Lemah Tenaga Batin, Mati Pucuk. Ini Punca & Petanda Awal Wajib Lelaki Ketahui!

Perkara Menyebabkan Lelaki Lemah Tenaga Batin

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau impotens dalam istilah perubatan.

Petanda awal lemah tenaga batin

Berikut adalah petanda awal seseorang lelaki mengalami masalah lemah tenaga batin :

  • Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling ditakuti lelaki.
  • Zakar lembik dan tidak berupaya untuk bersetubuh.
  • Mani keluar sebelum bersetubuh.
  • Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin.
  • Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
  • Zakar yang tidak tegang seperti biasa.

Ini pula tanda-tanda awal lemah tenaga batin ketika melakukan persetubuhan :

  • Lambat mencapai ketegangan zakar setelah rangsangan seksual.
  • Ereksi yang tidak betul-betul keras kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6 PSI dan gagal membuat tusukan ke dalam faraj.
  • Inzal atau ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tidak mampu bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama.
  • Gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks.
  • Air mani cair, keluar meleleh dan tidak memancut dengan kuat.
  • Kencing yang tidak lawas, tidak puas dan menyimpan sisa.
  • Zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut penile nocturnal tumescence.
  • Tidak berdaya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangan seks.

Punca lemah tenaga batin

Mengikut perubatan moden, keadaan lemah tenaga batin ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Perkara yang menyebabkan lemah tenaga batin

  1. Melanggar adab dan adat jimak

Suami dan isteri melakukan hubungan kelamin tidak mengikut adab-adab berjimak mengikut yang diaturkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Meninggalkan adab-adab jimak walaupun tidak sampai haram, Cuma hukumnya makruh, tetapi hukum makruh ertinya perkara itu dilarang. Apabila seseorang itu melanggar perkara makruh bererti dia akan menghadapi kesan sampingan yang buruk pada jangka masa yang panjang atau tidak. Sebagai contohnya, tidur tanpa mandi hadas atau berwudhuk terlebih dahulu mengakibatkan cepat terasa lemah-lemah seluruh sendi dan tubuh badan, mudah terpancar mani ketika berjimak, kencing tidak lawas, sering mengantuk di siang hari dan menyebabkan lemah akal. Kesan jangka panjang boleh memudaratkan kesihatan tenaga batin.

  1. Sering mengamalkan kencing berdiri

Mungkin disebabkan oleh sikap ingin cepat dan memandang remeh terhadap cara dan tempat membuang air kecil, tanpa disedari amalan kencing berdiri boleh memberi kesan terhadap kesihatan dan kekuatan syahwat yang dimiliki seseorang. Membuang air kecil secara berdiri menyebabkan seseorang lelaki akan lebih mudah mengalami lemah tenaga batin kerana sisa air kencing dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancut menjadikan kalenjar otot-otot dan urat-urat halus di sekitar zakar menjadi lembik dan kecut. Malah, kencing berdiri berkemungkinan besar akan mengakibatkan serangan penyakit batu karang dan mendatangkan penyakit kepada alat kemaluan dan juga pundi-pundi kencing sehingga membawa kepada lemah tenaga batin.

  1. Sering mengamalkan onani

Onani dari sudut fizikal dapat menghilangkan tenaga, lemah-lemah badan, anggota-anggota tubuh sentiasa menggeletar, jantung berdebar-debar, penglihatan mudah kabur, akal mudah lemah, organ pencernaan mudah rosak, mudah terkena radang paru-paru dan menyebabkan kekurangan darah. Manakala dari segi seksual pula ialah mneyebabkan lemah tenaga batin dan cepat terpancar mani ketika bersetubuh. Bagi lelaki yang kerap melakukan onani terutamanya semasa remaja, zakarnya walaupun cepat menegang, tetapi mudah layu. Orag yang kerap melakukan onani, apabila bersetubuh tidak akan dapat bertahan lama, tidak melebihi 5 atau 10 minit.

  1. Selalu mengambil alkohol

Sering meminum arak atau minuman beralkohol juga boleh menyebabkan tenaga batin menjadi lemah. Arak boleh melemahkan kecergasan akal, lemah berfikir, pusingan darah menjadi tersekat, melemahakan tenaga dan tubuh badan, sekali gus melemahkan tenaga batin. Mereka yang suka meminum arak juga mudah terkena penyakit jantung, sesak nafas, gangguan pada sistem penghadaman dan mudah terkena gastrik.

