Pencuri Troli Shopping Mall

Untitled-2

Suatu hari kami ke pasaraya Tesco. Jadi, ambik kesempatan hujung minggu untuk beli barang rumah dan sedikit kelengkapan lain. Setibanya, aku capai satu trolley untuk kemudahan  mengisi barang nanti. Nak bawa bakul rasanya macam tak padan sebab shopping time ni biasanya banyak juga barang yang kami akan beli.

Cuba baca apa dia tulis tu?

Ape pun benda yang tidak dijangka berlaku sewaktu kami asyik memilih barang di rak makanan.  Tak lojik juga sebab trolley kami tu duk sebelah dengan kami je. Then benda tu boleh hilang begitu sahaja. Heran juga! Sebesar-besar trolley pun boleh kena kebas. Tetapi seingat aku, ada seorang lelaki berumur lingkungan 40 tahun yang menolak trolley tu sewaktu lalu lalang di situ. Aku menuju ke arah beliau dan bertanya. Dia tidak mengaku ambil benda tu. Jadi aku tak nak panjangkan cerita dan turun balik untuk dapatkan trolley lain. Itu sahaja cara terbaik.

Mungkin ia satu benda yang tidaklah sangat serius untuk dibincangkan. Tetapi ia berkaitan dengan sikap seseorang itu yang suka mengambil kesempatan dan hak orang lain. Mungkin pada mereka ini, itu adalah perkara biasa. Yup! Mungkin biasa pada mereka dan mungkin juga tidak biasa kepada orang lain. Bagi aku sendiri pun, rasa tak tergamak untuk berbuat demikian. At least aku akan lihat sekeliling dahulu samada ia menjadi milik seseorang atau tidak. Jika pasti bahawa trolley tersebut tidak bertuan. Maka, bolehlah diambil.

Pada hari tersebut memang keadaan pasaraya penuh sesak. Plus trolley je tempat untuk mereka meletak barangan yang dibeli. Ditambah pula kempen kurangkan penggunaan beg plastik.  Sebenarnya, ramai yang lupa membawa beg plastik sendiri. Pada mula-mula ni memang ramai tak biasa dengan kempen ni. Tapi mungkin selepas dua minggu, perkara ini akan menjadi perkara biasa kelak. Ok lah itu sahaja!


Artikel Berkaitan

Tags: #hilang #kebas #plastik #trolley

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    makdara TERdiva6 years ago

    haha! lawak la dorang ni..main rembat jer..

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    makdara TERdiva,
    tu lah pasal.. tak tau jenis perangai ape manusia ni.. hishh!

    Reply

Leave a reply "Pencuri Troli Shopping Mall"