Masalah Tentang Hubungan Cinta Remaja

xadda

Ini cerita dari seorang kawan ;

Malam ini aku terasa sunyi. Lantas, dengan secawan milo panas yang dibuat oleh mak, aku ke beranda rumah menikmati suasana malam yang dingin. Apa yang aku fikirkan sebenarnya? Sejak perkenalan aku secara tak sengaja dengan seorang gadis. Untuk makluman, aku sebenarnya belum pernah menemuinya lagi cuma hanya kenal melalui SMS sahaja. Tapi, perkenalan ini adalah secara tak sengaja.

Apa yang aku fikirkan sekarang adalah si gadis pernah menceritakan bahawa dia mempunyai masalah dengan teman lelaki. Ntah kenapa, aku rasa apa yang diceritakan itu meninggalkan kesan mendalam dilubuk hati ini. Cinta yang diberi dengan sepenuh hati tidak dihargai dan ia menjadi racun yang amat perit untuk ditelan. Lagi dalam perasaan sayang dan cinta itu, lagi sedih dan perit jadinya. Orang kata, bila bercinta semuanya indah belaka. Semuanya madu, hati pun berbunga-bunga. Memang indah sebenarnya bila bercinta ni. Rasanya semua orang pernah bercinta kan? Aku pun sama. Yang penting jadikanlah pengalaman itu sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik dan perbaikilah diri.

Kadangkala bila bertahun-tahun bercinta pun, belum tentu ia adalah jodohnya. Hanya usaha dan doa sahaja menjadi pengharapan. Yang pasti bila ditinggalkan kita harus redha dan menganggap ia adalah dugaan Allah dan mohonlah padaNya supaya dikuatkan semangat dan dipertemukan pada orang yang baik-baik. Percayalah pada Qada dan Qadar dan segala ketentuan hanyalah ditangan Allah s.w.t.

Apa yang pasti, si gadis harus tabah menerima dugaan ini. Si gadis perlu meneruskan kehidupan, bab kata orang, kalau lah orang tu dah tak sudi, kita perlu membawa diri dan berilah peluang kepada yang berhak untuk menyanyangi diri anda. Gagal dalam percintaan bukan gagal sepenuhnya, kerana kejayaan pasti akan dicapai jika dengan usaha. Percayalah Allah akan sentiasa menolong orang-orang yang baik. Janganlah berputus asa kerana Allah membenci orang yang berputus asa. jadikan pengalaman pahit itu sebagai pemangkin untuk menjadi lebih kuat.

Pandai je aku, padahal aku pun blum tau apa aku nak jadi nanti. Baru nak betul-betulkan steering. Susah sebenarnya bermain dengan perasaan nih. Sebab ia amat complicated dan memeningkan kepala. Bila dia cerita tu buat aku terkenang-kenang nih. Sebab tu aku jadi kusut.
Pada aku, kalau lelaki itu bercinta pada usia yang muda, kebarangkalian dia akan kahwin dengan Girlfriend dia amat tipis kerana sifat lelaki yang lambat matured dan lebih mementingkan kawan-kawan. Si gadis pasti akan rasa dipinggirkan. Ermm ntahlah. Bila difikir-fikirkan, macam betul juga pernyataan tu. Lu fikirkan lah sendiri Nabil! hehe~

Baik aku habiskan milo ni, sejuk pulak kat luar malam-malam ni. Masuk tidur sok pagi nak bangun sahur lak..


Artikel Berkaitan

Tags: #cerita kisah cinta remaja #cinta muda mudi #masalah cinta #masalah tentang hubungan lelaki dan perempuan #Nasihat berguna tentang cinta

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    filanastasia8 years ago

    shino : huhuhu.. itu la kehidupan namanya shino.. penuh dugaan dan pancaroba.. cewahh..

    anyway.. mencari cinta yg sejati sama seperti mencari bintang yg bertaburan di langit.. tidak pasti yg mana satu akan kekal.. ada ketika muncul, kemudian hilang dan muncul kembali..

    pst.. jgn kusutkan kepala.. go with da flow aje… one more.. naper fila tak leh nak follow shino ni?? error jek..

    Reply
  2. author

    13may8 years ago

    blues blues…hhehe hehhe

    Reply
  3. author

    Princess Liyana8 years ago

    Alahai bro,jgnla bsedih hati.jgn risau,jodoh itu ada untk kamu.yana doakan jgak untk kamu bro!slmt hr raya,maaf zhr btn.huhuhu.jmptla ke rumah,jgn lupa bw duit raye.hehe

    Reply
  4. author

    myadlan8 years ago

    ala shina layan jiwang plak..

    laki ke pompuan pun sama je..tapi betul la kalau mcm first love selalunya tak kemana.. sekadar kenangan terindah zaman muda2 je..

    smoga lebih berjaya dlm kisah percintaan kamu..

    nape terpk soal cinta plak di keheningan nak syawal ni ya?

