
    dan keselamatan diri..

    Apepun minat juga yang penting.
    🙂

    Reply

Leave a reply "Pendekar Tahi Ayam"