Mainan Pukau


Walaupun zaman sekarang boleh dianggap pegamal amalan pukau sangat jarang berlaku, tetapi harus juga beringat-ingat tentang hal ini. Kalau salah langkah maka buruk padahnya. Dalam bab pukau, banyak cara orang akan buat dan antara yang sangat biasa ialah melalui aliran asap rokok dan tenungan mata. Ini adalah kaedah pukau pengasih yang sering berlaku dan senang terdedah kepada anak gadis zaman sekarang. Biasanya gadis atau lelaki yang terkena ilmu pukau akan berubah perangai dan kurang dari segi hubungan kepada keluarga. Sifat akan berubah menjadi pemarah, jiwa lemah dan sensitivi yang tinggi.

Kaedah aliran asap rokok boleh terkena kepada mangsa yang duduk bertentangan aliran angin. Biasanya tembakau yang digunakan untuk kaedah pukau ini adalah dengan cara memeramkan tembakau ke dalam mulut mayat selama satu hari dan kemudian, air tembakau tersebut dilumurkan pada sebatang rokok. Asap tersebut kemudian diniatkan kepada mangsa yang ingin dipukau. Kemujaraban pukau ini lebih kuat dengan tembakau yang diperap ke dalam mayat yang mati terbunuh! Sangat ngeri kaedahnya!

Pernah juga terdengar kes yang pukau boleh dibuat melalui SMS atau panggilan telefon terutama semasa menjawab atau membaca message yang tak dikenali. Yang pasti pengamal tersebut akan berniat dan tujukan pukau tersebut kepada individu yang mereka mahu perdaya. Pelik tapi transaksi tersebut benar berlaku.

Lebih mendorong kepada kes ini ialah keadaan mangsa itu sendiri yang telah mempunyai saka dalam tubuh badan mereka serta tubuh dalaman yang lemah dan ini sering kali tidak diketahui oleh mangsa itu sendiri. Bab kata orang, bukan semua pengamal pukau akan dapat memukau mangsa sesuka hati, tetapi mereka telah menyelidik secara halus badan mangsa sebelum melakukan perbuatan pukau.

Daripada kajian kes dan laporan akhbar serta majalah, kebanyakkan kes pukau dilakukan oleh warga asing terutama bangsa Negro. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara tenungan mata. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Parah jadinya.

Oleh itu elakkan dari perkara yang boleh menjerumus ke arah risiko dipukau terutamanya, elakkan berinteraksi dengan warga Negro terutama semasa mereka bertanyakan jalan, menukar wang ringgit dan lain-lain. Bukan nak suruh berlagak sombong tetapi difikirkan akibatnya lebih baik berhati-hati.

Namun dalam isu pukau ini, terdapat beberapa langkah untuk mencegah dari menjadi mangsa pukau. Petikan surah Yasin, ayat 9 dan surah al-araf ayat 17 boleh digunakan sebagai pendinding dari ancaman pukau. Itu adalah cara pencegahan yang biasa digunakan.

Selain itu juga, penggunaan minyak limau kasturi sebagai pewangi juga berkesan (Amalan Nabi Muhammad s.a.w) Cara pemakaiannya ialah disapukan pada nadi dan atas kening. Terdapat juga cara untuk mengelakkan pukau dirumah ialah dengan membela ikan Puyu (anabas testidineus). Kehebatan makhluk ini adalah berperanan sebagai sensor mengesan ancaman pukau. Begitu juga dengan menanam tumbuhan berduri. Tetapi apa yang pasti, keyakinan kita kepada Allah s.w.t janganlah terpesong.

Apa yang boleh dinasihati disini ialah, kepada mangsa  yang terkena pukau, dinasihatkan supaya berjumpa dengan Ustad dan elakkan dari berjumpa dengan pawang atau bomoh.

Carian Berkaitan

kes pukau warga negrp, negro pukau

Artikel Berkaitan

Tags: #amalan pukau #bahaya kena pukau #santau dan pukau

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Comments are closed.