Lirik Lagu “Chantek” Yang Penuh Makna

3169464013_f22f2a9857-copy

Pernah tak dengar lagu daripada Altimet feat Fabulous Cats – “Chantek” . Lirik lagu ni aku suka sangat sebab ada jalan penceritaan yang lengkap. Kalau diteliti liriknya satu persatu, ia banyak menerangkan bagaimana perjalanan sesebuah perhubungan itu sehingga melangkah ke alam perkahwinan.

“Hey wanita. Gembira dapat berjumpa. Teringat kembali kali pertama kita bersua Ingat bila kita bersepatu serupa. Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa. Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata Kau paling menyerlah di antara mereka. Rambut hitam warna cokelat anak mata. Membuat aku kurang fasih bila bicara”

(Masa ni sesi nak tekel girl tu, start main usha-usha. Sebab bila dah suka, orang lain tak nampak dah. Bila suka je memang jadi malu dan segan sangat nak cakap dengan girl yang kita minat tu)

“Apakata kita ambil sedikit masa. Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya. Dan jika kau rasa apa yang ku rasa. Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya”

(Bila dapat greenlight dari girl tu, apa lagi, masing-masing ingin kenal antara satu sama lain dan bermulalah perhubungan antara mereka)

Chantek… Dirimu buat ku tertarik. Menghilang segala prasangka. Di jiwa Oh chantek… Sungguh aku cinta kamu

“Dia.. Pandai menjaga hati ayah dan ibunya. Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga Dia.. Bisa cipta yg gula dari yang cuka. Pandai menukar yg duka kepada suka Dia.. Bijak mengatur acara dan juga masa. Cekap memasak garam gula secukup rasa Dia.. Pandai menjaga harta dan juga duitnya. Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya Dia.. Setia pada Yang Esa satu-satunya. Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya Dia.. Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka. Tak usah lengah Ayuh kita berumah tangga”

(Bila kenal hati budi masing-masing, dengan memenuhi kreteria pilihan si lelaki seperti pandai main peranan dalam hubungan, ada pandai masak sikit, agak pandai menguruskan hal kewangan, seorang yang agak sopan berpakaian, mempunyai pegangan agama yang kukuh dan tidak tinggal solat. Apa lagi, jom ajak girl tu kahwin)

Chantek… Sechantek suria menyinar. Seindah bunga yang di taman..mekar… Chantek… Dirimu buat ku tertarik.. Menghilang segala prasangka Di jiwa… Oohhh chantekk.. Sungguh aku cinta kamu

“Aku.. Melihat kita bersama di hari tua. Dia.. Masih satu tiada empat tiga atau dua. Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa. Kau tetap cantik padaku aku tak lupa. Kita bersama di anjung luangkan masa. Kewangan kita merdeka mampu bersara. Hasil usaha kita dari masa dahulu. Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu. Hidup santai tak perlu terburu-buru. Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu. Anak kita dan ayahya semua sebulu. Aku bilang kau chantek dan mereka setuju”

(Bila dah kahwin, bersama-sama mencari rezeki menyara keluarga dan anak-anak dengan mempunyai pekerjaan yang tetap serta mempunyai sedikit wang simpanan masa tua. Kehidupan tak perlulah mewah sangat sekadar sederhana sahaja. Ada masa untuk beribadat dan berilmu. Baru la keharmonian rumah tangga terjamin)

Chantek.. Sechantek suria menyinar. Seindah bunga yang di taman..mekar… Chantek… Dirimu buat ku tertarik.. Menghilang segala prasangka di jiwa… Oh chantek… Sungguh aku cinta kamu…


Artikel Berkaitan

Tags: #dengan dan faham lirik lagu #fahami jelas lirik lagu chantek #lagu chantek ada makna #lirik lagu penuh makna

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    A t i Q a h8 years ago

    Cantik luar dan dalamnya. Eheh.

    Reply
  2. author

    AzRi AzyAn8 years ago

    best!
    i like dis song!
    ^_^
    ouh bnyk kenangan..
    ;(

    Reply
  3. author

    filanastasia8 years ago

    s h i n o : banyak perspektif cantik.. terpulang pada mata yg memandang.. tapi pilih lah yg cantik di dalam.. cantik diluar juga harus.. tapi yg kekal adalah cantik di dalam.. huahahahha

    Reply
  4. author

    AyAres1518 years ago

    siapakah Chantek?

    adakah orang itu??emmmmm…..

    Reply
  5. author

    PeminatJutawanMalaysia8 years ago

    cantik..ada sesuatu dalam lirik lagu ini yang menarik utk dicontohi…tidak lupa perintah lima waktunya…

    Reply
  6. author

    -yAmEnToS_8 years ago

    alahai shino. org tau wat lagu jek. bkn sumenye based on true story. kdg2. dorg tak dpt. dorg dptkan la dlm lagu ;p

    Reply
  7. author

    ijechan8 years ago

    sejak kebelakangan ni, incik shino byk ckp psal girl.. uhuks

    mesti ada pape ni~

    hal nk survey majlis kawin org.. hal lirik lagu ni.. ehe

    pape pun, lagu ni mmg meaningful!!

    Reply
  8. author

    azie8 years ago

    sabar deh,
    nanti kamu akan dapat seorang Chantek utk kamu:-)

    Reply
  9. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    atiqah,
    itu sudah pasti
    🙂

    azri azyan,
    yekewww..??
    alaa sori okai
    🙁

    filanastasia,
    kalau dua-dua tak cantik,
    lagi parah kan..?? 😛

    ayares151,
    sudah semestinya
    hehehehe

    peminatjutawanmalaysia,
    ermm yg tu adalah ASAS.

    Pembangunan modal insan
    dan agama adalah ciri paling
    pokok.

    salam bkenala bro..

    yamentos,
    ermm kan lagu itu
    menghiburkan…
    cukuplah sekadar
    penenang jiwa..
    🙂

    ijechan,
    hehehe ..
    kekadang tu kita kena
    go back to basic.
    lelaki amat perlukan perempuan,
    begitu juga perempuan.
    🙂

    azie,
    aminnnn..
    tolong doakan tuk sy..
    sy xmintak duit tp doa
    dari sahabat yg setia..
    cewaaahh 🙂

    Reply
  10. author

    .fatin nabila.8 years ago

    lagu ni sesuai utk org chantek..
    sy xchantek..
    so, sy jrg dgr, hehe`

    Reply
  11. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    fatin nabila,
    hehehe rendah diri nampak..

    😛

    Reply
  12. author

    Benrauf8 years ago

    chantekkk :p

    Reply
  13. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    benrauf,
    layaaann lagu ni bro..
    😛

    Reply

Leave a reply "Lirik Lagu “Chantek” Yang Penuh Makna"