Madu Lebah Tulen?

DSC_0889

Semasa membeli madu, saya selalu ragu-ragu akan ketulenan madu. Bila cakap madu lebah bela, ramai cakap madu lebah bela kurang khasiat berbanding yang liar. Tambahan lagi bila cakap madu lebah pokok Tualang, lagi la mereka boleh up harga! Madu plak berbeza warna, yang colour gelap dan colour cerah. Kalau yang colour keputihan tu, madu lebah kelulut. Biasanya yang madu lebah kelulut ni harganya mahal dari madu biasa.

Rasa madu juga pelbagai, setakat ini saya mempunyai beberapa koleksi madu lebah dengan perbezaan rasa yang berbeza antara ketiga-tiga jenis tersebut.

Malah kepekatan juga berlainan. Pakar-pakar madu diluar sana, boleh tak bagi indicator untuk menentukan keaslian madu lebah?

Sepanjang pengetahuan dan soal selidik dengan beberapa orang kawan, ada yang cakap madu asli tidak akan menitis apabila dititiskan diatas kuku. Eksperimen ini pernah dicuba, namun semuanya gagal.

Selain itu, ada yang cakap madu asli ni tak akan dikerumun oleh semut. Juga telah dikenalpasti ketiga-tiga madu milik saya tetap dikerumun oleh semut. Alangkah kecewanya!

Ada lagi tak indicator lain? Saya pernah menonton Majalah Tiga semasa slot madu lebah Tualang. Mereka menjelaskan bahawa madu asli pasti akan berpati pada permukaan botol. Pemerhatian saya mendapati ketiga-tiga madu tersebut melepasi tahap eksperimen ini.

Selain itu juga, jika diletakkan ke dalam peti sejuk dalam jangka masa agak lama, ia tidak akan mendap dibawah botol. Ketiga-tiga sample tersebut melepasi ujian.

Melalui indicator tersebut, saya masih kurang jelas dari segi kesahihan indicator dan dengan ini saya mengambil langkah “makanlah madu seadanya” ..benda dah beli puluh-puluh ringgit takkan nak buang pulak.

Kalau nak dapatkan madu asli dengan cara tanya pada penjual madu, memang diorang akan cakap “semua madu diorang jual asli, orang punya je tak ori” .. maklumlah, nak lariskan jualan mereka.

Apapun, madu itu manis, dan dimadukan itu amat pahit hehe jangan pula habis madu sepah dibuang. Oklah, itu sahaja buat kali ini.

Carian Berkaitan

madu asli majalah tiga

Artikel Berkaitan

Tags: #botol #jual #lebah #madu

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    armouris5 years ago

    lagi info tentang madu lebah di SIHAT SELALUPencipta Anda Yang Syorkan Madu!!

    Reply

Leave a reply "Madu Lebah Tulen?"