Kuruskan badan dengan buah Garcinia Cambogia

Buah Asam Gelugor

Pengenalan Garcinia Cambogia

Garcinia Cambogia adalah sejenis buah tropika yang menyerupai rupa labu kecil dan hidup subur di hutan lembap di Asia Tenggara dan Pantai India. Ia menjadi semakin popular setelah di dapati dapat membantu menghalang keupayaan badan dalam membentuk lemak dan juga dapat mengawal selera makan yang berlebihan.

Kajian berkenaan buah Garcinia Cambogia

Beberapa kajian sudah dijalankan bagi membuktikan keberkesanan buah ini dalam mengurangkan berat badan. Ia mengandungi bahan aktif yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA yang dapat meningkatkan keupayaan membakar lemak dengan efektif dan juga mengawal selera makan. HCA juga akan menghalang lyase sitrat, sebuah enzim yang digunakan oleh badan untuk membina lemak . Ia juga dapat meningkatkan tahap serotonin dan membantu mengurangkan rasa lapar. Ia juga mempunyai manfaat tambahan seperti membantu mengurangkan insulin dan meningkatkan tahap kolestrol baik. Ini adalah salah satu faktor mengapa pesakit diabetes memilih untuk mengamalkan Garcinia Cambogia selain daripada kelebihannya untuk mengurangkan berat badan.

Pada masa kini, sudah terdapat ekstrak buah ini dalam bentuk kapsul dan pil. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting, untuk berbincang dengan pakar atau doktor anda sebelum mengambil suplemen Cambogia Garcinia ini terutama bagi individu yang mengambil ubat- ubat lain untuk tujuan mengawal gula dan tahap kolestrol darah dalam badan.

Buah asam gelugur atau garcinia cambogia

Buah asam gelugur atau Garcinia Cambogia

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #capsule Garcinia Cambogia #capsule herba #gambar buah Garcinia Cambogia #Garcinia Cambogia #Kajian berkenaan buah Garcinia Cambogia

5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional
Kesan parut ternyata membuatkan kita risau lebih-lebih lagi jika parut pada wajah. Memang
Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air

Comments are closed.