    Reply
  5. author

    diya8 years ago

    huhu. ini ke yg dikatakan hati remuk? alahai…. shino ada bagitahu tak ttg perasaan shino kat gadis tu? [diya rs mcm shino tak bgtahu je,huhu].

    “Kadangkala bila bertahun-tahun bercinta pun, belum tentu ia adalah jodohnya.”

    yg ni mmg diya sgt setuju lah πŸ™‚

    p/s-gambar tu mcm cantik je angle die. nak kidnap ek πŸ˜€

    Reply
  6. author

    striker8 years ago

    sama je pompuan ke.. laki ke.. depends pada individu…

    mcm apa yg berlaku kt abang sy baru2 nih.. sgt sadis… dlm 5 tahun perkenalan.. abg sy x pernah sentuh dia pun.. jumpa pun slalu ada adik teman (sy atau adik si dia).. biasanya sy jumpa dia time raya je.. beraya umah dia ngan abg.. jumpa parents & family dia.. borak2 skit..

    dah la abg sy da plan nk kawin ngan dia next year tu..

    alih2.. dia ada yg lain.. (4 tahun).. playgirl sungguh.. & yg lebih parah.. dia sudah takde dara lagi.. & pernah berzina, bukan sekali.. tp berkali2..

    kalau sekali tgk mmg x percaya langsung.. dia mmg nmpk sopan, lembut & manis sgt..

    tp alhamdulillah.. Allah beri petunjuk.. & dia pun mengaku bila dah terbongkar rahsia..

    apepun, tak perlu bimbang, insya-Allah, kalau kita baik.. pasangan kita pun sama.. & sebaliknya berdasarkan surah An-Nur ayat 26:

    "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula."

    wallahua'lam.. =)

    Reply
  7. author

    noble8 years ago

    stendet 1st love = cinta monyet :p
    by the way, sapa org dlm gamba tu? adakah itu gadis (tu gadiskan?) yg dimaksudkan??

    Reply
  8. author

    .fatin nabila.8 years ago

    sifat lelaki yang lambat matured

    btol, btol, btol, πŸ˜‰

    bezanya, x pentingkan kawan, tp, too childish..

    better maintain single until tuhan temukan dengan jodoh sebenar..

    lambat or cepat, sabar je..

    kn,kn,;)

    Reply
  9. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    filanastasia,
    huhu thanks fila.

    13may,
    hehe biase ah..
    blues kadang2 je nih

    princess liyana,
    tak sedih pon..
    huhu nangis je.

    p/s: jauhla istana
    tuan putri, xmampo
    patik ke sana..huhu

    myadlan,
    ermm yelah kan..
    bab2 cinta cintan ni
    complicated sgt.

    p/s: kalau pasal engine
    senang sket nak solve.

    diya,
    tol tu..
    argghhh..penim2.. πŸ˜›

    striker,
    huhu sedih gak cite tu.
    Rse sedih je baca. ermm
    berdoa lah banyak2 supaya
    diberi jodoh yg baik.. πŸ™‚

    noble,
    cinta monyet..
    aha..tol tu,
    mula2 blaja bercinta.
    Tp perasaan tu sebenarnya
    amat mengasyikan tol tak?
    hati pon berbunga-bunga.. πŸ™‚

    p/s: tiada kaitan dengan gambar okey! πŸ˜›

    fatin nabila,
    org ckp jodoh kena dicari..
    sbb usaha tu penting. Yg lain2
    kena berserah pada Tuhan:)

    p/s: hopefully fatin jumpe
    org yang fatin suke nnt..
    insyallah.. πŸ™‚

    Reply
  10. author

    [ Eclipse ]8 years ago

    T’lah ku temui banyak cinta
    Dihati ini datang dan pergi
    Selimuti kisahku yang biru
    Mendalam di hati

    Biar ku rentangkan cintaku
    Menariku diatas senduku
    Sendirinya aku tak berkasih
    Mendalami hati

    Karna cinta aku jadi sepi, Karna cinta aku jadi riang
    Karna cinta aku jadi pilu, Karna cinta kini ku sendiri
    Karna cinta pelangiku hilang, Karna cinta Matahari pergi
    Namun ku yakin dalam hatiku, Cintaku tak boleh membunuhku

    Reply
  11. author

    nadia-ady8 years ago

    wah,shino ni macam kaunselor la.heheh

    neway,kalau orang dah tak sudi buat apa nak terhegeh-hegeh…dah takde jodoh la tu…kalau ada jodoh mesti jumpa balik punya..shino plak jadi mangsa dengar keluh kesah dia.heh..

    p/s:suruh la girl tu buat sesuatu yang boleh lupakan dia.buat-buat busy.melancong ke,membaca ke,bersosial ke,and ect..

    Reply
  12. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    cik Nad,
    betul tu..
    kalau dah kena bunuh,
    sure xdpt rasa perit tu kan?

    nadia-ady,
    ermm kkdg tu kita hanya mampu
    mendengar dan hanya mampu
    menasihati.Apajua pun,
    terletak pada empunya diri.

    Reply

Leave a reply "Masalah Tentang Hubungan Cinta Remaja"