Lagi Raya ep.2

2

Sambutan Aidil Fitri kali ini agak meriah dengan program keluarga yang sentiasa ada setiap tahun. Masuk hari keempat Syawal, kami telah adakan sedikit kenduri, sempena solat hajat untuk adik akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Selain itu, diselitkan juga dengan tahlil arwah keempat-empat orang atuk dan nenek yang telah lama pergi. 
Kenduri ni bukanlah grand mane pun, hanya menjemput sanak saudara terdekat sahaja. Sambil buat jamuan makan hari raya sekaligus 3 in one lah kiranya. 

 

Kalau masak dalam kawah ni orang panggil gulai kawah. Aroma dia tak sama kalau masak dengan dapur gas biasa. Sebanyak 2 ekor kambing dikorbankan. Hasilnya bolehlah dimasuk dalam satu kawah. Nampak macam sorang je kacau kan? Tapi sebenarnya ada 3 orang. Tapi satu orang ni bahagian test gulai je. Kalau keras, nak kena masak lama sikit. Gulai kambing ni tak lengkap kalau tak tambah ubi kentang.

Part try ni baik tak payah ramai, nanti susah nak sesuaikan rasa. Bagi sahaja pada mereka yang tahu. Kalau tak nanti banyak pula komennya!
Kalau makan gulai kawah dengan nasi je, rasa macam tak complete. Benda ni kena ada.
Bagi mereka yang tak makan daging kambing, lauk alternatif disediakan. Ayam goreng berempah ni disediakan juga untuk tetamu yang hadir.
Di dapur, adik sibuk menyediakan pulut telur. Yang colourful tu. Juadah ni akan diberikan kepada mereka yang hadir semasa solat hajat nanti sebagai tanda terima kasih.
Nampak macam menarik kan? Benda jurai-jurai tu telur goreng dihiris halus-halus untuk diletakkan di atas pulut nanti. Benda ni tak manis oke.
Selain menjadi buah tangan kepada mereka yang hadir, tak lupa juga untuk santapan kepada petugas yang memasak pada hari tersebut. 
Acara bermula selepas solat Jumaat sehingga ke lewat petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ramai juga yang datang, maaflah kerana ada kalanya sampai tak dan tangan nak melayan.

Artikel Berkaitan

Tags: #2011 #gulai #hari raya #kenduri

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Leave a reply "Lagi Raya ep.2"