Lemah Tenaga Batin Lelaki, Mari Belajar Teknik Senaman Harimau

Dunia Lelaki

Dunia Lelaki

Gambar hiasan

Sila ambil perhatian sekiranya anda mengalaminya tanda-tanda awal seperti dibawah. Ini sebenarnya adalah tanda awal anda mengalami masalah mati pucuk. Amatlah malang jika anda seorang lelaki tidak lagi mampu memuaskan pasangan anda. Berikut adalah tanda-tandanya :

  • Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang paling di takuti lelaki. Biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki.
  • Zakar lembik dan tidak bermaya. Mani keluar sebelum bersetubuh. Ia adalah jenis mati pucuk yang menyedihkan. Biasanya ia berpunca daripada amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
  • Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk tanda mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti bersetubuh kerana keletihan.
  • Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang memanggilnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Sebelum perkara tersebut menjadi berlarutan dan sebagai langkah penjagaan kesihatan lelaki, eloklah anda mempelajari teknik senaman ini. Teknik senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin serta menyelesaikan masalah pancutan awal. Senaman ini amat berguna kepada pasangan yang inginkan lebih kenikmatan dalam hubungan seksual mereka. Berikut merupakan teknik dan tujuan senaman;

Teknik Gerakan Nafas Pertapa

Tujuan : Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Cara-cara :

  • Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
  • Tarik kaki rapat ke arah badan
  • Tegakkan belakang
  • Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
  • Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
  • Tahan sehingga 6 saat
  • Hembus nafas perlahan-lahan
  • Ulang sebanyak 3 kali

Senaman Nafas Petapa

 

Teknik Gerakan Padi Bukit

Tujuan : Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.

Cara-cara :

  • Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
  • Tangan diletakkan di atas lutut
  • Tarik nafas sedalam yang mungkin
  • Tahan selama 6 saat
  • Hembus perlahan-lahan
  • Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
  • Ulang sehingga 3 kali
 Senaman Padi Bukit

Teknik Gerakan Rentak Urutan

Tujuan : Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

Cara-cara :

  • Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
  • Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar

Senaman Rentak Urutan

 

Teknik Gerakan Tarik Sepadan

Tujuan : Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.

Cara-cara :

  • Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
  • Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
  • Cuba pastikan lutut mencecah lantai
  • Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal

Senaman Tarik Sepadan

 

Teknik Gerakan Rentak Lentang

Tujuan : Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

Cara-cara :
  • Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
  • Tangan masih memegang ibu jari
  • Kembali ke posisi asal

Senaman Rentak Lentang

 

Teknik Gerakan Tepis Jengking

Tujuan : Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.

Cara-cara :
  • Duduk bersila
  • Tegakkan belakang
  • Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
  • Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
  • Tukar tangan kiri
  • Ulang sebanyak 3 kali
  • Setelah habis gerakan hembus nafas

Senaman Tepis Jengking

 

Teknik Gerakan Cakar Harimau

Tujuan : Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cara-cara :
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
  • Jari kanan harus mencecah lantai
  • Hembus nafas
  • Ulang 7 kali
  • Ulang dengan menukar kaki

Senaman Cakar Rimau

 

Teknik Gerakan Matahari Naik

Tujuan : Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

Cara-cara :
  • Duduk bersila dan tegakkan belakang
  • Bermula dengan tangan di belakang pinggang
  • Tekan pinggang dengan bantuan tangan
  • Tarik nafas dan tahan
  • Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
  • Hembuskan nafas

Senaman Matahari Naik

 

Teknik Gerakan Lenjang Gajah

Tujuan : Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cara-cara : 
  • Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
  • Tegakkan belakang
  • Tarik nafas perlahan-lahan
  • Letak tangan kanan atas lutut kiri
  • Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
  • Hembus nafas
  • Ulangi sebanyak 7 kali
  • Ulang dengan menukar kaki

Senaman Lenjang Gajah

 

Untuk lebih lanjut anda boleh diikutinya dalam Buku Permata Yang Hilang

Carian Berkaitan

senaman harimau, senaman tenaga batin, kebaikan senaman cakar harimau, senaman batin, tentang buku permata yg hilang, senaman harimau#scso=uid_WDm6WgAHUQAKlBpC_AIDfw_8:163, cara menegakkan zakar

Artikel Berkaitan

Tags: #cara cari stamina untuk kepuasan seks #cara senaman lemah batin #gagah diranjang #lelaki perkasa #petua lelaki sihat #senaman dari buku permata yang hilang #senaman lelaki #senaman untuk kuatkan alat kelamin lelaki #teknik bersenam untuk kesihatan batin lelaki #teknik senaman harimau #teknik senaman lelaki sihat

Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki
Kalenjar prostat Prostat adalah kelenjar kecil di pelvis lelaki yang merupakan sebahagian daripada
Makanan Eksotik Paling Seram Dalam Dunia
Mungkin pada zaman dahulu, makan makanan yang pelik atau lebih dikenali sebagai hidangan
Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita
Tanda awal kehamilan bagi wanita Kitaran haid menjadi lambat daripada biasa Payudara membengkak
Ketahui Tanda Awal Kanser Payudara
Tanda barah payudara Pesakit menyedari kehadiran penyakit ini dengan berlaku ketulan ketumbuhan, pengeluaran cecair

Comments are closed.