  1. Sering menghisap rokok

Asap rokok mengandungi kira-kira 4000 jenis bahan kimia dan 43% darinya adalah penyebab barah paru-paru. Selain daripada barah paru-paru, kesan daripada rokok ialah risiko menghidap pelbagai jenis barah, sakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, ulser peptik, kesuburan menurun, mati pucuk dan kurang penghasilan sperma dan banyak lagi. Semua penyakit yang disenaraikan ini ada hubungan secara langsung dengan tenaga batin dan ia mengakibatkan lemah tenaga batin.

  1. Sering melakukan zina

Telah umum bahawa perbuatan zina boleh mendatangkan kesan buruk dari segi kesihatan dan menjejaskan alat kelamin kedua-dua belah pihak. Penyakit yang berpunca dari zina seperti sifilis, gonorrhea (kencing nanah), HIV, AIDS dan lain-lain menyerang manusia pada alat-alat kelamin mereka. Tetapi penyakit terbaru zaman moden iaitu HIV dan AIDS menyerang seluruh fungsi saraf dan tenaga pertahanan manusia sehingga membawa maut. Ternyata perbuatan ziana adalah perbuatan yang amat berbahaya kepada kesihatan seksual seseorang. Ia bukan sahaja melemahkan tenaga batin bahkan merosakkan alat kelamin dan boleh menyebabkan alat kelamin tidak dapat berfungsi langsung.

  1. Mengamalkan makanan dan minuman yang melemahkan tenaga batin

Makanan dan minuman juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan seseorang lemah tenaga batin. Antara makanan dan minuman yang melemahkan tenaga batin adalah seperti berikut:

  • Ubi yang menjalar
  • Air kelapa
  • Putih telur
  • Teh ‘O’
  • Terung
  • Ais atau air terlalu sejuk
  • Arak atau minuman yang memabukkan
  • Buah duku, manggis, langsat dan tembikai
  • Jambu air dan jambu batu
  • Pisang berangan dan pisang embun
  • Sengkuang, timun dan lain-lain buah dan sayuran yang sifatnya sejuk

Selain itu, jenis-jenis makanan yang mengandungi cuka juga kurang baik bagi penderita lemah tenaga batin. Begitu juga dengan jenis-jenis ubat yang mengandungi pelali, aspirin, menthol dan vitamin K. Makanan-makanan dan minuman-minuman ini jika sering dimakan sehingga menjadi kebiasaan boleh menjejaskan tenaga syahwat.

Selain daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas, beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca lemah tenaga batin ialah seperti berikut :

  • Sering tidur di waktu siang
  • Berjimak secara tidak normal
  • Bekerja berat
  • Kencing di dalam air
  • Tidak mengamalkan doa semasa berjimak
  • Ketagihan dadah
  • Menghidap penyakit atau gejala yang mengurangkan tenaga batin seperti migrain, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, stress, hernia, kencing manis, angin pasang, sakit buah pinggang, kencing tidak lawas, dan terlalu kerap melakukan jimak sehingga melesukan saraf.
Rujukan :
  1. Zul Faqor, S.U (2009), “99 Keajaiban Khazanah Lelaki”. Cetakan Kedua. Johor Bharu : Pustaka Azhar
Loading...

Tags: #cara merawat mati pucuk #disfungsi erektil #impotens #kesuburan lelaki #Lemah tenaga batin #lemah tenaga batin lelaki #Makanan melemahkan tenaga batin lelaki #makanan minuman penyebab mati pucuk #maksud mati pucuk #mati pucuk #mati pucuk akibat onani #mati pucuk lelaki #Mati Pucuk Lemah Tenaga Batin #mati pucuk usia muda #minuman bahaya untuk kesihatan seksual lelaki #perkara perlu dielakkan bagi menjaga kesihatan tenaga batin #perkara yang melemahkan tenaga batin lelaki #petanda awal lemah tenaga batin lelaki #petanda awal mati pucuk #punca lelaki lemah tenaga batin #Punca lemah tenaga batin #punca lemah tenaga batin lelaki #punca mati pucuk #sebab mati pucuk #tanda-tanda awal lemah tenaga batin ketika melakukan persetubuhan #tenaga batin lelaki #tips kesuburan lelaki #ubat tradisional mati pucuk #zakar tidak tegang

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Comments are closed.