Mahu Ketatkan Miss V? Mari Amalkan Petua Ini

Khasiat Buah Manjakani Kepada Wanita

Pengenalan Buah Manjakani

Buah manjakani sudah terkenal sejak berzaman lagi dan ia sangat sinonim dengan keupayaannya merawat masalah yang dihadapi oleh wanita. Sebiji buah manjakani mempunyai banyak khasiat dan faedah menyeluruh kepada wanita.

Buah ini digunakan secara dalaman dan luaran untuk kesihatan di tahap optimum wanita. Ia mampu mengetatkan faraj, menegangkan kulit dan menjadikannya kulit bercahaya cantik, selain menyihatkan payudara dan rahim wanita. Setiap wanita harus memiliki serbuk manjakani ini sebagai perisai kegunaan harian.

Khasiat Manjakani Kepada Ibu Bersalin

Umum tahu manjakani banyak digunakan dapat rawatan perbidanan melayu. Bagi ibu selepas bersalin, manjakani digunakan dalam banyak cara. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya.

Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Ianya juga boleh direbus dan diminum air rebusannya, tapi rasanya agak kelat. Untuk memudahkan pengamal, manjakani juga boleh diambil dalam bentuk serbuk yang dikapsulkan.

Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering perlu diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan adalah bersih daripada kotoran untuk mengelakkan jangkitan.

Khasiat Manjakani Kepada Hubungan Intim Suami Isteri

Bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji manjakani dimasukkan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul masak, keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, kemudian, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut.

Khasiat Manjakani Untuk Kesihatan Wanita

Manjakani bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina dan dalaman wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan. Antara cara untuk masalah kulit kendur samada di bahagian muka atau seluruh badan, manjakani boleh digunakan dengan cara berikut;

  • Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan.
  • Apabila buah tersebut sudah lembut, buah tersebut akan mengeluarkan lendir atau getahnya apabila dipicit, lumurkan getah itu  ke seluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah payudara, perut, paha, pinggang dan lengan. Biarkan sehingga ia kering. Kemudian bilas.
  • Amalan ini elok diamalkan selalu pada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
Gambar Buah Manjakani

Buah Manjakani

Carian Berkaitan

cara buat serbuk manjakani, cara buat serbuk manjakani sendiri, cara membuat serbuk manjakani sendiri, serbuk manjakani ketatkan faraj, cara buat serbuk mnjakani
Loading...

Tags: #buah manjakani #cara ketatkan vagina #gambar buah manjakani #ketatkan miss v #khasiat buah manjakani #khasiat manjakani #manjakani untuk wanita bersalin #petua kesihatan wanita #petua ketatkan vagina

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun.

Leave a reply "Mahu Ketatkan Miss V? Mari Amalkan Petua Ini"