Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi

Perempuan Dedah Badan

Perempuan SeksiBagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini kerana bagi mereka, ia lebih kepada nafsu semata-mata. Perempuan berpakaian menjolok mata sebenarnya banyak menggunakan kecantikan mereka untuk tujuan promosi, sebagai contoh terdekat model motosport dan gadis litar.

Bagi lelaki pula, ia adalah peluang mereka untuk mencuci mata dan akhirnya mereka terjebak ke kancah maksiat. Bila perempuan itu berpakaian seksi, ditambah pula mempunyai wajah yang cantik, memang ramai lelaki yang akan tergila-gilakannya. Jika perempuan itu tidak dapat mengawal diri mereka daripada tertipu oleh lelaki-lelaki buaya, mereka akan terus menjadi mangsa.

Dalam soal ni, adalah tidak wajar rasanya pihak lelaki dipersalahkan 100% kerana segala hal buruk berlaku atas dasar dorongan daripada perempuan itu sendiri seperti berpakaian seksi. Hal ini akan menarik perhatian lelaki-lelaki tak kira muda mahupun sudah berumur.

Namun, samada perempuan itu berpakaian seksi atau tidak, ia terpulang kepada perangai atau tingkahlaku mereka. Ini adalah kerana sudah terlalu ramai perempuan bertudung zaman sekarang yang dilihat fizikalnya amat sopan, bertudung dan menutup aurat mempunyai perlakuan melebihi perempuan yang seksi ini.

Hal ini sering akan mengaburi penglihatan kita. Apa pun jua yang ditafsirkan, tidak kira apa jua bentuk mereka datang, yang penting perempuan haruslah pandai menjaga kehormatan diri dan pergaulan mereka daripada terjebak dengan gejala tidak sihat. Jika sudah terlanjur, tidak beerti ia adalah peluang terakhir bagi anda. Berubahlah dari sekarang untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada terus melalui kehidupan seperti itu.

Carian Berkaitan

seksi bagi lelaki
Loading...

Tags: #aurat itu haram bagi muslim #lelaki melihat perempuan seksi #pandangan kepada perempuan seksi #perempuan dedahkan aurat #perempuan menonjolkan badan

LELAKI, Ini 6 Tanda Wanita Jatuh Hati Pada Anda Secara Diam-Diam!
Tidak seperti lelaki, wanita sememangnya sukar untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap jejaka pujaannya
Top 5 Jenama Fesyen Dunia Paling Popular 2017
Setiap manusia yang ada di muka bumi mempunyai cara tersendiri apabila berfesyen. Bermula
5 Jenis Kasut Wanita Perlu Ada Dalam Simpanan Mereka, Lelaki Kenalah Faham!
Selain pakaian, makeup, aksesori dan minyak wangi, sepatu atau kasut memainkan peranan yang
Ketahui Karakter Lelaki Idaman Anda Menerusi Minyak Wangi Yang Dipakai. Wanita Wajib Ambil Tahu!
Ingin mengenali karakter dan personaliti diri lelaki idaman anda? Jangan khuwatir! Anda boleh
  1. author

    shiqa9 years ago

    kalau cari yang cantik, bnyk saingan,
    lalala,
    cari yg sedang2 je, yg penting cantik dlm,
    mukan luar, kalau cantik luar je,
    tua2 nnti x cantik jugak.
    and, x semestinya yang cantik ni nk jaga kita dan sebagainya utk selamanya.
    kalau nk cari yg kurang sikit cantiknya, carilah yg yakin dgn diri dia, not self-concious or whatever…
    bila pikir blk..
    kadang2 manusia ni hipokrit semata.
    lalala~

    – merepek2, sorry –

  2. author

    Riezal9 years ago

    dude… ada sudah di tagged sila la jawab tag aku hehe

  3. author

    myadlan9 years ago

    setuju jugak.. selalunya wajah2 yang cantik rupawan ni lebih kepada tatapan umum je..

    rasanye sebab kalau da tak cantik sangat n kurang publisiti, tu pasal la yg berpakaian sopan (konon) itu nak wat menda2 tak elok.. dunia2..

  4. author

    nadia-ady9 years ago

    aaa…betul la tu,dont judge a book by its cover 😀

  5. author

    sAfFiYaHnAjLah9 years ago

    pe kata kupas citer sal ‘lelaki buaya darat” n “perempuan murahan”..mcm menarik..

  6. author

    azie9 years ago

    ok, dari belog 13may, dah jadi belog padilah kammsah,kih kih kih

  7. author

    [ Eclipse ]9 years ago

    dont judge the book by it cover

    ~XD betul x ungkapan nie tah. haha

  8. author

    Princess Liyana9 years ago

    hehe..setuju;)

    biar cantik luar dan dalam..alaahai

  9. author

    filanastasia9 years ago

    s h i n o : ermm lihat la dr pandangan hati.. itu lebih bermakna.. pakaian itu hanya perhiasan.. kan kan kan…

  10. author

    goasop869 years ago

    btul2.. nk cite sket..

    one day, my friends n i naik satu kete. sorg dr kawan saya tu lelaki. tibe2 ade sorg awek-free hair-baju fit-seluar 3suku-naik moto menapak kat tepi jalan..

    mata kawan lelaki saya cepat aje pndang gal tu. (dorongan pkaian gal tu yg meransang si lelaki melihat dia)

    lalu kami ng nada perli btau si lelaki ‘mata pandang mane?!’

    lelaki tu sengih je. n dia ckp..

    ‘gal mcm tu layak dipandang je. kamu sume xyah la mencapub cmtu, sb gal cmtu xle wat bini, layak dipandang je.. aku xnk nt bini aku pkai seksi2 cmtu duk tepi jln, wat tatapan boi len’

    gitu..

  11. author

    Farah9 years ago

    uhuk.. betul la tu. tp xsemestinya yg bertudung tu seme x elok. kerana nila setitik, rosak susu sebelangan T_T

  12. author

    -misz lollypops-9 years ago

    anda ditagged..
    sila refer ke blog sy..a.s.a.p
    ok daaaa~ =)